Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Wanita ialah perhiasan dunia, seindah perhiasan adalah wanita solehah". Pernah dengar
ungkapan itu kan? Insya-Allah pernah walaupun sekali. Di dalam hadith Sahih Muslim dinyatakan "Dunia ini sebagai perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".
Nah! di antara perhiasan di dunia, tidak ada yang mengatasi keindahan wanita solehah. Lebih mahal dan bernilai dari intan permata yang menjadi rebutan orang di dunia ini.

Amat menyedihkkan, wanita hari ini sudah ramai yang tidak menepati piawaian hiasan terindah dunia. Malunnya entah hilang ke mana. Tutur katanya sudah tidak dijaga. Akhlaknya sebagai seorang wanita hancur musnah ditelan gelora duniawi.
Jika ditanya, siapa dia Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra, Mayam Binti Imran dan Asiah Binti Muzahim, percaya atau tidak, ada yang langsung tidak mengenali serikandi-serikandi muslimah tersebut.
Mereka lebih mengenali Lady Gaga, Avil Lavigne, Kelly Clarkson dan Rihanna. Masya-Allah. Bagaimana mereka mahu menjadi hiasan dunia dan menjadi bidadari syurga andai landasan yang dipilih sudah tersasar jauh?
Muhasabah!
Belum lagi dilihat bab pemakaian. Hari ini ramai wanita kita sudah 'malu' untuk memakai pakaian yang dianjurkan oleh Islam. Tidak 'up to date' kata mereka. Tabarruj di dalam berpakaian sudah menjadi kelaziman.
Tidak cukup dengan itu, pendedahan aurat sudah menjadi amalan seharian. Untuk siapa mereka berpakaian sedemikian? Mungkin ini jawapannya, untuk lelaki-lelaki yang hatinya mempunya 'penyakit'. Na'uzubillahi min zalik...
TBC.