Monday, November 1

Becoming a man Part Satu; Kau Sape Nak Tau?

Hari tu macam biasa. Gua bangun. Ah, malasnya nak pergi sekolah. Buat apa gi sekolah asyik kena marah. Gua gagahkan diri sebab mak dah mula membebel. Gua tak sempat breakfast sebab gua bangun lambat. Gua kena runner gi bus stop sebelum pukul 6. Gua capai beg sekolah. "Eh? Buku-buku dah setting ke? Tak tengok jadual? Nanti salah bawak buku." bisik gua pada diri sendiri. "Ah...lantak lah, paling busuk pon kena diri atas kerusi." kata gua pada diri sendiri untuk menyedapkan hati.


Banyaknya Majlis!

Salam semua!Hari ini rasa nak ajak semua sama-sama berkongsi mengenai majlis-majlis yang sering kita hadiri.Tak kisahlah majlis apa-apa pun,kerana saya melihat majlis-majlis keraian sudah menjadi tradisi dan terlalu sinonim di kalangan masyarakat kita.

Sejak dari kecil sehinggalah ke liang lahad.Ada sahaja majlis dan keraian yang perlu dibuat.Mungkin sesetengah majlis tidak perlu dibuat dengan meriah, tetapi mungkin kita sedang melalui zaman "kemewahan", majlis yang sepatutnya dibuat secara kecil dikomersialkan.Hmm, ada juga majlis yang tidak patut dibuat secara berlebih-lebihan kan?

Jangan Cuci Mata Aku

Hidup di kota metropolitan memang susah.
Habuk, debu, asap, semua berciuman di muka.
Tambahan pula aku yang hanya bermotosikal.
Asyik bergelumang dengan dosa habuk je..

Hujung minggu lepas,
aku bebaskan diri dari kekangan kota.
Aku pergi MANDI SUNGAI!!


Haha..
Perasaan celup kaki ke dalam air yang sejuk sedingin apgi walaupun dah tengahari dah waktu tu memang sampai sekarang aku ingat.
Lokasi?
Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang.





Selain cuci diri dari habuk kota,
aku juga secara tak sengaja mencuci mata.
Memang laa hujung minggu,
sudah pasti ramai orang yang turut berkunjung.


Dajal itu kacak (Part 3)


Dalam terik hari Selasa itu, gua bersandar atas kerusi malas dengan  ditemani kipas meja yang agak usang. Model lama. Bilah kipas diperbuat  dari besi. Karatannya agak teruk juga. Namun atas sebab litar  elektriknya masih dalam keadaan baik, kipas itu masih boleh berkhidmat  hingga hari Selasa ini. Kadang kala Jimmy cuba menguis-nguis lutut gua.  Agak mengganggu, tetapi gua sudah biasa. Gua kasi satu sepakan Jimmy  akan jaga tingkah laku. Jimmy tahu tiada guna berperang dengan tuannya. Begitulah hari-hari.

*      *      *

"Pert, itu hari ko cakap dajal itu kacak, kenapa lak?", gua tahu Bun masih memikirkan tajuk lama itu. Gua rasa perlu juga gua beri pendapat gua. Walaupun gua bukan imam, bilal atau sesiapa yang menghafal Al-Quran atau Hadis. Gua tahu bukan siapa-siapa tapi gua rasa gua perlu jawab. Bun mahu dengar atau tidak itu soal lain.


Teko awak seksilah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hiduplah
untuk memberi sebanyak-banyaknya,
Bukan
menerima sebanyak-banyaknya."
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Set teko seksi hasil Love Maegan
sungguh menarik perhatian
dengan mengubah paradigma manusia
tentang tangkai berbentuk bulat berlubang
tapi jangan hidangkan kalau bakal mak mertua datang
bukan set cawan dan teko ni je yang terbang
ada juga peluang nak dapat anak dia melayang
huhuhu


011110: Ramai yg Tidak Perasan Tarikh Ini

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat & pelawat-pelawat 100penulis...?
Saya doakan agar kamu semua sihat-sihat sahaja...

Berlalulah sudah Oktober 2010...
Dan telah tiba pula November 2010...
Terlalu cepat rasanya bulan Oktober berlalu...
Dan seperti tahun-tahun yg lepas,
bulan Oktober sememangnya merupakan bulan yg banyak menyimpan 
kenangan & sejarah dalam diari hidup saya...

011110
Tarikh yg sangat cantik juga...
Pastinya tidak ramai yg perasan akan tarikh ini...

Bulan November pula menjelma...
Sudah pastinya bulan ini juga menjadi bulan yg sangat bermakna kepada anda...
Hmmm... Hari lahir si dia...
Yup... Saya ingat lagi...
Hehe...

Selamat datang November 2010..
Berlalulah kau wahai Oktober 2010...
 

Hati dan Akal...

Jatuh dan bangunnya seorang aku..

Seseorang berkata;
 Andai kamu mahu jatuh, jatuhlah dengan tertib. Agar kamu bisa bangun kembali dari kejatuhan. Tapi, janganlah kamu jatuh tersungkur. Kerana daku takut, kamu akan terus berada di bawah dan tak bisa bangun kembali....


Hati bertanya kepada akal:

Apakah bezanya antara jatuh tersungkur dan jatuh dengan tertib. Bukankah jatuh semuanya sama. Mana ada jatuh tersungkur dan jatuh dengan tertib. Kalau nak jatuh, tiada siapa dapat menjangka.


Min Facebook Ilaa Quranbook

BismillahirRahmanirRahim

SATU persoalan. Berapa kali dalam sehari kita 'log in' akaun Facebook yang kita miliki? Hakikatnya, hampir tidak ada yang menjawab hanya sekali dalam sehari. Paling sedikit pun mungkin lima kali sehari. Tidak pasti pula jika solat fardhu 'tamam' lima kali sehari juga.

Apa sebenarnya di dalam ruangan sosial tersebut? Itu kena jawab sendiri. 'Ala kulli hal, mesti banyak perkara yang menarik kerana ramai insan yang sanggup bersengkang mata menghadap skrin laptop atau komputer dek penangan 'wajah buku' itu.


; rambut pon ada buah.

assalamualaikum readers.

seringkali kita dengar rungutan kaum wanita akan rambut yang berbuah.
tambah-tambah bila wanita itu bertudung.
lagi laa mudah rambut anda berbuah.

Lebam biji mata kau karang!



Masa aku lahir, memang dah wujud tanda ni. Aku sendiri pun kurang pasti macam mana boleh jadi. Bonda cakap cahaya dalam perut dia kurang 20% masa aku dalam perut... kira ada effect dekat situ. Satu lagi mungkin ayah Bonda dan keturunan beliau memang ada tanda sebegini. Tanda lahir bawah mata aku ni makin lama makin merebak. Dulu mungkin 12% sekarang aku rasa dah boleh jadi 70%. Aku tak salahkan Bonda. Sistem tidur aku pun kena ambil kira jugak. Zaman sekolah asrama tak 'style' la tidur awal. Masa malam baru jadi burung hantu. Itu belum kira pecah masuk aspuri dan dewan makan. Kira benda tu semua penyumbang juga. Satu lagi aku rasa warden sekolah aku ni kurang sikit tengok siaran-siaran kesihatan. Diorang tak belajar gamaknya, membaca kena ada cahaya lampu yang cukup. lLpas pukul 11 dah kena 'light off'. Jadah apa.


Zikir Plus Dikir : Akibat Hilang Pertimbangan

Entri basi ini dikitar semula dari blog @hatitupai pada 29/08/2010

Agak terlambat untuk diulas perihal video satu geng student perempuan berzikir remix dikir yang banyak tersebar dalam facebook dan blog-blog hiburan. Tapi tergerak juga hati ni nak diskas ngan hangpa jugak. Boleh?

1) Kita marah sebab depa yang terlibat semua bertudung
Automatik depa dikecam sebagai penambah rosak pada imej gadis/powmpwan bertudung keseluruhannya yang dah semakin rosak

2) Kita marah lihatkan air muka salah sorang depa tu yang pura² nak muntah dengar kawannya mula berzikir.
Kalau pada mata aku la, si muka pelik tu taklah sampai nak gelikan zikir tapi pura² menyampah dengar suara kawan je. Contohnya:
A: Maklumlah, aku ni hensem, kacak pula.
B: Wekk.. Nak terkeluaq isi perut dengan statement tu.. haha