Sedar atau tidak, bila bercinta kita sebenarnya seolah-olah terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri. Indahnya memang tak terkata, bahagianya memang tak terucap, dan manisnya memang tak terduga. Tapi dalam kemanisan cinta tu mesti ada turun naik seperti bursa saham kan? dan kita sendiri kena ingat, untuk mengekalkan sesuatu hubungan, cikda yakin itu bukanlah perkara yang mudah. Lagi lagi hubungan "couple", kalau hubungan yang halal tu inshaAllah, tapi kalau hubungan "couple", cikda tak pasti walaupun diri sendiri pernah mengalaminya.
Orang cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan, kerana yang sempurna itu belum tentu boleh menjanjikan kebahagiaan. Ada juga yang cakap Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Terlalu subjektif kan? Apa yang penting dalam sesebuah hubungan adalah keserasian; di mana pasangan boleh saling mempercayai, boleh saling bertolak ansur, dan masing-masing boleh berlaku jujur, memahami antara satu sama lain.