Thursday, December 16

Salam cinta dari Mesir~


Assalamualaikum!

Salam 100 Penulis! Dah 2 minggu berturut-turut cik K terlepas post entry di sini. Maklumlah, ada komitmen lain yang perlu diselesaikan dan cik K sendiri tak punya idea untuk menulis. Tak nak lah tulis benda mengarut sangat di sini kan?


Musim sejuk telah tiba di Mesir. Dijangkakan musim sejuk kali ini adalah paling sejuk, wallahua’lam. Angin dingin yang kuat beserta ribut pasir, mainan kami semua di sini. Suhu 8-15 darjah celcius, kami redah jua demi menuntut ilmu.

Ya, pendahuluan yang agak panjang dari biasa. Kali ni cik K ingin ceritakan sedikit daripada pengalaman belajar di negara orang yang mana, mereka yang berada di Malaysia sangat teruja untuk pergi. ;)


Berdikari.

Di sini, 100 % anda kena berdikari. Tak boleh nak bergantung dengan sesiapa. Parents dah jauh, hanya kawan-kawan je tempat untuk kita minta tolong. Cuma pandai-pandai lah membawa diri tanpa kawalan ibu bapa. Nak makan sendiri masak, sakit sendiri pergi jumpa doktor, sebarang urusan universiti sendiri jugak yang selesaikan. Hal pengurusan wang dan visa pun sendiri jugak yang alert.

Kejutan Budaya.

Ya, budaya di negara kita dan di negara orang tak sama. Pemikiran pun tak sama. Kalau kat Malaysia kita boleh lihat lampu isyarat setiap 5 minit perjalanan, kat sini, rasa-rasanya boleh dibilang lampu isyarat di setiap muhafazah (daerah). Mereka ni sangat handal bawa kenderaan dengan merbahaya. Kalau naik van (nak-nak kalau perjalanan jauh), doa lah banyak-banyak supaya selamat sampai. Cik K pun pernah sekali terlibat dalam kemalangan masa di dalam van menuju ke Tanta. Nasib baik tak duduk sebelah tepi sebab van tu dilanggar dari tepi dan kemek pintu van tu. Cik K juga pernah dilanggar kereta (lutut je lah) masa dalam perjalanan ke kuliah. Mereka tak berhentikan kereta, cuma perlahankan je. Pandai-pandai lah kita agak-agak sendiri bila nak lintas. Bas pun tak betul-betul berhenti, berlari-larilah kejar sambil naik bas. Best kan? Hehe.

Dekat sini juga ada macam-macam larangan jugak. Ada satu tempat di Tahrir ni, ada disediakan kerusi tapi bila kami duduk, ada polis/guard yang larang kitorang duduk. Then bila ada lelaki arab lain datang duduk di tempat yang sama, dia tak marah pulak. Kami pun naik hairan. Adakah sebab kami ni foreigner atau pun sebab kami ni perempuan? Cik K tak faham. Ada jugak tempat yang dilarang ambil gambar. Contohnya di stesen train bawah tanah. Banyak lagilah pantang larang bagi orang2 arab sini.


 curi-curi ambil gambar di Tahrir. =)

Cara mereka bekerja pun lain jugak. Kedai-kedai biasanya pukul 10-11 pagi baru nak buka, tapi tutup lewat dalam pukul 1-2 pagi macamtu. Kalau office macam biasa lah pukul 9-4.

Cuaca dan Masa.

Di Mesir juga ada 4 musim. Bermula bulan Disember – Februari musim sejuk, Mac - Mei musim bunga, Jun – Ogos musim panas, dan September – November musim luruh. Musim sejuk di sini tiada salji walaupun suhu boleh mencecah 8 darjah celcius. Cuma boleh jumpa salji di puncak gunung Sinai, tu pun kalau bernasib baik datang pada waktunya. Musim panas pula boleh maklum sendiri lah. Panas yang tak terhingga. Lupalah berapa degree paling tinggi… atas dari 40 kot.

3 hari yang lepas ribut pasir melanda seluruh Mesir. Angin dan pasir berpadu tenaga menyisir gagah bangunan serta jalan-jalan. Kami pun berjaga-jaga dengan pasir yang masuk ke dalam mata dan rongga hidung.

Kesimpulan.

Apa yang cik K nak simpulkan di sini, di setiap tempat yang kita pergi, semuanya berbeza dari setiap segi. Hidup di sini tak selalunya indah. Di Malaysia berkali ganda lebih baik dari di sini. Ya, pengalaman itulah yang paling berharga sebenarnya. Entry ni mungkin ada sambungannya lagi. Hehe, cik K ni suka betul buat cerita sambung-sambung. ;)

Ja ne!

Mengenai Penulis Entri Ini :
Kimmy Ai juga penulis untuk blog Rottkappchen's. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Kimmy Ai. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kenapakah?.

15 comments:

dya adriza said...

wah! betul la kata orang.. hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri..

err...betulkan? ihikz~

psst.. Tragedi Pintu Bilik 1*1

zaL_cdpx said...

weee..moga tbah brada d prntauan...huhu

Kimmy Ai said...

dya adriza - hahaha.. yep3~ ;)

KeCiK said...

Kim salam kat Mohamed Zidan!

kusut said...

betul kan..? bile dah tinggal kat negara orang, terase berlipat kali ganda best nye malaysia. and its not just some lame excuse for someone who misses home. tapi memang malaysia betul2 best




apart from political stability lah :P
tapi benda lain semua best

ASaDa RyutaRo said...

hohoho~ chaiyok! chaiyok! semangat kena tinggi.. hihi..

yang herannya, kenapa tajuk salam cinta? haaaaa...

Kimmy Ai said...

zaL_cdpx - haha. yea~

KeCiK - siapa Mohamed Zidan?

kusut - yes, apart from political stability.

Asada - hahah, kenapa dengan tajuk? sy saje je buat gempak skit. ;)

afifaa. said...

bestnya belajar jauh. :) boleh tengok2 negara orang.

Kimmy Ai said...

afifaa - yes. dan boleh compare dgn negara kita.

Fynn said...

auhhhh...zealous!


Spaghetti bolognese super e zayyy

Aida Ismail said...

teringin nak pergi ke bumi egypt. InshaAllah. hehe, kimmy ai jaga diri kat sana keyy. nanti kalau singgah london roger roger cikda =)

humbleyat said...

ambillah pengalaman tu, sebagai panduan kiat...hidup..mensyukuri paa yg ade..

p/s: setinggi2 tawaran kerja di kl, tenang lagi kerja di negeri sendiri(east cost), tak hectic sgt and yg pasti ada life..he2..

zahidah dihaz said...

teringin nak pergi sana jugak...

New entry: Hero

Kimmy Ai said...

Fynn - hehe.. don't be jealous~~ (^___^)

cikda - insyaAllah.. lagi 2-3 tahun.. kumpol duit dulu.. ;)

humbleyat - yup.

zahidah - jom3! (^___^)

shandye. said...

soal makan macam mana?
susah tak? i mean nk biasakan diri dgn makanan kat sana n stuff like that....