Thursday, December 2

Stalker maya, bahaya atau tidak?



Seorang stalker tidak akan mengaku dirinya stalker. Dia akan cakap "Eh, bukan stalker la,observer!" Yang sorang lagi akan cakap "Monitor...". Dulu cikda sendiri tak tahu apa tu stalker. Dengar perkataan stalker tu cikda imagine orang yang pegang pistol, dan buluh meriam. Cetek betul ilmu dunia. Biasanya stalker ni akan mengekori gerak geri korang, tapi cikda bukan nak cakap stalker yang stalk orang untuk nak culik ke ape. Tapi sangat la penting nak ketengahkan kat sini mengenai "stalker maya" (cipta sendiri). Stalker maya ni maksudnya orang yang stalk atau follow anda di alam maya la, contohnya, Facebook, Friendster, Twitter, Formspring dan Blog. 



Kenapa stalking?
"I'm not stalking, I'm shadowing you"

1. Nak tahu perkembangan seseorang

Tak kira perkembangan yang macam mana tapi stalker ni biasanya nak tahu ape latest update pasal korang. Dengan siapa, keluar ke mana, apa korang buat. Biasanya facebook la social network paling best kalau nak stalk. Si stalker akan stalk korang punya status, photo albums, relationship status dan semua la. Tak kira la status yang baru keluar 1 minit lepas ke, yang keluar sebulan lepas ke. Kalau dah si stalker ni nekad, memang dia akan stalk habis. Menakutkan betul. tapi jangan risau tak semua stalker berbahaya, cuma diaorang mungkin obsessed je dengan korang. Tapi yang obssessed ni la sebenarnya yang membahayakan. Hmm.



2. Minat dan sayang

Selain daripada nak tahu perkembangn hidup korang, stalker ni sebenarnya dalam diam minat korang. Disebabkan minat yang satu ni la mendorong diaorang untuk stalk korang. Dia ambil berat pasal korang, nak tahu apa yang berlaku pada korang, ok ke tak, dengan siapa korang berkawan, dan paling sedih kalau minat dalam diam pada orang yang dah berpunya. Al-kisahnya, minat pada girlfriend orang ke, boyfriend orang ke, walaupun korang dah berpunya tapi keinginan untuk tahu pasal korang masih tak dapat nak hilang. Stalker  yang jenis macam ni la yang boleh mengundang masalah kepada hubungan orang lain. Jadi, kalau nak stalk berpada-pada la yer. (gaya macam mendorong stalker je), Walau apapun, korang kena hati-hati jugak, pandang kiri pandang kanan, sebab korang punya girlfriend atau boyfriend tu pun stalk korang tau. Ada jugak stalker yang stalk bekas pasangan mereka, walaupun dah break up, tapi kegiatan mengstalk memang takkan berhenti. 

3. Famous

Kebanyakan stalker stalk orang famous. Kalau korang dalam kategori famous ni, maka tak perlu la nak hairan kenapa ramai yang stalk korang. Biasa la, mereka cuma nak tahu pasal korang je. Dan kadang-kadang yang selalu kena stalk ni pun sebab dia cantik atau pum kacak. Buat blogger-blogger famous diluar sana, anda sememangnya menjadi top list untuk distalk. Tapi kalau artis-artis tu memang sah-sah la kan akan distalk. Agak mencabar hidup orang yang famous ni. 



4. Isu gossip

Ada jugak yang menjadi stalker ni semata-mata untuk mencari topik hangat nak di kongsi bersama kawan-kawan lain. Berkongsi yang membawa maksud bergossip. Lihat sekeliling korang, mesti ada kan yang menyebar gossip sini sana. Tapi kena ingat 'pokok takkan bergoyang kalau angin tak tiup' (dah lupa versi betul - macam takde kaitan pun ada). Yang penggosip dan stalker tegar ni pun kenalah berpada-pada, jangan duk sebar fitnah pulak. Tu lah yang bahaya bila ada stalker ni. 

Jadi, tu je lah yang sempat nak list. Tapi kena ingat, kena berhati-hati dengan stalker. Ada je stalker maya yang stalk gambar-gambar korang, tengok dan tenung hari-hari, save gambar la, itu namanya obsessed yang melampau. Tapi ada juga stalker maya yang tak bahaya. Cikda pun tak paham sebenarnya, nak cakap stalker ni bahaya atau tidak. Apa-apa pun, korang kena pandai-pandai la tapis apa yang korang post dan publish di mana-mana social networks yang korang join. 

Aida Ismail © 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog Antara Mimpi & Realiti. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah KISAH KEMBAR TIGA.

11 comments:

Shaofie said...

takut juga ada stalker ni. bimbang kalau-kalau stalker ni mengancam kehidupan. adoi.

chenta said...

pernah je kene stalker..banyak kali..sebab tu byk sgt tukar blog..hehehe

Aida Ismail said...

@shaofie : bergantung pada sejauh mana stalker itu stalk =D

Aida Ismail said...

@chenta :

paling penting, pictures kena jaga jaga sikit la sebelum post or upload =) hehe, risau risau.

iEra NaDiRa said...

Stalking ni boleh dijadikan hobi tau. (wahh cakap macam ada pengalaman je!)

Hehe. Nak tahu tak? Stalking ni best. (tiba-tiba je!) =.="

afifaa. said...

stalker ni macam bahaya je. sebab akan jadi obses lama-lama kan?

takut lah. huu.

memorable trip

Fina Sophie said...

my stalker kbykn ex-ex, fmly, or kwn2 rapat. n smtimes ada juga yang sy tak kenal tp personally mengaku yang selama ni dia follow sy. no problem bagi sy, kita baik dgn org, insya-Allah orang pun baik dgn kta. nak tahu perkembangan kan. biasanya diorang baca blog la. even entah hape2 merepek dlm blog tu wakaka. :P

sy stalk juga ex2 sy kadang2. mcm HOBBY. bukan pmpuan psiko, just amik tahu perkembangan diorang hehe.

chenta said...

jarang upload gambar..tp mcmane entah diorg boleh tahu itu sy..hehehe

pernah sekali tu tetiba org tu msg. mengaku yg dia stalker i. siap dia kata pernah dia tertanya-tanya nape sy tak update blog lama..takut juga tau mcm tu

r.k said...

habis lah luols . ghua datang nak stalk . hah , sama dulu angkat tangan !

humbleyat said...

stalker maya?huhu menakutkan kalu yg fanatik...

sebab tu sy privatekan sume pic di facebook..he2.jgn marah yerk kwn2...

utk keselamtan diri jugak..

latest entri:
Nostalgia Kelahiran

kusut said...

hoh stalker. kebanyakan stalker aku rase tak bahaye lah. isu stalker yg sampai membahayakan nyawa aku rase jarang berlaku (bukan tak berlaku.. tapi jarang). aku rase, almost semua orang dewasa penah jadik accidental stalker kot.

we shouldn't give in to paranoia sebab menyusahkan diri ade la