Friday, November 12

Misteri Overtime.........

"Jangan kacau aku" Jerit Nora Dani berkali-kali. Semua pekerja yang bekerja pada syif malam memberhentikan kerja masing-masing. Mereka meluru ke arah Nora Dani dan cuba menenangkannya. Memang kerap berlaku histeria di Kilang ini, lebih-lebih lagi syif di sebelah malam.

Khudrat Nora Dani memang luar biasa. Hampir tiga orang lelaki memegangnya, namun masih belum mampu menandingi khudratnya itu. Iqram Dinzlay yang mempunyai susuk tubuh ala-ala Sazali samad tercampak ditendang Nora Dani. Begitu juga Valentino Rosli dan Khalid jerlus. Aksi Nora Dani itu membuatkan hampir kesemua operasi kilang berhenti, Semua pekerja berlari dan meluru ke tempat aksi tersebut.

Kalau Dah Nak, Seribu Daya


Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk menemuduga calon-calon yang berminat untuk berkerja di syarikat yang aku berkerja ni. Ramai orang rasa, pergi temuduga ni susah tapi dari pengalaman aku, menemuduga orang dengan betul pun sama jugak susah dia. Macam-macam orang yang aku temuduga. Dari anak orang kaya raya yang bijak pandai tapi tak pernah buat satu benda yang berfaedah pun dalam hidup dia sampailah ke imigran dari tanah besar China yang walaupun tak fasih bercakap Bahasa Inggeris tapi, masih berjaya mendapatkan ijazah di negara omputih. Tapi, entry kali ini bukan pasal pengalaman menemuduga aku.

Aku nak ambik peluang di entry kali ini untuk berkongsi cerita. Ceritanya berkenaan seorang calon yang aku sempat menemuduga 2-3 hari yang lepas. Kisahnya bergini...

Mak Cik Bedah dan Mak Cik Siti

Di suatu kenduri perkahwinan...

Ada Apa Dengan Novel?

novel. semua tentang novel paling saya suka. tengok novel, beli novel, balut novel, baca novel, pinjam dan memberi pinjam novel (xsuka sangat). novel, novel dan novel. saya dan novel tak dapat dipisahkan. dulu, kini dan selamanya.

ada apa dengan novel sampai minat tahap cipan ni? bagi saya lah kan, novel ni sebenarnya macam astro jugak. macam-macam ada. nak tau? teruskan membaca...

Cara Mudah Mencari Rujukan di Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ramai juga editor 100 Penulis terdiri daripada pelajar di pusat pengajian tinggi. Sama ada anda belajar di dalam negara atau luar negara, anda perlu menyiapkan banyak tugasan setiap semester. Ramai pelajar mengeluh dengan perkara ini walaupun mereka sedar semua tugasan berkenaan sangat berguna, terutama apabila memasuki dunia pekerjaan nanti.

Faktor utama mengapa ramai pelajar tidak begitu suka menyiapkan tugasan berbentuk penulisan kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai. Paling malang sebenarnya, ramai pelajar bukan sahaja tidak tahu cara untuk mencari maklumat yang dikehendaki walaupun dunia sudah begitu sempit dan berada di hujung jari, tetapi mereka juga tidak tahu untuk menilai setiap maklumat yang mereka perolehi.

Mengapa maklumat perlu dinilai kesesuaiannya? Jawapannya mudah sahaja; untuk memastikan bahawa maklumat berkenaan sahih, diperakukan dan mempunyai kredibiliti. Maklumat yang sebegini akan memastikan tugasan atau tulisan yang akan anda hasilkan juga boleh dipercayai. Jadi bagaimana mahu menilai maklumat berkenaan? Ada beberapa cara untuk menilai maklumat, iaitu berdasarkan;

A. Autoriti Penulis
B. Tulisan ilmiah berkualiti
C. Kebolehpercayaan sumber
D. Objektif
E. Mutakhir dan Terkini
F. Cakupan

Alahai... Dia Bogel


Aku duduk dengan kawan aku.
Layan lagu dan buku.

Cuaca sangat panas.
Peluh mencurah-curah.

Aku keluarkan botol minuman.
Aku minum.
Kawan aku minta sedikit.

Aku : Minumlah.
Dia : Terima kasih.

Aku pegang botol lepas dia minum.
Pusing-pusing botol sambil baca buku.

Dia : Kesian dia bogel.
Aku : Siapa? (sambil pusing kiri kanan)
Dia : Tu (sambil jari dia tunjuk botol aku)
Aku : Alahai...botol aku ke?

Aku leka.
Aku pusing botol tu sambil koyakkan plastiknya.
Alahai.
Aku dah bogelkan dia.

Tutorial : Facebook Live Stream Chatbox





Facebook Live Stream seperti yang korang dapat tengok kat bahagian bawah blog Hafism adalah salah satu application yang dibangunkan oleh Facebook Developer. Facebook Live Stream ni sangat membantu untuk mengelakkan spam dari orang2 yang suka spam kat chatbox biasa. Apis pun serabut betol la kat spam2 nih. Penuh chatbox tuh. So, camne nak pasang Facebook Livestream ni? Rasanya korang dah tau memandangkan dah ramai blogger yang share, tapi tak kire. Nak share jugak! Kesian kat yang tak tau lagi. Waka waka hei2....

Ok, jom kita buat.

1) Korang kena la ada account facebook dulu.
2) Step kedua, add Apis punya facebook.
3) Step ketiga, tekan read more. Haha...