Thursday, September 16

pencarian mencari cinta

Ketupat Rendang dan lontong
Seronok sebenarnya walaupun bila dah tua-tua macam ni, waktu bersalam dengan pakcik makcik masih lagi terhulur sampul berisi duit raya atas alasan kita masih belum bekerja dan bujang. Malah isinya kadang-kadang tu lebih dari adik-adik kanak-kanak yang lain. Bagus jugak prinsip 'budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak' ni. Dan bila dah hampir seminggu berhari-raya ni, baru diri nak beringat waktu makan lepas terseksa satu perjalanan balik dari kampung lepas tangkap diarrhea akibat makan ketupat rendang lontong nasi biryani tak tentu hala masa raya pertama. Orang makin naik badan sebab raya, kita jadi kurus keding (okey tipu) lepas hilang 3kg senang-senang. Fobia terus nak melantak waktu open house. Tapi dalam state of fobia tu licin jugak tiga empat pinggan. Nasib baik fobia, kalau tak. Highlight untuk raya setiap tahun adalah untuk alami sendiri perasaan selesa, warmth, bila bersama keluarga. dapat lihat mereka tersenyum, yang kanak-kanak berlari bermain kemudia menangis berebut ipod pun sudah boleh menjadi bekalan kenangan sepanjang hayat. Cukup menutup seksa diarrhea yang tidak sama sekali akan saya kongsikan pengalaman tersebut bersama anda semua.

special untuk korang korang la kiranya ni tau!

Dalam mencari cinta sejati

Midnight entry









Assalamualaikum semua, ini adalah 'midnight entry'. Masih fresh lagi, terus di'publish'. Entry kali ni macam serius je, tapi tak ada la serius sangat, cuba untuk bermonolog dengan diri sendiri. Sedih memikirkan tinggal beberapa hari lagi nak tinggalkan Malaysia, sedih bila tengok mata Ma dan Abah, sedih bila terkenangkan 2 bulan bersama. Apa-apa pun, perjuangan ni kena diteruskan.





Tahun Depan?