Saturday, September 18

Beraya di Perantauan

Assalamualaikum & Salam 100 penulis.hari ini giliran saya.terima kasih daun kari kepada encik admin kerana memberi peluang yang semua orang akan dapat ini kepada saya untuk hari sabtu minggu ini.sudah izzati.cukup dengan kata-kata aluan.

ini entri tentang peristiwa seminggu yang lalu.SYAWAL Versi Bukan di Malaysia.ini ialah first time untuk saya & rakan-rakan beraya di perantauan.kitorang stay sini 2 tahun je.hujung tahun depan balik dah.jadi kalau sempat pun beraya 2 kali je dekat sini.bermakna, 2 tahun miss pesta mengutip duit raya.tapi dah ada dalam fikiran tahun depan nak balik beraya.wah kau izzati.bulan Syawal tahun ni belum habis, dah terfikir tahun depan.kakaka~

tidaklah mahu saya membebel panjang macam ini blog peribadi.cuma mahu kongsi satu fakta.beraya di perantauan tidaklah sesadis mana.ianya tidak sadis.cuma ianya lain dari yang lain.apa yang lain?

fully-memasak sendirian berhad.bermaksud.tiada emak yang menjadi mando di dapur.diri sendiri ialah mando.dan disebabkan coursemate saya bersungguh-sungguh hendak buat open-house-first-time-dalam-sejarah-kehidupan maka ada beberapa mando mengikut jenis masakan.nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, nasi tomato, ayam masak merah & sate.semua ialah masakan sendirian berhad.semua itu manual a.k.a buat sendiri.tiada istilah segera & pos dari Msia.ibaratnya ialah kalau ibu-ibu di Msia tahu hal ini,mesti sangat super-bangga dengan anak-anak.jika sebelum ini hendak tengok anak di dapur pun macam haram, kini selepas hidup sendiri di tanah orang, chef hotel empat setengah bintang pun boleh kalah.haha.ini bukan tipuan.ini ialah kebenaran.and everything came out very super-fabulous sebab semua makanan memang super-sedap sampai rasa makan dua tiga kali pasti nak lagi.

hari raya layan Xbox & Wii.tak tahulah biasa orang buat ke tak.tapi kalau nak jawab teka-teki macam dalam cerita Nujum Pak Belalang tu, ini ialah jawapan untuk jarang-jarang.nak buat macam mana.ada jugak yang masa tengah khusyuk main game ni terkeluar ni kalau duduk dekat rumah main game masa raya confirm lepas tu dapat free lecture.

hari raya layan pool.sebab dekat hostel, pool ialah salah satu facilities selain Xbox & Wii & Ping Pong & benda-benda lain.jadi segala facilities ini memang digunakan to-the-fullest terutama bila tak-tahu-nak-buat-apa.hari raya pun hentam main pool.so what say you?:P

Selamat Hari Raya Aidilfitri Malaysia.Maaf Zahir Batin.Ikhlas dari kami, pelajar tajaan KPM (IPGM KTI-Uni.Of.Auckland)2010.

p/s: mula-mula ada terfikir, raya nanti aku mesti mengalir airmata Syawal teringat keluarga, teringat kuih raya & duit raya HAHA.tapi takde pun mengalir airmata atau drama segala.bukan sebab tak ingat keluarga, tapi sebab ada lagi satu keluarga dekat sini iaitu kawan-kawan:)
btw memang dah super-berusaha nak buat entri raya seringkas mungkin.dekat blog saya cerita details ikut hari & super-banyak gambar random.kakaka.jadi,kalau ada sesiapa teringin nak baca entri-raya-lengkap-&-panjang-berjela, jemputlah datang blog saya okay.Selamat Hari Raya!