ok..mira dah godek-godek sikit macam mana nak guna secara optimum social networking ni sebab twitter lebih efektif untuk berkongsi apa yang berlaku dengan lebih cepat berbanding facebook.. sesuai sangat la kan untuk annonce entry baru.tapi, takde blog pon boleh je pakai.. takde plak prasyaratnya kena ada blog.. ye dak? huhu
1) Follow
Follow bermaksud anda akan menerima tweet dari orang yang anda follow. Tweet dari orang tersebut akan muncul di timeline/home atau application yang anda guna seperti Tweetie atau TweetDeck.
Orang tersebut juga akan diberi permission untuk menghantar direct message/ private message kepada anda.
Nak follow? just pergi kat profile orang tu dan tekat follow, nak block user pon boleh.. block kalau tak maw dia dapat mesej baru. Unfollow kalau tak mahu terima mesej orang tersebut.
Kalau follower pulak adalah orang-orang yang terima mesej setiap kali kita tweet!