Friday, September 10

Ucapan mesej raya terbaik dari ladang!

Alangkah indahnya syawal menjelma,kelihatan anak-anak kecik ketawa riang sambil menyaksikan mercun-mercun kebabom di sekelilingnya, tapi adik2 jangan lupa mercun tu bahaya,sila-sila jauhkan diri anda dari kebabom itu semua takut ada yang cedera habis tak dapat nak raya..BEWARE..

Tetapi, alangkah sayunya hati ini tatkala ingin melangkah pergi dari bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan..Kelihatan ada anak muda dan tua menyesatkan air mata gara-gara hati sayu dan sedih untuk meninggalkan bulan ramadhan yang mulia..harap semua bawak bersabar untuk menunggu bulan ramadhan yang akan datang...........


sudah sampai masanya.

sudah sampai masanya utk hamba mem'publish'kan diri hamba disini,
4 da 1st time lor, hehe ;)

salam kawang - kawang,

actually hamba t'serempak ngn blog 100 penulis nie
kt blog afifaa, yg juga m'rgkp x-classmate hamba mase muda2 dlu, wee~ XD

thanx a lot lh sbb bgi peluang hamba join dis club, mula2 mmg xcnfident pom nk msuk blog nie, sbb blog hamba sndiri xt'jga, srabai mcm tuan dye. hahaa ;P tp nothing can change my love 4 ue, kte mmg da d'jodohkn kot. ;)


Eid Mubarak

Happy Eid Mubarak

It's not the brand new "baju melayu" or "baju raya" that matters, it's the presence of the family together matters the most.

p/s: Family is indeed important, but how important are you to them?



Tutorial: How to put Nuffnang Ads Between Post!

Hari ini saya berbesar hati nak berkongsi ap yg baru saja saya dapat discover..heheh!.. sebab ada juga xtau kan nk buat cmana kn kn kn kn?? ok lets start..



Step 1: Cari dulu code nuffnang untuk between post cmni

Click lah supaya lebeh jelas..
okeh daapat?..ni baru tgk2 dulu..



Layakkah aku menjadi anakmu?

Salam.
Bardboo nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga 100penulis dan juga kepada semua yang melawat blog ini. Macammana dengan raya anda, pasti meriah kan? =)
________________________________________________________________

“Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu”

Mesti korang semua pernah dengar kata-kata di atas ini kan? Pada pendapat korang, betul tak?
Bagi pendapat saya, kata-kata ini teramatlah benarnya. Kalau kita tengok dalam drama di TV, banyak sangat memaparkan tentang isu ini. Nak yang realiti? Hanya pandang sekeliling korang, dan perhatikanlah. Semuanya dapat dilihat dengan jelas.

--3 kejadian dalam satu hari,raya!--

kisah 1

tengah2 bersiap nak keluar gi shopping baju raya last minit..

'mak,ada orang zakat datang!mak kan tak bayar zakat lagi!!'

maka mak aku yang tengah bizi menepek2 'bedak sejuk' kat muka,terkocoh2 suruh aku ambil duit RM50 untuk gi bayar zakat tu..aku bayar zakat??????*gelak mengilai*

aku musykil juga..
'aik!!takkan la pasal mak tak bayar zakat lagi,'geng' zakat tu sampai2 nak terjah rumah kot?'
(sistem baru ke??)


Kongsi Meriah Raya

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Hari ini 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri; hari kemenangan kepada seluruh umat Islam yang berpuasa. Kalau tak puasa, bermakna dah kalahlah ya. Tahniah kepada anda yang berjaya lalui ujian sepanjang sebulan berada dalam bulan Ramadhan.

Suasana Raya memang meriah. Lain tempat lain cara meraikannya. Mesti seronok kalau kita boleh tahu kemeriahan dan keunikan sambutan raya di merata tempat kan?


Biasanya pada hari raya, kita akan berpakaian baru, saling bermaafan sekeluarga, menikmati hidangan sebelum ke masjid mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Menziarahi kuburan ahli keluarga dan sahabat handai yang telah pergi mengadapNya terlebih dahulu, saling kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi sanak saudara. Itu sambutan raya secara standard. Namun, dah tentu ada juga cara yang unik dan tersendiri di merata tempat.

Saya suka menulis, jadi apa kata kalau kita sama-sama kongsi suasana dan cara sambutan hari raya di tempat masing-masing dalam ruangan komen kat sini. Ramai dikalangan kita nak juga tahu cara sambutan raya di tempat lain. Jom kongsi!

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam tak kira dimana sahaja korang berada, walaupon berada di luar negara kemeriahan raya perlu dirasa kan??....macam mana berbuka puasa terakhir di bulan Ramadhan tadi? sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah pon 1Syawal kan....

malam raya nie para ibu lah yang paling sibuk di dapur termasuk mama, aku pon ada jugak tolong-tolong, nie pon berhenti rehat jap..hihi tahun nie tahun ketiga kami beraya di rumah sendiri sebab ketiadaan atok dan nenek yang telah pergi jauh....kalau dulu, kami dah sibuk pulang ke kampung, sekarang semua dirumah, seronok juga =) tapi tak ada lah tidur rumah kampung tapi rumah batu (^_^!)

korang malam raya selalu buat apa? tengok tv sampaikan raya? tolong kacau rendang? tak pon tunggu ketupat masak? rindu nya semua moment nie, ye lah bila dirumah batu nie, semua masak dalam rumah, tak terasa sangat....kat kampung masak kat belakang rumah atas tanah, hehe

akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...esok beraya sakan na...makan banyak-banyak taw, bagi yang boleh collect duit raya tue, collect banyak-banyak, hehe tapi ingat jangan main mercun =) aku pon nak makan banyak-banyak juadah raya, aku kan MieZa yang sUKa MaKan, peace!!