Wednesday, December 15

Rakyat MALAYSIA yang PELIK





Salam,

Rakyat Malaysia ni memang pelik, tak tau la kenapa...aku sendiri pun mengakui kepelikan yang ada pada rakyat Malaysia terutamanya Muslim. Agaknya dah memang budaya tradisi sejak dulu...atau rakyat Malaysia ni memang tak boleh nak berfikir mana baik mana buruk, mana yang berfaedah mana yang tidak agaknya...teguran di bawah ni bukan hanya untuk semua orang tetapi juga untuk diri sendiri juga yang kadang kala lalai daripada mengingati-Nya.





  • Sanggup bangun pukul 3-4 pagi semata-mata nak tengok bola, tapi tak sanggup nak bangun pukul 3 pagi untuk solat tahajud.

  • Tengok konsert AF sampai teresak-esak menangis, tapi tak pernah pun menangis atas sejadah berdoa mohon kepada Allah s.w.t agar diampunkan dosa-dosa silam.

  • Sanggup berabis beratus-ratus ringgit SMS program realiti tv demi artis yang diminati...tapi nak keluarkan sedekah seringgit kerana Allah rasa macam berat sangat.

  • Sibuk hantar anak pergi belajar main piano, ballet, taekwondo, biola...tapi tak pernah terfikir nak hantar anak belajar mengaji dan mendalami ilmu akhirat.

  • Sibuk pergi rumah-rumah kosong, pokok besar semua mencari hantu...tapi pernahkah anda semua terfikir kan lebih elok kalau pergimencari ilmu akhirat.

  • Dari kecil anak-anak dah dididik takutkan hantu, 'jangan main kat luar...gelap...takut hantu datang'....tapi pernahkah korang mendidik anak dari kecil agar takutkan Allah s.w.t.?


Yup...kadang-kadang kita alpa...manusia seperti kita kadang-kala lalai daripada mengingati-Nya. Mungkin ada yang tersentap dengan entri ni....tidak mengapa. Itu adalah normal bagi kita. Yang penting kita bermuhasabah diri kita dan fikir balik adakah kita selalu mengingati-Nya atau tidak dalam kehidupan kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal... (^_^)



Mengenai Penulis Entri Ini :
Azrul Hisham juga penulis untuk blog Azrul Hisham - My Real Life. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label azrul hisham. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Sama-sama kita bagi sokongan moral.

7 comments:

Azura Ani Salaim said...

Setuju sangat2! Especially the last one.

afifaa. said...

setuju 100 peratus!
huu.

r.k said...

ya , ia berlaku . tapi ghua syak bukan dekat Malaysia saja .. :)

chenta said...

erm..bukan 1 malaysia la ye? 1 dunia

kusut said...

hehe ingat ape la yg pelik. being human rupenye.

bagus post ni. reminder utk kita semua.

perlu ingat jugak kebanyakan masa nye kite tak tau ape pengorbanan, ape amal yg orang lain buat. tapi kite cepat je assume yg semua orang lain takde kebaikan takde jariah lagi. kecuali pada orang2 yg kite kenal dan terutamanye pada yg kita suka

humbleyat said...

ajibtu....agaknya terlalu mengejar keduniaan, faktor ekonomi dan saingan yg sengit antara mereka..

jom muhasabah diri..:-)

shandye. said...

saya akui saya juga antara ribuan mereka yang menonton AF dan sewaktu dengannya..

tetapi saya juga akui merasakan sedikit kelakar apabil ada di kalangan kita yg sampai nangis2 bila pesertea kegemaran mereka keluar.

hakikatnya, bersaudarakah si tukang nangis dengan yang tersingkir itu?

atau adakah mereka adik beradik/bf@gf/parents/bekas kekasih/satu tempat kerja/jiran sebelah rumah/kawan masa kat tadika?

tak faham. serius tak faham.

macam lah lepas keluar tak boleh jumpa lagi. tak gitu?