Thursday, December 9

Pengorbanan Sebuah Hijrah


Kita masih dalam suasana Maal Hijrah.. bercakap tentang hijrah, saya ingin berkongsi tentang sebuah kisah benar yang berlaku dalam kehidupan saya. Kisah sebuah penghijrahan yang banyak memberi saya pengajaran..

Dulu.. saya bukan perempuan. Maksud saya, bukan perempuan sejati. Yang ayu2, berbaju kurung, bermekap2, berhigh heel segala, sopan santun depan orang tua. Bukan. Itu bukan saya yang dulu.

Saya yang dulu.. ialah seorang perempuan kasar. Yang suka bertopi, berbaju kemeja, jalan kengkang2, pakai perfume lelaki, yang suka bermain gitar. Itulah saya yang dulu.

Masa tu, saya berkawan dengan seorang lelaki, Am.

Am, memang sangat2 baik. Kalau buat laki memang untung la. Sejak kenal Am, hidup saya memang berwarna-warni. The colourful of life orang kata! Sebab, saya berkongsi minat dengan dia. Kalau cakap pasal wrestling, masing2 nak menang. Kalau cakap pasal gitar, Am la yang hebat sebab dia yang banyak ajar saya pasal not2 tu semua.

Kami masing2 suka kumpul cap. Cap yang sama. Kiranya, cap yang dia ada, semua saya ada. Kadang2, kalau kami keluar sama2, orang boleh kata kami kembar. Bezanya, saya rendah sikit dari dia.

Am anak Ummi. Anak sulung, abang kepada seorang adik yang masih kecil. Am memang bertanggungjawab. Kalau Ummi dia suruh basuh pinggan, Am buat. Suruh masak, Am buat. Suruh jaga adik, Am buat jugak. Sebab tu saya kata, siapa dapat Am memang untung.

Satu hari, kami lunch sama2. Am cakap macam ni....



"Dee..nanti, masa umur kau 21 tahun, aku nak datang meminang tau! Masa tu umur aku dah 26 tahun kan. Sesuai la kalau nak kawen."

"Kau nak makan apa? Pasir? Aku masak air pun failed!"

"Banyak masa lagi la, Dee. Belajar la, ok?!"

Saya cuma diam. Tak lama lepas tu, Am minta diri nak ke toilet. Handphone dia tinggal atas meja. Dia pesan, kalau sapa2 call, bagitau dia ke toilet.

Tiba2, telefon berbunyi. Saya tengok skrin handphone, Ummi Am la. Saya pun angkat.

"Assalamualaikum Am. Kat mana tu? Am keluar dengan budak tomboi tu lagi ye? Kan Ummi dah pesan jangan keluar dengan dia dah. Dia tu perempuan, tapi macam laki. Ummi malu la anak Ummi kawan dengan orang macam tu. Apa lagi nak buat menantu. Am.. Am. Kenapa senyap ni? Am..."

Saya diam saja, sampai la talian diputuskan. Saya rasa membahang je muka saya masa tu, tahan marah, tahan malu, tahan sedih. Saya tak tau nak buat apa. Yang pasti, saya memang tak rasa nak menangis pun pasal tu. Saya tau, Am anak orang kebanyakan. Tanya je kat daerah tu, siapa tak kenal ayah dan ummi Am. Famous tu! So memang patut la Ummi Am larang Am berkawan dengan saya. Jatuh la reputasi mereka nanti.

Sedang saya layan perasaan ni, Am pun datang.

"Eh? Kenapa muka merah je ni? Marah kat sapa ni?"

Spontan saya senyum. Senyum hambar. Dan, saya diselamatkan oleh pelayan restoran yang membawa makanan kami, lalu kami pun menikmati makan tengah hari dengan tenang.

Itulah kali terakhir saya keluar dengan Am. Dan malam tu, kami berhubung. Am dah tau semuanya. Berkali-kali Am minta maaf, tapi saya tak salahkan Am. Saya faham apa yang berlaku. Dan, malam itu juga kali terakhir kami berhubung. Sempat Am nyanyikan lagu Inconsolable dengan gitar dia. Ah! Memori...

Dan, sejak tu juga, saya mula berazam untuk berubah. Segala topi yang pernah melekat atas kepala saya dulu, perfume2 lelaki, gitar yang terlalu banyak memori, kemeja2, semuanya saya sumbatkan dalam kotak. Dari situ, saya mula mengenali erti perempuan sebenar..

Saya penuhkan almari saya dengan blaus2, baju kurung, tudung2. Dan, saya mula belajar pakai high heels. Dah berapa kali saya terjelopok jatuh sebab tak biasa, tapi lama2 saya boleh biasa, siap boeh Cat Walk lagi. Masa tu jugak saya belajar masak. Dan akhirnya.. saya jadi seperti sekarang.

Hah! Siapa cakap perempuan kasar tak boleh berubah! Siap dapat gelaran Datin lagi tau! Kah3..

Sekarang usia saya 19 tahun.. dalam diam2, saya menunggu untuk ke usia 21 tahun. Am.. masih ingatkah kau pada janji kau dulu?

Dan suatu hari.. seperti biasa saya menghabiskan masa dengan berlegar2 di Shopping Complex. Entah macam mana, saya terlanggar seorang wanita vogue. Habis jatuh barang2 dia. Saya pun tolong la dia angkat barang2 tu.

"Dee?!!"

Wanita vogue itu memanggil saya seperti terkejut. Terkedu saya. Serasa saya, sepanjang saya hidup ni, yang panggil saya dengan panggilan tu cuma Am saja. Dan, secara tiba2 saya terpandang seorang lelaki yang amat saya kenal sedang mendukung seorang bayi, sambil menggenggam erat tangan seorang wanita.

Pandangan kami bertaut. Dan saya dapat rasakan hati saya macam kena hiris..

"Kenapa ni sayang?" tanya wanita disebelahnya itu setelah perasan masing2 antara kami seperti terpukau.

"Dee..." Am mula bersuara. Dan saya nampak dari mata dia, seolah2 mahu mengungkap perkataan terakhirnya sebelum ini, maaf!

Diam2 saya melihat penampilan diri saya sendiri. Bertudung, berbaju blaus, berseluar jeans, berwedges, lengkap seperti seorang perempuan. Dan saya tersenyum paksa. Lantas barang2 yang saya pungut tadi, saya hulurkan kepada wanita vogue tadi, iaitu Ummi Am. Dan saya berlalu dengan membawa 1001 perasaan..

Masih terngiang-ngiang di telinga saya.. saat Am menyanyikan bait ini..

I wish that I could fine the word to say
Baby I would tell you every time you leave
I'm inconsolable

Ianya bermakna.. dan kenangan terindah dalam kehidupan saya.. sebagai seorang gadis kasar suatu ketika dulu. Kasar dan tomboi adalah dua perkara berbeza. Saya bukan tomboi, tapi saya kasar. Dan, sampai sekarang, kadang2 saya tak dapat bendung kekasaran saya.

Dan sekarang.. saya semakin hilang kepercayaan dengan janji setia seorang lelaki. Saya tak tau nak cakap macam mana.. yang pasti, saya memang sayangkan Am. Tapi sebagai seorang kawan. Cuma saya terkilan dengan apa yang saya nampak tu.. Terima kasih Am sebab kecewakan aku..

Itu memori lama. Memori yang membawa saya kepada fitrah sebenarnya. Dalam beberapa minggu ni, ada juga saya menjenguk kotak yang tersimpan pelbagai memori itu. Dan.. ada juga saya memetik gitar, walaupun dah banyak not yang saya lupa. Setiap kali saya memegang sesuatu dari situ, pelbagai kenangan tergambar dalam fikiran saya. Ah.. kenangan..

Begitulah ceritanya. Sekian terima kasih. Tepuk tangan..

p/s: Hijrah ini memang susah, memang payah, tetapi atas niat kerana Allah, InsyaAllah di hujungnya terselit hasanah. Credit to Devotees-Hijrah Menuju Allah.

Mengenai Penulis Entri Ini :


Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Sudah2 la berjalan! Mari Kita Berlari Pula.

2 comments:

kusut said...

ape pun, good on u lah sebab ade pengalaman hidup yg sangat berharga. kalau semua dalam cerita ni tak berlaku, camne agaknye hidup sekarang. mesti berbeza

masa untuk cari kenangan terindah yg baru mungkin?

KeCiK said...

Standing ovation. Clap-clap.

Dah abes cerita baru perasan titisan air mata mengalir. Mak! Tisu letak mana?

Weh, jalan kengkang tu for real? Gua dah terimagine nih. Haha.

Nice!

:)