Monday, December 6

; versi ketawa


assalamualaikum readers.

dulu pernah terbaca tentang hal ' ketawa ' di blog seorang kakak yang bakal menjadi seorang doktor (terlupa link).
kagum saya dengan dia sebab dalam kesibukan membuat persedian untuk fly pun, dia tetap mempunyai idea yang bernas dalam setiap entry beliau.

mari kita berkongsi versi ketawa.

kepesatan IT semakin maju bila mana setiap perbualan tidak lagi melalui empat mata berdepanan, perkelahian tidak lagi dengan sumpah seranah lisan, dan per-ketawaan tidak lagi secara depan-depan.

Zaman IT seperti chat, twitter, hi-5, sms,YM, blog, fs atau fb sedar tak sedar membuatkan cara ketawa itu timbul dalam pelbagai versi.
Versi ketawa maya ini memang pelbagai, anda mahu tahu?
Berikut adalah analisis tentang ketawa :



- versi ketawa maya pertama; ha. ha. ha. ha
. digunakan untuk ketawa formal
. digunakan juga apabila perbualan maya telah capai tahap bosan, dan sudah kehabisan idea untuk menyambung bicara
. ketawa terpaksa

- versi ketawa maya kedua; he. he. he. he.
. tak  banyak beza dengan yang pertama
. jarang digunakan, tapi tetap terkenal
. digunakan apabila sesuatu lawak itu tak menjadi

- versi ketawa ketiga; hik. hik. hik.
. ini pun lebih kurang sama je dengan versi ketawa lawak dia atas
. bunyinya seperti ketawa yang diselang seli dengan batuk
. digunakan bila sesuatu bahan lawak itu mencapai tahap, ' boleh la '

- versi ketawa keempat; kih. kih. kih
. ketawa yang ejaannya terbalik dari yang atas
. bukan sejenis gelak yang sopan?

- versi ketawa kelima; muahahha
. versi ketawa untuk menyakitkan hati
. digunakan antara dua pihak apabila pihak pertama berjaya menyakitkan hati pihak kedua
. pun bukan ketawa yang sopan. anak anak dara dinasihatkan supaya tidak menggunakan ketawa ini di luar sana.

- versi ketawa keenam; wakaka
. untuk tujuan yang sama; mengenakan orang
. digunakan apabila pihak pertama berasa berjaya membuat lawak bodoh kepada pihak kedua
. pihak kedua x ada rasa apa apa langsung ( betul, percayalah )

- versi ketawa ketujuh; ngeh. ngeh. ngeh
. bila mana pihak pertama telah membuat sesuatu yang jahat di alam maya
. pihak ini tidak mahu pihak kedua terasa dengan lawak yang dikira boleh menyakitkan hati
. kebiasaannya, pihak kedua membalas dengan versi ketawa pertama

- versi ketawa kelapan; lalallaa
. bertujuan untuk menyakitkan hati tetapi x secara direct
. meskipun kelihatan seperti menyanyi tetapi sebenarnya ia adalah versi ketawa yang muncul selepas ayat yang menyakitkan hati di alam maya.

- versi ketawa kesembilan; kui. kui. kui.
. x mahu komen sebab bunyi seperti kura kura.

saya telah menggunakan semua versi ketawa ini. anda pula bagaimana?



Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah blog.

13 comments:

nur.sa said...

miahahahaa. pun boleh dikategorikan gelak jahat juga kot. :P cuma tukar mua-->mia..

LaYar_LaRa said...

sya rasa sya juga tlh mnggunakan smua versi ketawa...:)

LaYar_LaRa said...

rasanya saya jg tlh mnggunakan kesume jns verni ktwa nih...:)

hafeez said...

dah jemu guna semua...hehhehehe..hahahaa...lalalla...kihkihkih...hikhikhik...last skali :-)

afifaa. said...

nur sa; eh baru tahu la miahahha tu. ngeee. macam nama kucing :)

afifaa. said...

layar lara; kalau jumpa versi baru sila share ya. hehee.

afifaa. said...

hafeez; jumpa yang baru tak akan jemu. hee :)

kusut said...

eh lol takde?
atau lul
atau lolz
lulz
lolx
lolxor
lol'd
@_@
kebaratan lah aku ni

ok tapi gelak maya versi BM yg aku banyak gune pun tak tersenarai gak
eheh
atau keh3

nn said...

BAHAHAHHAA - ketawa terbahak-bahak bila ada something yang lawak tahap dewa. :P

chenta said...

ketawa yg ikhlas, mcmane plak nak tunjuk?

afifaa. said...

kusut; tak termasuk dalam senarai :P

tak terfikir pulak pasal eheh tu. sedangkan selalu je guna. eheh ;p

afifaa. said...

nn; waaa. betul gak tuh :)

afifaa. said...

chenta; ketawa ikhlas ketawa yang keluar dari hati. hehe.