Thursday, December 23

Ragam Tahun Baru



Assalamualaikum!

Salam 100 Penulis buat para editors dan pembaca setia sekalian! Apa khabar orang-orang kampung? Semua sihat? Sejak 2-3 hari ni cuaca cerah di Mesir walaupun suhunya masih sejuk (sekarang kan musim sejuk) seperti sedia kala. Err, ada orang Terengganu tak kat sini? Banjir teruk tak?

Wahaa~ Lagi dua minggu masuklah kita ke tahun baru 2011. Masa berlalu dengan pantas dan umur kita juga makin bertambah bukannya berkurang.

Bersempena musim tahun baru ni, segala macam fenomena lah yang akan biasanya berlaku di negara kita Malaysia. Jeng jeng jeng…


Mega Sale merata-rata

Yelah, sempena budak-budak masuk sekolah ni lah banyak sales kat mana-mana pasaraya. Masa nilah mak and abah sibuk ke Bandar untuk mencari keperluan sekolah adik-adik. Kasut mesti baru, baju sekolah pun, alat tulis pun mesti nak baru jugak. Kanak-kanak masa ni lah nak meragam mintak itu ini dengan mak bapak. Teringat cik K masa zaman sekolah dulu, mak belikan kasut je. Baju mak yang jahitkan sendiri. Alat tulis pulak recycle yg tahun lepas. Mak nak ajar berjimat, macam tulah.

Tak kurang juga untuk golongan yang dah bekerja. Mesti shopping pakaian baru. Ish, takkan la nak pakai baju yang sama je 2-3 tahun? Lebih-lebih lagi golongan guru-guru sekolah. Baju baru tu wajib! Kan? kan?

Frust Menonggeng

Biasanya berlaku di kalangan budak-budak sekolah. Tau kan kenapa? Cuti dah habis la woi. Ayuh kembali ke sekolah! Juga buat cikgu-cikgu. ;) Dulu bila nak habis cuti ni memang la cik K jadi frust tak terkira sebab masa untuk bermain akan berkurang. Hehe.

Akhir tahun sudah

Kalau ada yang suka menulis diari harian, mesti akan belek balik apa yang dah dibuat sepanjang tahun ni. Dan wajib beli diari baru untuk tahun depan pula. Heh. Buat si ibu yang jenis suka kira belanjawan mesti akan sibuk jadi akauntan tak bertauliah mengira bajet yang telah dikeluarkan sepanjang tahun ni dan membuat perangkaan untuk bajet tahun depan pula. Eh, pelik ke? Takdelah. Cik K pun ada buat perancangan bajet sendiri untuk tahun depan. Cik K belajar ilmu mengira bajet ni dari kakak sendiri. ;)

Banyak la siaran televisyen akan buat rancangan sempena peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Ish, bukan kat tv je. Nanti tengok lah, kat blog-blog pun mesti akan cerita pasal peristiwa di akhir tahun ni. Macam-macam la topiknya seperti azam tahun baru la, naik tingkatan/darjah la, anak baru masuk sekolah la, tahun baru gaji pun baru la… dan lain-lain. Haha, dah kantoi satu topik untuk buat entry.

“Ish, ape ni? Cik K suka buat spoil mood orang yang nak tulis pasal tahun baru nanti.”

Haha. Larikkk!



Mengenai Penulis Entri Ini :
Kimmy Ai juga penulis untuk blog Rottkappchen's. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Kimmy Ai. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Of Dahab and Sharm el Sheikh~.

8 comments:

nn said...

every year pun, sampai hujung tahun... benda yang sama.



tapi cam stress sebab time YES ni duit belum masuk so tak dapat nak shopping. gerammm jee.!

Kimmy Ai said...

hahaha.. duit tu tak boleh nak tolong lah.. terpaksa sabar menunggu la.. ;)

ztie said...

sekarang org belek blog jer!! Hehehe

KeCiK said...

"frust tak terkira sebab masa untuk bermain akan berkurang..."

Ni paling gua sokong. Macam tak percaya besok dah nak kena gi sekolah bila cuti habis. Potong stim.

:)

Kimmy Ai said...

ztie - HAHA. damn yes!

Kecik - kan? kan? zaman kecik2 lah paling heaven.. ;)

shandye. said...

bulan disember adalah bulan refleksi.

masa ni la nk clear out the closet, buang/donate/jual pakaian yg korang rasa dh tak muat atau dah tak cool.

masa ni jugak korang nk tulis balik korang punya 2010 resolution dan cross out mana2 yg dah accomplished.

resolusi 2010 aku?

maintain pointer dan juga jaga kesihatan. dua2 alhamdulillah tercapai.

aku heran betul dgn org yg suka buat unrealistic new year's resolution. lps tu emo2 dn lash out kat blog kata dia rasa mcm loser sbb tak achieve dia pny resolution.

haha...

apa2pun... selamat menyambut ketibaan 2011...

Fina Sophie said...

i always love december :)

humbleyat said...

asal tahun baru, mesti nak cari kalendar ngan free diary...hehe