Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Haya Aidiladha juga. Semoga pengorbanan yang kita lakukan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Entri kali ini adalah entri main-main. Main-main sambil tambah kemahiran. Sambil berseronok, anda tetap juga dapat manfaatnya. Namun begitu, ia bergantung kepada kreativiti anda dan rakan-rakan. Namun saya percaya, rakan-rakan di 100 Penulis memang hebat-hebat belaka. Namapun 100 Penulis, dah tentu masing-masing memang sangat akrab dengan aktiviti menulis.
Permainan ini adalah menyambung ayat baru dengan menggunakan perkataan terakhir dari ayat sebelumnya (yang dihasilkan) oleh rakan yang lain. Mudah sahaja. Semakin ramai yang menyertai proses menyambung ayat ini, tulisan tersebut akan menjadi semakin panjang. Akhirnya nanti, akan terhasil satu karya yang panjang hasil gotong goyong seberapa ramai penulis.