Thursday, December 23

Sebuah Penantian [Part 3]






Sila Klik

Part 1
Part 2

sebelum membaca sambungan ini (^_^)v





Bila jumpa kamu malam tu, kamu nampak kurus sangat. Eh? Naper ek? Kamu nampak macam tak sihat tapi kamu tetap senyum bila nampak aku dari jauh. Kamu pun dah tak kisah sangat dah kalau aku bawa cousin aku jumpa kamu kan. Bukannya kamu tak kenal. Malah dah terlebih kenal, dah pernah tidur sebantal, makan sepinggan, susah senang bersama korang ni. Makin hampir kami, makin lebar senyuman dia. Kemudian, dia minta temankan dia pergi rumah kakak dia dulu, kakak jemput dinner kat rumah. Aku oke jer. Cousin aku si Erawan pun ok. Erawan cakap, "rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Makanan jangan di sepak, mari perut mari~ "



Kamu: Kalau boleh abang nak sangat peluk peluk sayang ni. RIndu sangat.



Aku: Kalau nak kena

penyepak. Silakan. With pleasure.



Kamu sengih jer. Eh. boleh pulak dia sengih2 jer. Aku masih lagi perhatikan raut wajah dan fizikal dia. Dulu dia kurus. Ya aku akui dia kurus. Tapi lepas tu dia berisi sikit dah. Sekarang ni terlampau-lampau lak kurus dia.



Aku: Abang sihat ker? Macam tak jer.



Kamu: Abang sakit. Tapi sekarang dah sihat. Lepas ni sayang balik, Abang pun sakit balik. *sengih* 



Ah.. malas nak layan. Aku biarkan kamu dan Erawan berbual kosong. Sekali sekala adalah aku menyampuk. Entah. Belum terasa lagi aku nak berbual-bual panjang. Lebih senang aku tengok kamu senyum-senyum berbual dengan Erawan. Sempat jugak kamu dan Erawan usik aku. Sebab ntah tiba-tiba pulak muka aku blushing habis. Kamu usik aku cakap yang aku tiba-tiba malu tengok dia ni naper? Nak mintak pelok?

Sepantas kilat cubitan aku singgah kat bahu dia. Dan lepas tu aku tahu, gelaran jari ketam akan keluar dari mulut kamu. hehehe. Puas hati aku. Tiba-tiba hati aku berdebar. Time tu aku tahu ada rasa dalam hati aku. Rasa suka, tak senang.. dan.. macam-macam lagi. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana. Sementara kamu asyik berbual dengan Erawan, aku senyum sendiri menikmati pemandangan di luar.



20 minit kemudian, kami sampai dekat rumah kakak dia. Kakak sambut kami dengan penuhmesra. Aku tak selesa. Kenapa? Aku pun tak tau. Mungkin kerana aku masih rasa yang aku bukanlah yang terbaik untuk kamu. Malam tu,kakak masak Laksa Sarawak, dan Spaghetti. Aku tengok kamu dan Erawan berselera sungguh makan, tambah sampai 4 mangkuk. Even bahagian aku pun aku beri kat kamu. Sebab aku tahu kamu suka makan dan kamu tak pernah tolak makanan. Kalau boleh dengan mangkuk tu sekali masuk/di telan kan bang?



Selesai semua tu, kamu ajak aku pergi ke taman. Erawan pulak nak balik dah.



Erawan : Ko anta dia kan lepas ni? 



Kamu : EH! taklah.. aku suruh dia jalan kaki jer (sambil ketawa) - sampai hati kamu kan



Erawan : Hah.. kalau esok aku tau cousin aku tak sampai rumah. Aku tau nak cari siapa.



Kamu: Jangan risaulah. Takkan lah aku sampai hati nak biarkan dia macam tu jer. Dialah pisau lipat aku. 



Aku: EH? 



Kamu: Betullah. Pisau lipat sentiasa ada dalam poket ni. Macam sayang. Sentiasa di hati.



Aku: Pulak dah perumpamaan camtu? 



Kamu : A'ah. Nak cakap bulan bintang nanti sayang yang lebih2 cakap geli sebab abang jiwang sangat. 



Aku hanya mampu ketawa. Rasakan. Kan dah kena. Memang aku bukan jenis cakap jiwang-jiwang punya. Aku mudah geli. Bukan geli geliman. Cuma macam aku rasa kekok kot. Biarpun kadang-kadang aku dambakan jugak semua tu. Hey!!

Jangan salahkan aku ok. Aku pun perempuan :) Punya jiwa dan perasaan yang lembut.





Tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba kamu cakap:



Kamu : Hari tu, ada kawan abang mintak tolong. Time tu abang dah tidur dah. Dalam pukul 3 pagi camtu. 



Aku: Hah? Sapa? Mintak tolong apa awal pagi camtu? 



Kamu: Erm.. sayang ingat janji abang tak? 



Aku: Yang mana satu. Abang banyak berjanji: 



Kamu : Tengok muka abang. (Sambil kamu pegang parut yang ada kat muka)



Aku : OH... 


Kamu : Abang dah janji takkan gaduh. Takkan masuk campur pun kalau abang tak kenal. Tapi ni, ada seorang kawan abang. Dia baik sangat dengan abang. Dia time tu ........ bla bla bla 



Di pendekkan cerita sehingga hari Sabtu malam 



malam minggu sebelum tu kawan kamu call kamu dan cakap mintak tolong. Sebab dia kena pow dan samun. Kalau kena sekali lepas, boleh lah terima, Ni setiap kali dia lalu dia akan kena. Kawan kamu dah tak tahan dah. So, dia bawa kamu dan beberapa orang lagi pergi sana. Kamu... kamu dah janji kan? Kenapa kamu buat lagi? Tapi aku boleh sabar. Sebab aku faham nilai seorang teman. Niat kamu baik. Tapi, malang tak berbau. Orang luar takkan faham kan? Termasuk jugak aku. Betul! Termasuk aku. Sebab aku tak faham. Kenapa kamu perlu masuk campur? Kenapa tak lapor polis saja?

Tapi kerana kamu juga, aku cuba untuk faham. Farah juga cuba membuat aku faham. Jahat mana pun kamu dengan Farah(sengaja atau tak), dia tetap sokong aku dengan kamu. Farah selalu cakap, orang kalau tengok jer memang boleh judge dan cakap apa-apa pun. Tapi orang luar tak lalui apa yang aku lalui. Aku terima semua tu.



Tapi kenapa benda tu jadi?








Mengenai Penulis Entri Ini :
nurul izzati juga penulis untuk blog [.] Dot . Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di ztie.shr di TWITTER. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nurul izzati. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah gaji saya mana?.
b

3 comments:

KeCiK said...

Aha..PISAU LIPAT. Nice, leh pakai. Takdelah kena tuduh jadi mat jambu. Thx yo!

:)

ztie said...

haha..sekali sekala jadi mat jambu takpe kecik. Apalah salah nya. Nak pakai perumpamaan pisau lipat gak ke? Haha

humbleyat said...

wah..kiratak puas hati sebb mungkir janji ke nih..hehe