Thursday, December 2

Tolong Gunakan Tandas Dengan Betul


     Tandas...tak kira di mana-mana tempat mesti adanya tandas...tandas kini menjadi satu keperluan,jika takde tandas,memang nayalah kita kan??? ehehehe....tapi bagi pengguna tandas terutamanya yang masuk 'free',tolong gunakan tandas dengan cara yang betul....ini tips-tips nyer....jom teruskan membace :


1.  Sila flush mangkuk tandas tue selepas menggunakannya.
 tujuannya bagi mengelakkan bau-bauan yang 'terbit' selepas korang buang air besar. tapi tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan saluran najis itu tersumbat dek najis-najis yang telah 'dihasilkan',lagi2 kalau najis itu bersaiz XL atau XXL..ehehehe

2.Tolong jangan buang apa-apa bahan yang tak sepatutnya dibuang di dalam mangkuk tandas seperti tuala wanita berjenama kotex, kotak rokok dunhill, tisu dan sebagainya..buang ke dalam tong sampah yang disediakan. Ini mengelakkan juga saluran najis daripada tersumbat dan sekaligus mengelakkan mangkuk tandas daripada bertakung...

3.  Tolong jangan duduk lama-lama dalam tandas!
perkara ini tak sepatutnya terjadi kerana tandas bukannya tempat yang sesuai untuk 'berehat' dan 'bertapa'. Selepas buang,terus blah ok.... Lagi satu,jangan merokok di dalam tandas,bukan apa,takkan takde tempat lain kot nak merokok?? lagi-lagi ini mungkin menimbulkan rasa tak senang hati kepada pengguna tandas yang lain serta membuatkan pengguna tandas mrah kerana menunggu lama di luar...huk huk...

4.  Bagi Lelaki, di galakkan untuk tidak membuang air kecil di tempat yang disediakan di luar(mangkuk urine).
Kita kan orang islam...tak yah buang air disitu...lagi2 bila buang air disitu,tidak membasuh pula kemaluan .so,sah ker sembahyang korang jika korang tak suci dari hadas kecil,bukan??? sila gunakan tandas duduk atau cangkung,ok...:)

5.   Baca doa sebelum dan selepas masuk tandas
harap2 korang akan dilindungi dari syaitan jantan dan betina..Insya-Allah....

6.  Jangan membazir air!
Selalunya ramai juga pengguna tandas yang suka melakukan pembaziran terhadap air...yelah,pertama sekali bila duduk kat depan cermin besar tue..asyik ajer betulkan gaya rambut yang kembali 'serabai' selepas berjalan kesana kemari.. tolong tutup pili paip air tue...guna sekadar ala kadar jer...air tue memanglah percuma bagi korang,tapi jimat-jimatkanlah air...:)
kedua,kurangkan penggunaan air bila buang air.guna air jika semasa korang 'mencebok'...huhu..

*** ladies nak guna mangkuk tandas yang sememangnya 'mangkuk' nie??? ehehehhe :P

pst-yang paling aku tak suke,jangan buang baby kat dalam mangkuk tandas sampai dia tersangkut...sungguh kejam...huhu

Mengenai Penulis Entri Ini :
nas juga penulis untuk blog Nas' LeTTeRs. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nas. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

8 comments:

Shaofie said...

memang takde manner kdg2. ada lagi dasyhat, kencing tapi tak tutup pintu. ish. memang tak senonoh laa.

amira said...

well..memang betul tu.. guna tandas awam sebaiknya.. fikir untuk masa panjang juga..

tag berlagu- tajuk sahaja~

afifaa. said...

makk oihhh. kotornya tandas tuu.

tandas awam kat mana-mana pn kotor. kat bandar pn lebih kurang je kotor. bukan main lagi kena bayr.

latest entry : memorable trip

KeCiK said...

Gua kurang minat mangkuk toilet yang ber-duduk. Kalau bahan buangan kita saiz besar konpem terpercik kena balik kita punya ***. Euwwww...

Mencangkung lagi nikmat.

Gua dengar toilet overseas tak dibekalkan dengan air, instead diorang pakai paper. Izzit true?

:)

Azza Zahra. said...

Aduh, tak sampai hati
nk tgk tandas cemitu.
Sanggup tahan kencing
klu dlm musafir melainkan
toilet kat R&R mmg bersih.

Fina Sophie said...

iyewwww.

toilet dekat rumah tetap toilet paling selesa hehehehe!

r.k said...

ahhhh .. masuk tandas bayar apa . biarlah bazir air , LOL .

jangan buang bayi dalam tandas , eh . JANGAN BUANG BAYI ! , taknak bagi kat ghua . seriusli .

humbleyat said...

toilet!huhu..tak suka tandas yg rosak..sebab tu suka gi toilet kat masjid2 besar..memg terbaek punya!

paling tak suka kalu toilet tu bau hancin..nak muntah!

latest entri:Nostalgia Kelahiran