Ada satu rumah. Ibu kata besar.
Boleh kata macam-macam ada sana.
Sungguh, adik tak tipu.
Ibu kata, makan minum semua elok.
Siap ada pembantu rumah lagi.
Semua pembantu baik-baik belaka.
Cantik segak segala.
Memang bagus betullah.
Ibu cakap lagi, dalam rumah tu ada taman.
Cantik! Boleh hirup udara nyaman.
Siap bangku sekali.
Boleh duduk-duduk.
Boleh siar-siar.
Nak buat apa pun orang tak kisah.
Tak ada yang marah.
Tapi, ibu ada cakap,
Ibu tak mahu ada rumah macam tu.
Besar sangat! Ibu kata.
Adik tak faham, kenapa ibu tak suka.
Nanti bila adik dah besar,
ibu ada orang teman bila adik sibuk kerja.
Padahal ibu cakap tadi, macam suka tinggal sana.
Adik tak puas hati, adik tanya lagi.
Ibu, kenapa ibu tak nak ada rumah macam tu?
Ibu senyum je. Ibu cuma pesan,
Adik mesti jadi anak yang baik pada ibu, ya.
Sungguh!! adik tak faham.
23 tahun berlalu. Baru adik faham. Tiada tempat paling bahagia di muka bumi ini selain hati dan kasih sayang anak-anak ibu. Ibu, adik mengerti. Adik sayang ibu! Ibu dengar tak? ♥
Sehingga 2009, seramai 1,947 penghuni di RUMAH SRI KENANGAN (Rumah orang tua-tua). Sebanyak 59% adalah penghuni berbangsa Melayu! Manakala 19% Cina dan 16% India. Ketahuilah kau anak muda. Ketahuilah isi hati ibumu.
Statistik Penghuni Rumah Sri Kenangan (Rumah orang-orang tua) mengikut tahun:
2006 - 1,953
2007 - 2,040
2008 -1,855
2009 - 1,947
Sumber: http://www.jkm.gov.my