Thursday, December 30

Sebuah Penantian Yang Tidak Pasti






Dah beberapa hari aku tak dengar berita dari kamu. Sihatkah kamu. Terjagakah dirimu? Makan minum kamu? Pakaian kamu?

Di mana kamu saat ini. Ada sesiapakah yang menolong kamu? Tolong call atau sms aku ok. AKu betul-betul berdoa yang kamu sentiasa sihat. Aku buntu sekarang. Aku tak tau nak mintak tolong siapa. Aku tak tahu nak buat apa.

Even Farah pun speechless bila aku khabarkan berita ini kepadanya. Sungguh-sungguh aku tak tahu apa harus ku buat. Doa dan tawakal sahaja menjadi peneman di saat ini. Aku harapkan kamu juga begitu.



Saat ini aku terfikir bagaimanakah penerimaan mak kamu. Mesti dia tengah susah hati sekarang memikirkan kamu. Aku faham kalau kamu tak dapat contact aku, tapi kalau boleh, khabarkan juga tentang dirimu kepada dia.



Sekarang, di temani cahaya bulan dan desiran ombak di pantai, aku duduk ditemani gitar, dan komputer riba di tempat kita selalu duduk, saat ini aku sendiri menangisi pemergian kamu dan cuba memujuk rindu. Air mata kini terasa bermain di pipi sentiasa. Sekarang mungkin bukan masa yang sesuai untuk aku menangisi keadaan kamu. Tapi itu saja yang aku mampu.



Teringat bila kawan-kawan kamu bercerita yang sesungguhnya kamu tidak mahu ikut malam tersebut. Kerana peristiwa di antara kamu dengan Farah dulu telah mengajar kamu nilai persahabatan. Kamu gagahi untuk pergi juga. Kamu tak mahu di gelar teman di kala senang sahaja. Kamu mahu pastikan kamu ada di saat teman mu susah. Aku tahu kalau aku susah, kamu pasti ada. Kalau Farah atau Erawan yang susah, kamu pasti ada. Dan samalah juga pada malam tersebut, kamu juga ada.Tanpa pengetahuan aku, di belakang aku, sewaktu aku fikirkan kamu sihat sahaja dan tidak ke mana-mana.

Aku tak tahu sepenuhnya cerita sebab kamu belum menceritakan keseluruhan cerita kepada aku. Aku dah dengar versi kawan-kawan kamu. Aku juga dah dengar versi kawan kamu yang menjadi mangsa. Aku juga dah mendengar versi 'mereka' yang keparat. Tapi aku tetap menanti cerita dari kamu.



Abang, pastikan kamu balik dengan keadaan yang sihat. Kalau tidak pun, pastikan kamu selamat. Aku mahu mendengar setiap patah perkataan dari bibir kamu. Cuma sekarang aku terfikir, betul ke sistem perundangan dan polis di negara ni sekarang macam tu? Mangsa sebenar di tahan reman. Kawan si mangsa yang cuba menolong menjadi most wanted. 'Mereka' pula menjadi anak emas di balai kerana mereka orang pertama yang membuat report polis. Betul ke? Biarpun terang-terang mereka yang bersalah kerana kes samun kawan kamu? Tapi kamu yang kena? Hanya kerana mereka yang membuat repot dulu? Hanya kerana menjadi orang pertama di antara mereka-mereka yang terlibat? Ini lumba lari ke? Siapa sampai dulu dia yang menang?  Hmmm... Aku langsung tak tahu pasal semua tu. Mak suruh kamu balik. Suruh serah diri, tapi.. tuduhan ke atas kamu itu berat. Betul ke kalau serah diri hukuman boleh di ringankan? Aku tengok dalam televisyen turun naik jer orang kat court. Macam itukah nasib kamu nanti? Sekarang mereka tengah cari saksi. Saksi yang sengaja atau tidak untuk menyaksikan kejadian malam tu. Aku harap pihak yang berkenaan akan tampil dan membawa berita betul.



Ah.. persetankan mereka.



Baru sekarang Tuhan nak tunjuk kat aku kan. Betapa aku sebenarnya sayangkan kamu. Sungguh sama sekali aku tak sangka yang air mata aku akan jatuh berderai sebegini kerana kamu. Kerana kamu yang pernah lukakan aku. Kerana kamu yang sakitkan aku, sakitkan Farah. Aku tahu sekarang, ramai jugak teman lama kamu takkan tolong kamu sebab kamu jahat sungguh pada mereka dulu. Tapi, manusia melakukan kesilapan. Selama itu juga kamu cuba berubah, sedikit demi sedikit. Mungkin mereka belum perasan lagi, tapi aku tahu. Aku perasan tapi buat-buat tak tahu. Sebab aku nak tengok sejauh mana kesungguhan kamu untuk berubah. Aku tahu, kamu akan berubah. Aku percaya, kamu boleh berubah. Tapi, kuatkah hatimu untuk berubah?







Yang pasti, abang.... pulanglah.





Part 1
Part 2
Part 3






p/s  pstttt PM dah umumkan Jumaat ni bersamaan 31 Dis 2010 sebagai cuti umum sebab Malaysia menang AFF CUP!! Korang percaya tak ?? aku tak percaya! Rasa nak pengsan pun ada.. Harapla bos kasi cuti.. kalau tak?? :( :( :( :( :( :(  macam ni la muka aku sehari2 tengok geng2 lain cuti~ ehheehehe 



Mengenai Penulis Entri Ini :
nurul izzati juga penulis untuk blog [.] Dot . Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di ztie.shr di TWITTER. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nurul izzati. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Fahmi boleh!Safee boleh!Malaysia Boleh!.

6 comments:

therosputih said...

haduh...sedih2 bace entry nih...

ztie said...

huhu sedih ke? Jgn sedih2! Tu hujung entry ada berita gembira pasal esok cuti kan!? Hehe

syaftome said...

x sangke...rupe2nye pandai tulis novel rupenye...hehe...

humbleyat said...

wah..klimaks kesetiaan ni..:-)

anyss said...

Salam,
Tahniah Malaysia! Bangga jadi anak jadi Malaysia ;)

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

zahidah dihaz said...

alamak! ini part 4 sudah ke? tak baca pun yang 1,2,3...tapi rasanya ok sebab masih boleh faham walaupun tak baca part yang awal...


New entry: Terima kasih kawan