Tuesday, September 21

SALAM KENAL DARI NABILAH_2908




Salam kenal dari Nabilah....

firstly....saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada pihak Admin kerana menerima permohonan saya untuk menjadi warga 100penulis ini...

saya dari group G6..sekarang ni masih lagi memahami konsep dan peraturan di sini..jika ada salah dan silap...harap di maafkan sebab saya masih lagi baru di sini...


Pengalaman beraya di perantauan


Ramai yang nak tahu bagaimana perasaan beraya kat perantauan. Serius aku cakap, awal-awal tu memang rasa macam tak best sebab jauh dari family.Tipu la kalau tak meleleh pagi raya.Teringat suasana kat kampung.Itu memang tak dapat dinafikan la. Tapi sebenarnya kat sini pun meriah juga.Lagi meriah dari Malaysia (bagi aku la) sebab aku yang style jarang nak beraya rumah orang.Tunggu orang datang rumah je.Demand terlebih.Hahaha.


Kenali Trilobit

   Pada entri kali ini, penulis amat berminat untuk memperkenalkan kepada pembaca 100penulis tentang seekor haiwan yang telah pupus berpuluh juta tahun lalu. Tahukan anda, tentang seekor spesis haiwan yang digelar 'Trilobit'? Mungkin ramai yang pernah terdengar dan mengenali gambar yang seiras dengan haiwan yang akan penulis rungkaikan sebentar lagi, namun, masih ramai diluar sana yang masih tidak mengetahui dan mengenali sejenis haiwan kecil yang cukup primitif ini.
Trilobit


Permohonan Untuk Menjadi Editor Masih Dibuka

Salam sejahtera untuk semua warga blog 100penulis dan semua pembaca. Saya tak mahu story panjang-panjang, cuma nak umumkan yang blog ini tetap mengalu-alukan permohonan untuk menjadi sebahagian barisan editor.

Memang di bahagian kanan atas ada tertulis 95/100 atau 100/100 sehari dua lagi, tetapi saya tetap menerima permohonan baru kerana tentunya ada editor sedia ada yang menarik diri, tidak aktif, tidak mengikut giliran dan sebagainya. Oleh itu, silakan menghantar email kepada saya dengan format yang pernah sy jelaskan dalam entri PENGENALAN.

Semua emel diterima tidak di-reject, maka mohon kerjasama anda tidak menghantar lebih dari satu emel kerana saya pasti akan membaca kesemuanya. Cuma lambat atau cepat saja permohonan anda diterima. Takde pilih-pilih bulu punya. Haha.

Spread the love. Like/Share this entry to your facebook /+ twitter :)

Amin sebagai Salam?

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca ^_^

Masih dalam mood raya. So nak cerita something berkenaan dengan raya ni yang dialami my sis masa raya hari tu. I alami benda ni sebelum raya. Tapi benda ni buat kami tercengang pada awalnya dan kemudian menjadi pelik. Mungkin kami dari negeri selatan ni tak biasa dengar ayat macam tu kot..

Ceritanya macam ni...



Sepanjang minggu perayaan.

Cerita Raya

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya, jemput makan, minumlah, sirap je, hari ni rumah terbuka mane?, makan apa. - "ayat-ayat biasa dengar minggu ini"

Lemang, Nasi Impit, Mee Hoon sup, rendang, bermacam-macam jenis kuih, kerepek pisang masin, kuih gunting, kuih siput, karipap mini. - "makanan biasa jumpa minggu ini"

Sirap, Ribena, Oren Sanquick, Tropicana Twister, Teh O suam - "air biasa jumpa minggu ini"

Sampul duit raya, kad raya, kulit kacang, kotak rokok, puntung rokok, kulit rambutan, buluh lemang, jari kanak-kanak, bangkai kenderaan lepas eksiden, - "sampah biasa jumpa minggu ini"



Masihkah Kau Ingat?

Elok keluar je bilik air, aku menggigil. Apa pasal pulak ni? Takkan baru kena hujan sikit dah nak demam? Tak macho la gini...

Eh Yang...memang sejuk ke malam ni, ke I sorang je yang tak betol?

Tak. Bukan you aje. Memang sejuk. I tengok Met Eireann tadi, dia kata malam ni 0 ke 6 darjah...
Aku pandang aje isteri aku. Takkan dah nyanyuk pulak bini aku sorang ni? Baru bulan 9, takkan dah cuaca gitu. Nak aje aku jenguk dekat laptop dia. Nak jugak buktikan yang bini aku salah tapi, udara sejuk yang menyelinap dari celah pintu balkoni bilik tidur malam tu seolah-olah menegakkan lagi kebenaran kata-kata isteri aku.

Selesai aje solat Isya' aku memberanikan jugak diri untuk menyelak langsir kain kapas pintu balkoni...


Lagu kesukaan waktu kecik?

Salam chenta bersulam kasih buat semua :)

Semalam saya dan kawan-kawan di facebook dengan gembiranya mengenang kisah silam sewaktu di sekolah rendah dulu. Tengok tajuk entri mesti korang tau nak cakap pasal apa kan,hehe. Mestila pasal lagu-lagu sekolah rendah dok kita nyanyi, praktis lagi main rekorder kat umah,haha. Korang mesti ada lagu feveret kan. Macam saya, saya suka lagu..

"Lihat jauh nun di sana, tekun petani kerja..Buah padi masak kuning, isteri kerjasama" --> apa entah tajuk lagu nie?haha. Seronok betol nyanyi ramai2 kat kelas.