Friday, December 24

memilih jalan di persimpangan




Uzair merenung ke langit jauh , dari tingkat paling atas bangunan rumah flat beliau kelihatan tahi bintang melintas dengn laju . Uzair meneguk nescafe o didalam cawan dari tangan kanannya , mengelamun meneropong hidup silamnya . Tangan kirinya perlahan menekan butang next supaya telefon bimbitnya memainkan lagu seterusnya .


Dulu beliau adalah pelajar harapan . Mengetuai senarai program pelajar contoh di SMK Kuala Chin bukanlah sesuatu yang mudah untuk digapai . Sekolah berasrama penuh yang mementingkan sukan , akademik dan kepimpinan .

Terpapar suasana ketika beliau dijulang oleh rakan-rakan sekolahnya setelah menjadi pelajar pertama mengecap keputusan 18 A didalam peperiksaan SPM . Terukir senyum gembira diwajah Uzair ketika itu .

" Kau kan pandai Uzair , takpe lah " acapkali kata-kata itu terpercik dari bibir kenalan Uzair dan setiap kali juga lah beliau menolak kebarangkalian tersebut . Walaupun dilabel sebagai pelajar pintar , Uzair tetap bersengkang mata menelaah bahan yang diberi pensyarahnya . Selepas setiap ketika berbicara soal akademik , Uzair tetap juga di belai dengan pujian , beliau mula bosan .

Dengan sengaja , Uzair menggagalkan diri beliau untuk 3 subjek pada semester ke empat pengajiannya . Tetapi pucuk dicita badai menjelma , " Kau kan pandai , takdehal punya " " Kau kan bijak , mana boleh jadi apa " . Usai semester ke enam , Uzair diusir keluar dari institusi pengajiannya .

Uzair kini hanya seorang manusia biasa . Menamatkan pengajian setelah bermula semula . Bekerja makan gaji seperti rata-rata orang lain . Namun beliau tetap senang dengan keadaannya . Menjalani hidup sekadarnya dan membantu yang susah semampunya .

Mindanya sering berputar , apa agaknya jadi pada dirinya jika tidak diusir keluar dan terus berada dalam bulatan suara " kau kan pandai " . Adakah hidupnya lebih baik , ataupun lebih siksa . Tetapi Uzair sedikit pun tidak gusar , kerana setiap kali beliau berdiri melihat langit begini pasti akan ada suara ...

" Abang , walau apa pilihan kita , kita perlu terus maju kehadapan , jika gagal , cuba lagi . Senang , bukan ? " Aisyah Arina bersuara dan memeluk Uzair dari belakang dan melekapkan mukanya di belakang bahu Uzair .

" Ya sayang , abang tahu . " sambil merangkul pinggang dan menarik isterinya supaya dapat berdiri disebelahnya . Uzair gembira kerana kata-kata itu masih didengarinya walaupun kini bergelar bapa kepada empat orang anak . " Terima kasih sayang " 

Mengenai Penulis Entri Ini :
jack 'r.k' raven
r.k juga penulis untuk blog Separuh Hayat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label r.k. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Morty-bus : kaedah 'lu kena' yang betul.

18 comments:

KeCiK said...

Pertamaxxxx !!!

Gua tak berani buat la brader. Mati kena sembelih dengan mak gua kang. Lagi pon SPM gua dulu dapat satu je A.

Belum ada lagi orang kata kat gua, "Kau kan pandai KeCiK,takpelah..."

Papehal nama Aisyah Arina sedap gila.

:)

therosputih said...

hidup ni bukan semata-mata dapat kejayaan dalam duniawi...

Zulkifly Omar said...

best cita ni....

Ali ridha said...

membantu kita menjadi
penulis bijak.

izfanora said...

nice story, tp short sgt.. huhu..

tp kan, bila tgk member2 yg sgt2 cemerlang time kt sek dulu, bila msuk u, lbh kurg jer dgn yg lain.. nth, kebetulan jer kot..

humbleyat said...

@kecik:
kecik kan pandai, takpelah..he2..
(hope dis will the first one hehe)

r.k:
best2..tp jangan sgka org pandai akan terus pandai, kerana setiap mereka ada dugaan masing2..:-)

sYazY_dZaiMa said...

whooaa~18A, tak pernah lagi dapat banyak tu. hidup ni mcm roda kn, jap atas jap bawah so sentiasa ada hikmahnya.

r.k said...

KeCiK : lu pandai kecik , dalam hidup . hehe

Aisyah Arina bini orang mate .. XD

therosputih : we not aim for this world , we aim hereafter .

Zulkifly Omar : thanx mate .

Ali Ridha : herm , membantu kita menjadi orang bijak . (?)

izfanora : terkejar-kejar la love sebab tu pendek , bz .

kan , cemerlang kat skolah pun sama je bila kat u .

humbleyat : pandai tak berubah love , tapi persepsi boleh berubah . pandai tapi jahat macam profesor klon tak bagus .

sYazY_dZaiMa : yang penting kita masih mahu bangun dan bergerak kehadapan .

shandye. said...

expectation org dgn kepuasan diri berada dalam dacing hidup yang sentiasa bergerak-gerak.

r.k said...

ya , dan dalam hidup kita kena pentingkan diri sendiri . XD

Fyzal said...

aku dapat tangkap mesej paling dalam daripada entri ini. dalam satu konteks yang lain pula, aku dapat rasakan elemen sarkastik dalam entri ini. entri pendek yang berpengajaran secara tersirat begini, serius aku katakan, bukan mudah untuk dinukil.

tp kamu R.K, menyampaikannya hingga meremang bulu roma aku.

puteri_kebayan said...

bestnye citer ni..
xsemestinya bila pandai, xperlu usaha.
usaha+doa+tawakal

ztie said...

aku pernah gagal terok jatuh terbabas habis lah.. Aku juga pernah bangkit semula. Aku bangga..sbb aku tak putus asa... Hehehe tp mmg betol tak pernah lagi org cakap aku ni pandai.. Org ckp jangan rajin sangat adalah. Hehe

r.k said...

Fyzal : kalau lu dah dapat mesej sarkastik maknanya hasrat ghua tercapai . cheers mate .

puteri_kebayan : ya , itulah yang sepatutnya . orang pandai pun bersusah payah untuk berjaya . hargailah usaha mereka bukannya kepandaian mereka .

ztie : keh keh , terlampau rajin pun problem jugak tu . XD

Fina Sophie said...

been there. done that.

r.k said...

Fina Sophie : part ni ke ?

" Abang , walau apa pilihan kita , kita perlu terus maju kehadapan , jika gagal , cuba lagi . Senang , bukan ? " Aisyah Arina bersuara dan memeluk Uzair dari belakang dan melekapkan mukanya di belakang bahu Uzair .

Fina Sophie said...

r.k, ohhh.. itu ke point utama?

yg aishah arina tu ckp ada betulnya. thanks :)

r.k said...

Fina Sophie : bukan part cakap part "memeluk Uzair dari belakang dan melekapkan mukanya di belakang bahu Uzair ." hehehe XD