Saturday, October 23

50 Bloggers Diperlukan!


Wah mencari lagi? Kali ini bukan tawaran untuk menjadi editors tetapi untuk memenuhi list blogwalking di 100penulis.com.

Kenapa ya, saya perlukan link anda?

Begini, katakanlah anda ada sedikit masa lapang untuk blogwalking, apa yang anda buat? Anda akan lawati berpuluh-puluh malah beratus blog untuk bertukar-tukar trafik.

Masalahnya berapa banyak link yang tidak aktif?

Sebab itulah saya mahukan link anda untuk memenuhi senarai blogroll di 100penulis.com. Bila links blog dimasukkan dalam blogroll maka lebih mudah untuk melihat update terkini (feeds) dari anda. Bukan saja anda akan terima kunjungan dari saya malah dari 80 orang editors lain di blog 100penulis.com ini. Untung kan? Belum campur dengan kunjungan dari pembaca blog ini lagi.

Memang terdapat ratusan hingga ribuan blog yang menarik tetapi saya hanya memerlukan 50 buah blog sahaja untuk senarai pertama. Anda mahu senaraikan blog anda di sini? Syaratnya, senang saja.

1) Pilih banner blog 100penulis.com untuk menyemak di sidebar blog anda. Dapatkan kod dari sini : http://www.100penulis.com/p/our-banners_22.html

2) Buat satu entri ringkas bertajuk "50 Bloggers Diperlukan" dan ceritakan kenapa anda mahu menyertai blogroll 100penulis.com. Jangan lupa selitkan link pengumuman ini juga : http://www.100penulis.com/2010/10/50-bloggers-diperlukan.html

3) Respons segera di bawah dengan format :

Banner yang anda pilih : 1/2/3/4
URL Entri anda :

Itu sahaja yang diperlukan. Peluang ini dibuka sehingga 20-Nov-2010 (Sabtu). Saya dan lineup 80 orang editor mengucapkan : "Cepat bertindak! Haippp!"

Pstt : kalau rajin follow sekali lah ye ;p

EDITED 24/10/2010 : Teruskan menghantar link anda, satu lagi list akan disediakan :)