Friday, December 17

Menumpang Kasih atau Merampas Kasih?


Entah kenapa minggu ini saya seperti menjadi penyelesai masalah.Lagaknya seperti kaunselor sahaja.Huhu..Majoriti semuanya melibatkan perasaan .Tiap-tiap hari berpusu-pusu mesej dari sahabat-sahabat yang saya kenali, tak cukup tangan saya nak membalas mesej-mesej dan panggilan mereka.Nasib baik guna pakej pascabayar,berbaloi-baloi..Hehe..


Antara masalahnya konflik bercinta dengan suami orang.Tak perlu lah saya ceritakan secara terperinci mengenainya.Cuma saya nasihatkan dia supaya solat hajat dan istikharah bagi mendapat petunjuk sejauh mana hubungan mereka.Pastikan ianya mengikut budi bicara akal dan menjauhi segala fitnah syaitan.

Bukanlah saya menyokong.Cuma letakkan kehidupan itu berbalik kepada Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.Lagipun, kerap kali saya diminta untuk menolongnya apabila tiba di adegan si isteri ini menerjah dia. Sampai bila dia sanggup meredah maraton kejar mengejar, sorok menyorok.Seksa tau..Lagi satu saya minta dia mulakan hidup baru, buka hatinya 100% jika ada lelaki budiman yang mahu berkenalan, janganlah diingat kenangan-kenangan yang lama.

Ada juga 'statement' panas dari rakan-rakan yang mempunyai pengalaman yang sama, kata mereka, "Saya bukan merampas kasih, tapi hanya ingin menumpang kasih.Salah ker?" ataupun " Bukannya saya sengaja untuk jatuh hati dengan dia, tapi dah terjatuh hati, nak buat macam mana?" Adoi..

Dan tadi menerima mesej darinya mengatakan dia telah bersedia untuk memulakan kehidupan baru .Tapi, ada juga syarat-syaratnya, "kalau dah jodoh kami, akan jumpa juga.." Adeh..dunia dunia...


Mengenai Penulis Entri Ini :

Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kelayakan Peguam Syarie.

13 comments:

izfanora said...

tiada istilah menumpang kasih atau merampas kasih..

kasih sayang itu kurniaan Yang Maha Esa.. terbit tanpa diminta, hilang tanpa disuruh..

bila bukan kita yang berdepan dengan masalah, memang kita mengharap dia sedar dan tidak mengejar. tapi, bila kita dalam situasinya, baru kita sedar, amat sukar untuk jauh..

Fynn said...

i think in that kind of situation,kita kena letak diri kat tempat stiap pihak.baru nampak ;)

nn said...

kadang-kadang betul tau, memang jodoh. nak buat macam mana...

Aida Ismail said...

apa apa pun. ajal maut, jodoh pertemuan semuanya urusan Allah =)

kusut said...

sokong cikda
kalau dah ditakdirkan, susah nak lawan. mungkin takde pihak yg betul2 salah pun. kite je yg sibuk nak salahkan satu pihak

tapi kalau aku.. aku salahkan si laki tu la. hehe

bile pikir balik lepas taip komen ni, kalau jadik kat aku camne? ish takutttt.

humbleyat said...

izfanora:
berdiri di situasi itu mmg berat..tapi sebab itu kita harus berbalik kepada ALLAH swt..:-)
jangan terlalu ikutkan hati....
rasa Cinta Kepada ALLAH itu makin jauh bila kita terlaLu asyik dengan cinta manusia sampai tak kenal erti mudarat..:-)

humbleyat said...

Fynn:
kalu dah darurat dan mendatangkanmudarat, mcm mana..
kena bg advise yg baik kan?hehe

nn:
part yg tu mmg tak dapat nak elak..kalau dah jodoh tak kemana..:-)
teringat pula entri doa jodoh oleh chenta hehe:-)

humbleyat said...

Aida Ismail:
betul2..tap kita manusia ni perlu merancang, dan seharusnya pandai mebezakan yg baik dan buruk,,jgn ikut hati kelak binasa la jawabnya..

humbleyat said...

kusut:
nak salahkan laki tu?hu2 kalau la dia berkemampuan dan adil takde salahnya, gunakan cara yg betul, jgn main sorok2 sebab menganiaya tanggunjawab namanyer..:-)

KeCiK said...

MInggu ni je ke kak? Incoming weeks boleh tolong lagi kan? Nak mintak tolong lah kak.

Lepas ayat atas ni nak letak icon blushing tapi tak tau macam mana.

:(

nur.sa said...

kalau terjebak memang susah. huhu. tapi pada yang belum terkena macam tu, kenalah beringat2. takot oh. mintak dijauhkan situasi macam tu.

humbleyat said...

kecik:
blushing?knp plak..
boleh aje no hal for incoming he2..
ini salah satu cerita shj..ada byk lagi...tapi, kena adisamar2 kan wataknyer..:-)

nur.sa:
betul2,,yg penting kita tau baik dan buruknye kan?

shandye. said...

rule of thumb: jgn kaco org punye.

sekian.