Thursday, December 9

Ooh Lelaki! Tolonglah berubah



"Yang..boleh tak jangan paksa abang buat mende tu semua??Malas laaa."
Ini alasan orang lelaki...Mereka ambil ringan tentang kesihatan ... Ooppps...cik dya tau tak semua tapi most of them memang macam tu ... Kalau tak nape ramai lelaki yang mati dulu before isterinya...sebab MEROKOK kan??Padan muka....hahaha (gelak jahat!!!)
Konon-kononnya alasan bersederhana..tak perlu membazir pergi gym...tak payah nak susah2kan diri ..
Hello abang, hang ingat penyakit kalau nak datang mati kalau nak serang awak tu boleh postponed ke???
Tolonglah berubah sebelum terlewat !!

1) Bersenam setiap hari
~ Orang lelaki sepatutnya kena lebihkan bersenam bukan wanita je yang nak kurus. Lelaki bersenam untuk kekalkan kesihatan tubuh badan yang dah sasa tu .. macam abang Ben Ashaari ni .. hehe

2) Arghhh .. mandul ke??
~ Boleh mandul kalau lelaki mengamalkan gaya hidup kurang sihat.Merokok, makan fast food, banyak main computer game,tidak bergerak bebas atau bersenam, makan banyak makanan berminyak. Wahai lelaki, tau tak makanan juga boleh menjadi penyumbang kepada kualiti sperma yang di hasilkan.

3) Otot sasa ala Ben Ashaari
~huhu...asyik sebut Ben...abih tu dalam banyak2 blogger lelaki dia paling tough..walaupun keje ngadap komputer je kot.hehe. Confirm ramai lelaki berkeinginan badan sasa kan.. (encik suamiku pun cam tu jugak!!) Bagi mereka, badan tough mesti ramai perempuan suka..of cuz laa k..tapi kalau setakat berangan tak payahlaa.Pergilah  daftar jadi ahli gym buat latihan angkat berat.Mampu ke?? Hehe

4) Banyakkan karbohidrat
~Berbeza dengan orang perempuan, lelaki memerlukan keperluan carbo yang lebih tinggi. Namun harus berhati-hati jangan pula terlebih makan. 

5) Kunyah chewing gum selalu
~Yup, chewing gum sangat sesuai untuk lelaki yang suka merokok. Perokok tegar kan.Kalau terasa mau merokok cuba gantikan dengan mengunyah chewing gum. Bukan saja boleh kurangkan merokok, chewing gum juga boleh menjadikan bau mulut lebih segar. Orang lelaki yang suka merokok ni bau mulut nya busuk kan kan??? uweeekkk..

6) Jangan merokok
~ Kan dah cakap tadi bang oi, katakan tidak pada rokok. Encik lelaki, tabiat merokok boleh menjejaskan tahap kesuburan.Ye, boleh jadi mandul. Tak perlu cakap pasal penyakit kronik yang lain macam sakit jantung ke kanser ke..Yang tu lelaki tak takut..tapi kalau cakap pasal mandul, semua lelaki akan terasa. Ini bukan main-main, pergi tanya doktor sendiri memang ada kes disebabkan terlalu kuat merokok, sperma dia berkurangan.Jadi sukar untuk isterinya hamil...haaa....!! Macam mana..???

7) Makan lebih buah-buahan dan sayuran
~Maksudnya kurangkanlah makan makanan berlemak. Penyakit jantung dengan kaum lelaki memang sinonim. Saluran darah di bahagian jantung tersumbat disebabkan terlalu banyak lemak dalam badan. 

8) Seluar ketat
~Buruk benar rupanya jika lelaki memakai seluar ketat kan? Tahu tak, memakai seluar ketat ni boleh menyekat pengaliran darah terutama di bahagian penis. Hahaha. Bukan legging je, sekarang ni pun trend seluar jeans skinny yang lelaki pakai. Come on kay, bagilah kulit tubuh badan ni bernafas dengan selesa. Pakailah pakaian longgar sikit.

9) Setiakah kamu wahai lelaki?
~Tak tahu lah nak kata apa, kalau ada antara kita yang suka bertukar-tukar pasangan. Yup, pasangan atas katil!Suka membuat hubungan seksual dengan ramai wanita, pendek kata lelaki seperti ini memang berpenyakit. Penyakit kelamin dan penyakit mental!

10) Diebetes = mati pucuk
~Diebetes juga dikatakan boleh menjadi penyebab mati pucuk. 

So, abang-abang yang baca ni .. harap maklum ^_^. Cik Dya sekadar berkongsi info.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Cik Dya juga penulis untuk blog Cik Dya. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Cik Dya. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah
BLOGLIST 2011..SELAMAT DATANG TAHUN BARU

8 comments:

kusut said...

no. 10 tu kan.. diabetes = mati pucuk. menakutkan aku. diabetes runs in my family and it is one of the concerns i have about my old age

anyway, semua benda pun ade baik buruk dia. even drugs (ubat2an). and happiness. so take things in moderation and make the most of our lives. biar hidup bermakna.

my 2 cents ^^

laila said...

huhu..nice post.
um..cikgu sy pernah ckp, mkn chewing gum boleh masuk angin. mungkin cara lebih baik mkn buah2an macam epal ker, lagi berkhasiat.huu..
pasal setia tu, yup. he needs to be faithful. i agree.
but, still women need it too.

nn said...

applicable kat perempuan jugak ni. perempuan pun kena exercise, kena jaga makan, kena stop smoking. huhu

Latest entry: DYK?: Facebook

syaftome said...

nice tips...
sgt berguna...
utk masa depan...

ps: bukan laki jer kena berubah...perempuan pun kena jgok...

KeCiK said...

Exercise=Main

Find yourself a sport. Bola, badminton, volleyball etc. Half an hour pon dah awesome eberiday or twice a day.

"Gua bukan athletic macam lu lah"

Takdehal, joging, men beskal, naik bas, sapu rumah, naik tangga are all part of exercise.

Ada orang otot sasa gedabak tapi lari 5 min dah pancit.

:)

ztie said...

encik deng saya dh berhenti merokok setahun dah alhamdulillah. Tp kdg2 msh tergoda cuma masih kuat nak melawan. Harap dia kekal kuat :)

shandye. said...

my dad senyum je bila i bg link ni kat dia.

hahaha...

dia rasa dia takde masalah kot ble dia tgk anak berderet2 stok dah besar semuanya.

ngee...

btw, my dad pn dh lama stop smoking. dah dekat 5 tahun. its for his own good jugak. umur dah pushing 53... huhu...

Ratu Borak said...

setuju sgt2...ayat power dah tu kenyataannya...