Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Esok insyaAllah semua akan menyambut hari kebesaran dan kemenangan. Aidilfitri. 1Syawal.
Ini entri saya yang ke tiga. Enteri pengenalan saya cerita tentang blog Saat Kau Sentuh Hatiku, seterusnya berkongsi tips keselamatan rumah yang kita tinggalkan semasa balik kampung pada musim perayaan ini.
Bila musim raya, mesti ada hidangan yang lebih istimewa berbanding biasa. Ada ketupat, lemang, rendang, lontong, nasi impit. Itu yang biasa kita dengar. Pernah tahu tentang hidangan Hari Raya dengan ketupat pisang?
Biasanya kita dihidangkan dengan ketupat pulut atau ketupat nasi sahaja. Namun, di Kelantan, sejenis ketupat lagi yang popular adalah ketupat pisang. Ketupat pisang adalah ketupat pulut yang dibungkus dalam daun pisang. Di bahagian dalam ketupat itu pula di isi dengan pisang. Itulah keistimewaannya. Lain kan? Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang ketupat pisang ini. Tengok pun tak pernah, apalagi merasa kesedapannya.
Ada yang beranggapan, orang malas sahaja yang buat ketupat ini, sebab nampak ringkas, senang dibuat dan mudah siapkannya berbanding ketupat daun palas. Namun, ketupat pisang orang malas itu sebenarnya hanya dibungkus dengan daun pisang semata-mata tanpa diisi dengan buah pisang sebagai inti. Bila ada inti dengan buah pisang, rasanya juga dah jadi lain berbanding ketupat daun pisang orang yang malas itu.
Nak tahu rupanya? Saya pernah tulis tentang ini dalam satu entri berjudul Ketupat Pisang Untuk Raya. Siap dengan cara menyediakannya. Bonda tercinta yang jadi model tu...selamat mencuba.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin untuk semua di 100penulis.