Aku mencari dalam kegelapan,
Makin lama makin samar,
Ada cahaya di balik sana,
Yang beri aku sedikit terang..
Kakiku mula mencorak langkah,
Kadang detik hati ajak ke kanan,
Kadang kiri pula jadi pilihan,
Bingung?
Keliru?
Atau aku terlalu terburu?
Satu persatu temanku pergi,
Bukan ke mana,
Cuma di sini, berbakti kepada mereka yang bernama suami..
Jalanku masih jauh,
Langkahku perlu pantas,
Kejar segala yang dihajat,
Gapai semua impian.
Kecap jaya,
Nikmati puas..
Lelaki, jejaka, teruna?
Siapa mereka?
Oh.. tersedar semula,
Selepas lama aku keraskan rasa,
Mereka teman yang tercipta,
Khas hanya buat wanita..
Doa panjang usai solatku panjat,
Mohon permudah segala,
Agar dipertemu si dia,
Yang dicipta buatku jua,
Dengan jalan yang mudah,
Tanpa perlu aku berduka kali kedua..
* Secara spontan puisi ini dibuat. Hati makin bertanya, siapa jodoh aku. Mungkin anda juga begitu. Kita semua tak tahu, masa depan kita. Tuhan yang menentukan segalanya. Kita sebagai hamba perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Semoga izfanora bertemu dengan pembimbing dunia akhiratnya. InsyaAllah.. Amin..