Monday, December 6

Sekadar Muhasabah


Pejam celik pejam celik dah nak memasuki awal Muharam.Cuba fikir fikirkan apa yang rakan-rakan semua sudah amalkan sepanjang tahun ini.

Sudah meningkatkan amalan kita?
Sudah banyakkah muhasabah kita?

Berapa banyak kita Mengingati Allah dalam setiap perbuatan kita?
Adakah sudah fasih 30 surah lazim di hati kita?
Puasa sunat sebagai tanda kehambaan kita?

Sebenarnya banyak lagi, tapi saya tahu, amalan saya juga kurang aktif berdasarkan kesibukan yang melanda, dugaan iman pun turut tergelincir lantaran kesibukan dunia.Jadi apa kata, awal muharam kali ini sambut ia dengan penuh makna seiring usia kita.Ingat, hidup kita ini pendek sahaja kan?

Kadang-kadang untuk berubah kita harus ada kekuatan dan inspirasi.Kawan-kawan seperjuangan adalah penting dalam mempengaruhi gaya hidup kita.Tetapi apa yang penting hati kita.Tidak kisahlah kita berkawan dengan siapa pun, bila hati sudah ikhlas, semuanya mendapat keberkatan. Sahabat  kita pun  boleh berubah menjadi baik dari sikap kita pamerkan.Serius.Cubalah...

Contohnya, saya menetapkan hari jumaat untuk memakai jubah bagi menghormati penghulu hari dan mengambil sunat.Tak sangka ramai yang mengikuti cara itu di tempat kerja saya.Pada mulanya agak sukar untuk mereka menerima jubah sebagai pakaian bekerja.Tetapi, seringkali saya melakukan perkara itu berulang kali, akhirnya, sedikit demi sedikit mereka memakai jubah dan cuba untuk berubah.Alhamdulilah!Sikap mereka pun turut berubah positif.

NOTA :Sedang menyenaraikan azam baru sempena Awal Muharam.Harap-hrap ianya berkekalan dan  terus istiqamah;-)


Mengenai Penulis Entri Ini :
Humbleyat juga penulis untuk blog NALURI KEHIDUPANKU. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Nostalgia Kelahiran.

5 comments:

anies said...

doa kn utk masjidil aqsa!

salam hijrah 1432!

http://aniesandyou.blogspot.com

nur.sa said...

eh, idea menarik. berjubah di hari jumaat. tapi sini jumaat tu dah weekend. erm. maybe leh berjubah hari khamis aje sebab khamis sini tak perlu beruniform.

boleh diamalkan.

humbleyat said...

anies:
amin...
salam hijrah juabuat anies;-)

humbleyat said...

nur.sa:
aah nur.sa kat ternegganu yerkk..tak pe..cuba buat hari khamis..lama2 nanti org ikut la..;)

kir aamik aura hari jumaat, boleh?

KeCiK said...

Adakah sudah fasih 30 surah lazim di hati kita?
Honestly, belum kak. Hari tu mengaji depan abah kena khutbah panjang. "Ni apsal tak berdengung? Tak perasan ke berapa harkat ni?"

Tajwid berterabur.

Hari jumaat tak payah pening pakai kemeja, tali leher bagai. Baju melayu. Setel.

:)