Monday, December 27

Satu Impian Lebih Baik Dari seribu Mimpi


Assalammualaikum & hai...

nak sharing2 ngan semua....harap suka la yer...dapat ni dari FB tapi rasanya artikel ni dari web iluvislam.com

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, 
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, 

Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat. 
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘ 
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA 
di atas kegagalan anda semalam 
binalah bangunan hidupmu buat hari esok 
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan 
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, 
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi 
membenam lembah-lembah air mata kehampaan. 
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan. 
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. 
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan, 
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis) 
Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia 
( Al-Mu’minun :1-3 ) 



Ketika kamu solat, anggaplah Allah di depanmu, syurga di kananmu, neraka di kirimu, malaikat Izrail di belakangmu dan kamu berdiri di atas rambut yg dikerat 7 menuju syurga. 

senang tidak mesti bahagia, 
susah tidak mesti gelisah, 
kaya tidak mesti selesai masalah 
miskin tidak mesti membuat masalah 

berfikirlah, tapi jangan salah fikir; 
merenunglah utk menginsafi, 
bukan termenung yg tidak punya erti; 
prihatinlah bukan sekadar perhati 

Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberiNya, 
Bersedihlah dengan dosa, 
Bertenanglah dengan kesusahan, 
dan ingatlah Allah setiap masa…… 

Hidup dengan cinta adalah hidup tanpa cita-cita. Cinta yang sebaik-baiknya adalah cinta yang bertalian dengan cita-cita. Cinta yang terbaik dari yang terbaik adalah menjadikan Tuhan sebagai cinta Agung dengan memperjuangkanNya dalam kehidupan. 

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. 
Jika kamu bersabar, maka ia adalah lebih baik bagimu.. 

Petikan hikmah Imam Al-Shafie 
1.Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh sifat takwa,maka tidak ada kemuliaan baginya. 
2.Perhiasan ulama ialah takwa,keelokkannya adalah akhlak terpuji dan kecantikkannya adalah sifat murah hati. 
3.Tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu kecuali menuntutnya dalam kekurangan. 
4.Tidak ada aib lebih buruk kepada ulama selain daripada kesukaan mereka kapada perkara yang tidak disukai oleh Allah. 
5.Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang mendatangkan manfaat. 
6.Mencari kemewahan duniawi adalah seksaan kepada ulama. 
7.Sesiapa yang merasakan diri lemah,maka dia akan memperoleh istiqamah. 
8.Sesiapa yang ingin hati ditenangkan oleh Allah,maka hendaklah dia bersendirian, mengurangkan makan,tidak bergaul dengan orang jahat,dan tidak bersama-sama orang berilmu yang tidak insaf serta beradab. 
9.Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat. 

Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin.. basah dan lembab & tidak disukai insan.Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur. 

Wasiat Rasulullah saw kepada Sayidina Ali, yang antaranya; 
Wahai Ali,bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya: 
1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 
2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 
3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia. 

Wahai Ali,bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya: 

1.Jujur dalam berkata-kata. 
2.Menjauhi segala yang haram. 
3.Merendah diri. 

Wahai Ali,bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda-tandanya: 
1.Merahsiakan ibadahnya. 
2.Merahsiakan sedekahnya. 
3.Merahsiakan ujian yang menimpanya. 

Dunia ini untuk kegembiraan. 
akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dgn kesusahan, 
dunia jambatan yang tidak kekal untuk dilalui 
ke negeri yang baqa… 

"KaSiH SaYaNg aDaLaH rAhMaT TUhAn… ApAbILa kItA aDa rAsA SaYaNg, BeRmAkSuD hIdUp KiTa sEnTiAsA dIrAhMaTi.. KaDaNg2 kItA pErLu berKoRbAn UnTuK kAsIh SaYaNg iTu… BuKaN UnTuK dIhArGai, TeTaPi SeBaB pErCaYa dAn TaHu eRtI sbEnAr kAsIh SaYaNg… "


9 comments:

Myra Jay said...

Betul tu.. yg terbaik adalah bermula dgn 1.. Harap saya pun akan mencapai impian 1 yg penting.. :)

My Little Diary said...

salam

thank you for sharing with us :)

therosputih said...

bagusnya entry nih...=)

kalau dah suka

syaftome said...

memang betul...
satu impian lebih baik daripada seribu mimpi...
tp itu cuma hanya akan berkesan...
bla manusia fokus kepada yang satu...
tumpukan segala keringat daya upaya untuk menjadikannya suatu realiti...

r.k said...

tanamkan azam , dan gariskan hajat . sentiasa sebut dan ulang hajat dalam doa , mana lah tahu , kena dengan masanya .. Tuhan makbulkan . XD

Fyzal said...

ramai org yg leka. ramai yg lupa. ramai yang tidak sedar diri. sifat ini menjauhkan mereka dr Allah sekaligus jauh juga dr hidayah-Nya.

untuk mula berbuat baik memang sukar tetapi jika tidak usaha dimulakan, sampai bila-bila tidak akan bermula.

moga-moga entri ini memberi ilmu kepada kita untuk dimanfaatkan bagi merobah diri kita untuk hari esok dan seterusnya :)

KeCiK said...

Try baca entry ni sambil layan Selimut Putih;

Bila Izrail datang memanggil ~~~

Feel.

Thx for sharing mate!

:)

Fina Sophie said...

semua dlm satu entri. good job ;)

humbleyat said...

untuk menjadikan satu impian tercapai, laksanakan sehabis baik :-)