Saturday, September 11

Kau bodoh, aku pandai...

Kenapa boleh wujud kata-kata "Kau bodoh, aku pandai" atau yang sebaliknya?


Semua kerana ada Kelas A dan Kelas E di sekolah. Hahaha. Sebab tu kita dapat tahu menilai kepandaian dan kebodohan.

Tapi manusia bukanlah hidup dalam kebodohan. Cuma manusia hidup dalam ketidak tahuan. Keduanya berbeza.

Orang A berani bilang Orang E bodoh kerana dia berjaya mengecap target lebih awal berbanding Orang E. Padahal kedua-duanya boleh berjaya mendapatkan sukses yang sama tapi pada masa yang berlainan.

Otak setiap manusia benrfungsi dalam kadaran yang berlainan. Jadi tidak adil nak mengatakan orang-orang di Kelas E adalah bodoh.