Wednesday, December 1

Dari Mataku: Ramai Blogger Tak Suka Baca


Dalam penulisan blog, seharusnya kita menggunakan perkataan formal walaupun kadang2 kita suka menggunakan perkataan "korang" yang disifatkan sebagai bahasa pasar. Namun, ianya masih boleh diterima. Apa yang dibenci oleh blogger dan pembaca adalah bahasa SMS dalam penulisan blog.


Lima tanda-tanda dia suka kan anda


“Based on a Psychological Study, CRUSH only lasts for a minimum of 4 months. If it exceeds, you are already in love.”


setuju dengan quote dekat atas ni? bercakap pasal CRUSH... hari tu selak-selak magazine Mingguan Wanita entah kurun ke berapa  masa makan-makan dekat rumah member. ada satu artikel pasal tanda-tanda seseorang perempuan tu ada perasaan kat lelaki. tapi bila baca-baca, boleh pakai kat untuk tanda-tanda lelaki suka perempuan juga.



Asuhan awal membentuk personaliti



Teori Humanistik dari Abraham Maslow mengatakan  hierarki tahap keperluan individu yang perlu dicapai bermula dengan fisiologi,keselamatan, kasih sayang, pengharagaan kendiri, penyempurnaan kendiri dan aktualisasi kendiri. Bagi kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia, amat pening baginya keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih sayang.


Seakan kaum lain?




Salam pagi. (:

Semalam azza ada terbaca satu info dalam blog kawan untuk dikongsikan. Info ini memang membuatkan pembaca untuk fikirkan. Info berkenaan berkaitan dengan cara pemakaian tudung pada zaman sekarang. Seperti sedia maklum, kronologi pemakaian tudung sangat berkembang pesat dan perkembangan yang agak dramatik bermula sedari tahun 1997-1998. Bermacam-macam gaya terbaru disuaipadankan sesuai dengan situasi dan menjadi ikutan. Ada yang memakainya dengan niat menutup aurat dan ada juga kerana fesyen tertentu. Wallahualam. Jika kita perasan, antara yang mendapat sambutan adalah dengan mengikat lebihan kain tudung di belakang leher dan dikemaskan dengan pin sehingga menampakkan bentuk leher si pemakai agar tudung nampak kemas. Gaya itu boleh dilihat di mana-mana sahaja. Namun, bila terbaca entri berkenaan, ya, gaya tersebut tidak lari dengan cara seorang biarawati kristian memakai penutup kepala mereka. Tidaklah berani untuk menyatakan apa-apa hukum di sini kerana diri sendiri pun terkadang alpa, namun kita boleh dapatkan lebih kepastian daripada yang arif akan soal agama. Sama-sama kita fikirkan untuk iktibar. Wallahualam.