Thursday, December 30

"semua dah couple.. aku??"






ok ini entri pertama aku di 100penulis ni... hehe... aku terharu sangat-sangat dapat join family ni.. hurmmm oklah first entry aku d 100penulis ni aku teringin  tulis pasal cinta-cinta remaja ni... hehe tu larrr tajuk entry macam ni.."semua dah couple..aku?".. mesti ada diantara korang yang pernah terfikir macam ni kan.. ataupun kawan-kawan korang macam tu... huhu   risau bila semua orang dah ada kekasih hati.. dia ja takda.. lepas tu mula la buat perkara-perkara desperate..
ada juga kawan-kawan aku macam ni.. risau sangat bila dia takda couple.. adehh aku pun tak paham.. tapi dari apa yang aku tengok ada diantara dorang ni rasa macam tu sebab dengki ja dengan kawan-kawan yang ada boifren ataupun gurlfren... yalah dengki mungkin  tengok kawan-kawan kuar dating, jalan sama-sama, boifren belanja.. lepas tu dapat berSMS atau bergayut.. (errkk..).... yang dia pula sorang-sorang ja.. takda buat apa-apa. nak makan sorang-sorang... takda orang nak diSMS.. takda orang nak bagi dia hadiah.. tu la kot sebab ada orang yang risau dia takda couple lagi...
antara aksi-aksi desperate yang orang macam ni selalu buat ialah terima ja sapa-sapa... hahaha kalau ada orang ajak jadi bf/gf terus ja melulu terima.. padahal tak kenal lagi hati budi.. yalah macam mana mau kenal kalau baru dua jam berSMS.ada pulak yang oleh sebab dia tak puas hati dia takda kekasih tapi kawan dia ada kekasih terus dia jadi batu api supaya kawan tu putus... lagi la sadis.. bagi dia biar sama-sama tak dapat.

oklah kat sini aku kongsi tips sikit supaya tak rasa macam  ni ok...

  • pertama yakin la dengan diri sendiri, jodoh tu ditangan tuhan. bukannya kita tak laku.. mungkin belum sampai masanya untuk kita.
  • kedua berikanlah peluang ngan kawan-kawan tu. hari ni hari dorang bahagia.. esok-esok hari kita pulak kan...
  • ketiga, fikir la ngan rasional.. kalau nak dengki ngan orang boleh SMS dan bergayut tu.. cuba fikir kita boleh guna masa tu untuk study ka... kredit pun jimat.. kalau boleh twist kan fikiran macam ni kan bagus...


Mengenai Penulis Entri Ini :
Zulkifly Omar juga penulis untuk blog Dariku Zulkifly. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Zulkifly. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tentang Berkasih: ini akhirnya... episod 5.

16 comments:

therosputih said...

bagus2..suke point no 1...selalu pegang, allah tu lebih mengetahui...

cik-terompah said...

xcouple pun bole hidup happy.. xde hal la..

chenta said...

saya pun single..tapi takde hal la ^_^

d_tieah said...

Huhu..
Aku? *Single..
Wah promete ke? Xde ek..

Haris Khairuddin said...

salam. betul. Allah lebih tahu jodoh utk setiap hambaNya. lagipun Allah dah janji yg setiap makhluk diciptakan berpasangan. so, ape ade hal nak desperate2..kan?

shandye. said...

being in a relationship means more "us" time and less "me" time.

enjoy it while it last-lah bro. masa single nk buat apa pun boleh. karang ble dh berkapel mcm2 menda takleh sbb si dia sekat/larang dan korang sibuk nk berkepit sana-sini.

ramai gak member2 aku yg rasa super-guilty sbb takleh lepak mapley sama2 lps diorang berkapel. alasan: awek tak bg.

wtf???

last2 diorang ni stok sanggup abandon kawan2 smata-mata nk jaga hati awek. lepas tu, tak sampai satu sem, break-off... terhegeh-hegeh carik kitorang sbb nk lepak sama. hahahaha...

nn said...

single/in a relationship ada pros and cons dia. kengkadang rasa best tengok orang bercouple. tapi kalau ada couple mesti cam leceh lah tak berapa nak bebas kalau dapat yang kuat jealous. belum kahwin dah kena kongkong, dah kahwin nanti entah apalah jadi hidup. huhu. kalau dapat yang relax2 je ok lah kot. but for now, selesa single. duit pun tak habis untuk topup.

tadi pun dok melepak ada sorang matured student ni dok bebel, kalau now tengah study takde boyfriend nanti dah kerja lagi susah nak cari means lambat aa kahwin ann.

actually, bukan tak cari. tapi kene reject. haha. so after dah kena reject tu pasrah jela. serah je kat parents. ada rezeki, ada lah :)

Zulkifly Omar said...

shandye.. huhu tu larr sebab kapel, boleh hilang kawan...

nn.. hehe blajar atau keja sama ja.. dua2 komitmen.... kalaud dah jodoh tak kemana.. hehe

syafiqsulaiman said...

klo sape yg blom couple..
bleh la cari pasangan masing2..

memang ajal, maut, jodoh di tangan Allah..
tapi klo kte sendiri x cari/ berusaha..

hurmm memang payah laa..
x salah klo mencuba.. sekurang- kurangnya..
ade usaha k..

gud luck semua..!!

aku percaya semua orang berhak untuk bahagia..!

syaftome said...

hahaha...
berkapel atau tidak...
ada baik dan buruknya...

and betol...kalo kite tgk sesuatu itu dr perspektif berbeza...
pasti pandangan kita akn menjadi lebih jelas...

KeCiK said...

Chill mate. Lu boleh pergi jauh, gua yakin. Jangan jadi gay ok.

Gua tak pernah jaki dengan kengkawan gua yang kaki sms atau kaki gayut. Gua cuma rasa furious plus pissed off kalau tengah sedap borak sakan tetiba awek call then gua ditinggalkan sorang-sorang.

Just like what Harun Salim Bachik said "Jangan emosi dengan tanah"

Have a cracking day. Amin.

:)

Fynn said...

alah,couple tu duaniawi je.haha

here, make statistic on brape byk couple among kwn2 korang yg last long?brape percent je nnty yg smpai nikah?

why waste time being with people yg someday we won't even remember? ;)

humbleyat said...

setuju ngan fynn..
duniawi je tu..
fokus dgn matlamat dulu...
then baru bka hati betul2 untuk fasa yg seterusnya:-)

Fina Sophie said...

kalo diikutkan, bukan setakat 3 point je. ada berjela-jela lagi point kenapa kita tak pyh jeles org kapel2 ni.

remember, sometimes it's wise enough to be single and it means that you know what you want and who you want in ur life. not just fall for some not-the-one. don't just simply give away your heart, wasting your time and everything pada dia yang belum tentu milik kita. trust me. i've done that mistake before and i don't want people around me get hurt the way i do :)

carry on first with the career, especially if you're a guy ;)

salam kenal, zul :)

anyss said...

Salam,
Selamat datang ke 100 penulis, Zul

Belajar dulu, dah kerja nanti berduyun orang nak ngurat walaupun muka macam tongkang pecah. Mak bapak zaman sekarang ni pilih menantu yang ada kerja yang bagus-bagus untuk jadi menantu ;)


Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

maharam said...

Salam,
Selamat datang.
Bolehlah cari partner kat sini....mana tahu menjadi kan?

Ramai juga editor kat sini masih solo ;)

Jom baca;
Perpindahan Tempat Kuliah