Thursday, December 23

Sharing is caring - Petua mengatasi bibir kering

Powered by BannerFans.com

Assalamualaikum.
Terasa macam lama dah tak menulis blog walaupun sebenarnya sekurang-kurangnya sehari ada satu entry. Ini entry kedua dari saya. Masih mencari apa yang sesuai untuk ditulis. Hari ini saya nak berkongsi satu petua dengan kawan-kawan.

Saya mempunyai masalah bibir yang kering. Kekeringan yang terlampau sehingga menyebabkan bibir pecah. Boleh bayangkan tak macam mana rupanya bibir yang sangat kering tu? Saya ni jenis tangan gatal jugak. Kalau dah bibir tu kering, saya mesti nak tanggalkan kulit yang kering pada bibir. Itu menyebabkan bibir jadi luka. Ada tak antara kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama seperti saya?

Disebabkan saya mempunyai masalah bibir yang kering, seharusnya saya memang akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya sudah mencuba memakai lip gloss ataupun balm. Tapi masih juga tidak dapat menyelesaikannya walaupun orang kata guna vaseline bagus untuk melembabkan bibir.

Sehinggalah pada minggu lepas, saya terbaca petua dari majalah remaja bagaimana untuk mengatasi masalah bibir kering. Petuanya adalah gosok bibir anda dengan berus gigi juga semasa sedang menggosok gigi. Saya sudah cuba untuk beberapa hari. Dan rasanya boleh digunakan petua ni. Lagi satu, sebelum tidur sapukan madu pada bibir. Yang ni saya belum cuba sebab asyik lupa je nak cari madu.

Dan untuk mengekalkan kelembapan pada bibir, gunakan gloss atau balm pada siang hari. Selamat mencuba.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pencarian visitor ke 3906.

10 comments:

nn said...

makcik canteen sekolah i ajar cakap bangun tidur terus jilat bibir. yes! air liur basi tu. hahahaha


i'm not sure if it works but, it's certainly the cheapest cure for chapped lips!



latest entry: dan aku memang penakut

NuR si CiKGu RiBeNa said...

dulu ada masalah bibir kering..

kering sangat

macam-macam ubat beli

tapi sama juga

lastly, sapu baby oil kat bibir di sebelah malam

insyaallah, esok dah elok.

cuba la.

Komen Author Berwarna

ztie said...

masalah bibir kering terjadi kat saya kalau saya kurang minum air jer. Wuwu.. Tp mmg gatal tangan nak cbt bibir kering tu.. Kalau dah luka... Awww... Mulut tak henti membebel. Lol

syafiqsulaiman said...

aku rase yang terbaek...

ble kring je bibir...
terus minum air..!!!

biar dalam bdan banyak air..
nanti bdan pon sehat..!!

otak cergas..!!

afifaa. said...

sama gak! selalu je dapat masalah ni. huu. tapi tak buat apa2. biarkan je. lepas tu mula la tarik dgn tangan sampai berdarah. sakit usah cite, hadooii.

r.k said...

madu ? macam tanam tebu dibibir .. kang bangun tido bukan bibir kering dah , bibir takde kena makan ngan semut . keh keh

KeCiK said...

"saya mesti nak tanggalkan kulit yang kering pada bibir"

Woi tak sakit ke? Pedih bai.

Selalu bawak air gi mana-mana. Gi kelas, main bola hatta berbasikal pon. Nampak macam kool sikit bawak botol air sendiri. Saving yo! Gula sekarang mahal, sky-juice FTW.

@r.k
semut ok lagi brader. lu imagine lipas hurung bibir lu time lu tidur nyenyak.

shandye. said...

the greatest tip a boy wants to share. aceeewah...

beli vaseline. like seriously, go buy one. that product is like a miracle item in a tub. trust me.

sblom tdo, sapu vaseline kat bibir. i know agak kurang selesa tp lama2 nnt korang akan terbiasa.

vaseline works wonders for chapped lips. bangun2 je bibir nampak plushed n reddish. seriously... it works for me, should works kat korang gak.

anyway, vaseline ni is so damn good... korang leh sapu sket bawah eyelid, atas kelopak mata sebelum you girls pakai bedak n whatnot.

the function?

makes your eyes nampak mcm fresh walaupun sbenarnya korang gle tak cukup tdo rehearsing for that speech yg korang kena deliver kejap lg.

cheers!

Fina Sophie said...

wah read comment shandye. thanks. lepas ni cari hahah. utk org bru bgn tido bleh ke> sbb, muka sy ni if tak mekap sgt pucat mcm muka org bru bgn tidur or tak mandi which is #$%^&*

humbleyat said...

wah byknyer petu kat sini...
vaselin e selalu juak guna,,,tapi tak pernah tau leh spau kat eyelid...

kalu bibir kering sy prefer pakai lip balm nivea, tahan lama sikit..but it depnds rite:-)