Wednesday, December 1

Seakan kaum lain?




Salam pagi. (:

Semalam azza ada terbaca satu info dalam blog kawan untuk dikongsikan. Info ini memang membuatkan pembaca untuk fikirkan. Info berkenaan berkaitan dengan cara pemakaian tudung pada zaman sekarang. Seperti sedia maklum, kronologi pemakaian tudung sangat berkembang pesat dan perkembangan yang agak dramatik bermula sedari tahun 1997-1998. Bermacam-macam gaya terbaru disuaipadankan sesuai dengan situasi dan menjadi ikutan. Ada yang memakainya dengan niat menutup aurat dan ada juga kerana fesyen tertentu. Wallahualam. Jika kita perasan, antara yang mendapat sambutan adalah dengan mengikat lebihan kain tudung di belakang leher dan dikemaskan dengan pin sehingga menampakkan bentuk leher si pemakai agar tudung nampak kemas. Gaya itu boleh dilihat di mana-mana sahaja. Namun, bila terbaca entri berkenaan, ya, gaya tersebut tidak lari dengan cara seorang biarawati kristian memakai penutup kepala mereka. Tidaklah berani untuk menyatakan apa-apa hukum di sini kerana diri sendiri pun terkadang alpa, namun kita boleh dapatkan lebih kepastian daripada yang arif akan soal agama. Sama-sama kita fikirkan untuk iktibar. Wallahualam.



Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.




Sumber: http://kasihnuradam.blogspot.com/2010/11/jangan-pakai-tudung-cara-biarawati.html
 Sekian.
 

11 comments:

nn said...

Thanks for the reminder even though i don't wear this kind of tudung. well, maybe for future reference. i tak suka orang pakai tudung macam ni sebab nanti nampak bentuk telinga semua. macam kelakar. tak perasan pulak sama dengan nuns.

but do you know that actually christians pun kena cover their head? macam sikh and muslims juga :)

Latest entry: we use our mom's bag with pride.

nur.sa said...

nak beri komen panjang lebar, saya tak reti sangat, tapi saya rasa pemakaian tudung macam tu kurang elok, kadang-kadang sebab nak pinkan yang belakang, sampai tarik yang bahagian depan hampir tak menutupi dada dah tudung tu, dah tak selari dengan tuntutan Islam. bukan tak boleh nak pakai tudung jenis tu, cuma tak perlu nak ketatkan sampai nampak bentuk telinga dan leher kot.

wallahuwa'lam..

kusut said...

tertarik dgn hadith yg 1st tu (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban) tapi kurang paham lah. ade tak link penerangan hadith (kalau ade sejarah lagi bagus) tu?

tak berani nak buat kesimpulan


oh btw. link tu ade kesilapan. kat belakang '.blogspot.com' tu patut takde titik.. and kalau bleh link terus kat entry dia tu kot sebab nanti bile dah lama tak la orang susah nak korek balik entry tu (http://kasihnuradam.blogspot.com/2010/11/jangan-pakai-tudung-cara-biarawati.html). thanks :D

Azza Zahra. said...

NN:

W'come. Befo this azza
pon tak perasan. Tapi
azza masih mencari hukum
pakai tudung macam tu.
Sebab rata-rata orang
zaman sekarang memang
pakai mcm tuh. Lebih2 lagi
orang yg dekat dengan kita
macam makcik2 azza sendirik.

Info menarik (:

Azza Zahra. said...

Nur.sa:

Setuju gak apa yang
sa cakap. Apa2 pon,
kena gak tanya yang
arif soal agama.

Azza Zahra. said...

Kusut:

Saya ada search tapi link yang
tepat setakat ni tak pasti dah
jumpa atau berkaitan. Tapi saya ada baca dalam satu page soal jawab agama, yang mana kes
pembaca tersebut hampir sama
dengan isu di atas ini. Pembaca
tersebut bertanya, apa hukumnya
memakai besbol cap kerana ada yang
katakan haram dan ada tidak.

Link: http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/SJ_agama/default7.htm

Maklumbalas ahli panel berbunyi
begini “Hukum memakai pakaian
dalam Islam adalah diharuskan
selagi ia tidak mencemarkan
batas-batas aurat yang telah
ditetapkan oleh syarak. Seandainya
pakaian itu mencemarkan batas-batas syarak atau akidah
seseorang Muslim, ia haram
dipakai. Contohnya, apabila
pakaian itu dipakai, ia boleh
menyamakan seseorang Muslim itu
dengan sesuatu agama, iaitu
nasrani atau yahudi.
Terdapat dua maklumbalas ahli
panel tentang isu di atas. Untuk dptkan detail lagi, boleh pegi
link tu. Setakat ni saya pon tak pasti lagi hukum yg tepat. So, untuk dapatkan kepastian, saya
telah emelkan pertanyaan tentang
isu pemakaian tudung gaya seperti
biarawati ni. Kalau ada
maklumbalas ahli panel,
saya akan update.


Link kat post tu salah ek?
Nanti saya betulkan. Thanks.

Fina Sophie said...

ntahla.. tak berani nak komen. but i dont think i will wear this kind of tudung.. hehe.. mybe later kot.

Azza Zahra. said...

Fina:

Setuju ngan fina.
Tpi style mcm nie mcm
tak lawa lak.

afifaa. said...

tudung macam ni memang express. pin kat belakang nampak leher dan telinga. memang tak boleh. pastu sanggul tinggi pulak. lagi la tak boleh. ada hadis nabi pasal sanggul=bonggol unta.

isk isk isk.

tak tahu apa nak dikata dengan masyarakat kita.

Azza Zahra. said...

Afifaa:

Yg pasal sanggul tuh pon
azza ada baca gak. kat
fesbuk, kan. Kdg2 sanggul
tuh tlampau tinggi sangat
jadik pelik jer mcm kepala
nampak tajam giler.
Agak2 lebih sesuai kot.
Bukannya tak boleh nak
bersanggul langsung.

humbleyat said...

hmm..no komen..and tak berani nak jatuhkan hukum..

biarlah mereka yg berpengetahuan yang menentukan...

yg penting jika ada pndpt baru yg dikeluarkan, harus selidik sumber2 yang sahih...sama ada sanadnya, matannya dan perawi...:)