Tuesday, December 28

Sabarlah sikit...






"Bongoklah dia nie. Tak nampak ke ramai orang tunggu nie? Panggillah nama orang lain dulu", si suami mula naik angin.

"Ntah lah dorang nie. Abaikan je yang tak ada tue. Orang lain tunggu kat sini lama, dok sibuk panggil orang yang tak tunggu", tambah si isteri.

Dari aku sakit telinga, menambah dosa mendengar bicara mereka, aku terus bangun dari tempat duduk. Aku yang sakit perut sejak semalam (bendera jepunlah pulak), jadi sakit jiwa duduk di situ. 

Cerita nie masih panas. Baru saja berlaku tadi semasa menemani mak cik aku ke hospital pagi tadi untuk mendapatkan rawatan atuk aku yang tak sihat. 

Aku bukan apa. Yang mengomel-ngomel tue orang muda. Memang yang boleh tunggu lama. Kenapa dorang nak mengomel? Mungkin sebab mengantuk (bak kata si suami sambil menguap-nguap) atau dorang dah tunggu dari semalam. Logik ker? Agaknya lah kan. Nurse yang ada kat situ hanya menjalankan tugas. Lagipun, nama pesakit yang dia panggil tue warga emas. Umur 70++ tahun. Mungkin dia kurang dengar semasa namanya disebut. Sabarlah sikit. Bukan korang jer yang sakit.

Kita hidup nie kalau berkira sangat susah. Jangan ingat orang lain tue tak lalu kesusahan macam kita alami. Yang paling aku tak suka, bila si isteri bangun dan pergi ke kaunter. Macam dia sorang je yang duduk menunggu. Orang lain yang duduk kat kerusi roda tue pun masih tahu bersabar. Nie yang sihat walafiat dah hilang sabar sebab dah mengantuk. 

Nak bagi tips sikitlah kat mereka-mereka yang rasa tak boleh sabar nie yer. Bukan setakat tunggu giliran kt hospital jer lah yer, kat tandas awam ker, kat kaunter bayaran ker, kat mana-manalah yer. Biar beringat sikit.

1. Buat hospital sendiri. Tapi mesti tak mampukan. Tak per, aku bagi alternatif lain. Pergi hospital swasta. Apa? Tak cukup duit nak bayar? Tak pe, jaga kesihatan tue yer. Biar sihat selalu. Makan makanan berkhasiat. Tak der lah sakit sampai nak kena jumpa doktor.

2. Cari doktor peribadi. Mesti tak mampu nak bayar gaji. Tul tak? So, untuk lelaki, cari isteri. Tapi kalau dah macam laki bini yang tersebut, fikir-fikir sendiri.

3. Datang sebelum subuh. Sebelum kaunter pendaftaran tue buka, dah tunggu kat situ. Buka jer kaunter, terus daftar. Confirm jadi orang pertama jumpa doktor.

4. Pastikan time korang nak datang hospital tue, tak ada orang lain yang datang. Kalau tak ada giliran. Cuba lah kalau rasa hari apa yang tak ada orang sakit. Isnin ker, Selasa ker, Rabu ker, Khamis ker, Jumaat ker, Sabtu ker, Ahad ker. Pilih lah mana-mana.

Nie sikit jer tip. Lain-lain fikir sendiri yer. Patutlah kita nie disuruh bersabar. Bukan setakat untuk kita sahaja, tapi kebaikan semua. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Sampai Hati Tinggalkan Aku.

12 comments:

syaftome said...

hmmm...bagus...
itulah yang berlaku bila kita mementingkan diri sendiri...
kalau manusia boleh tahu masalah dan halangan orang laen...
mesti kita xkan mudah melenting...

therosputih said...

bagus...setuju ngan kamu...
bn dan pas dalam satu sampul

chenta said...

mmg ada golongan yg mcm ni..dah byk kali jumpa...

shandye. said...

di bank...
di pejabat pos...
di hospital...
di kaunter imigresen...
di kaunter bendahari ukm...

spesis macam ni berada di mana-mana.

dan aku?

hanya diam sambil tersenyum melihat gelagat mereka yang tidak sabar.

r.k said...

bab beratur tunggu giliran ghua memang hangit bila atas jalan raya , kalau si polan speeding dekat lane paling kiri siap himpit ghua memang ghua tak bagi jalan , pedulik hapa beliau bawak lori ke bas ke bmw ke , ghua bawak honda wave je . apadahal !

izfanora said...

@syaftome: patutlah dalam dunia nie manusia tak sama.. tapi, manusia kategori cam nie mmg xdisukai..

izfanora said...

@therosputih: tq..

izfanora said...

@chenta: kalau kita jumpa lagi, apa kata kita lempang laju-laju? hahahaha..

izfanora said...

@shandye: oo, budak ukm pun cmtue yer? :P

izfanora said...

@r.k: sekali baca komen kamu nie cam kamu kejam jer kan.. rupa-rupanya nek motor, mmg r xlalu jalan kete.. hahahah..

anyss said...

Salam,
Orang Malaysia memang tak sabar...kalau boleh nak bawa kereta macam bawak kapal terbang hu hu hu

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

humbleyat said...

suka dtg awal, sebb semua boleh settle cepat2..tapi takde lah sebelum subuh :-)