Friday, December 3

Melentur Rebung jangan sampai Buluh dibengkok



" Mah , siapkan baju abang untuk esok " , mudah dan padu arahan Zakaria kepada isterinya . Zahid , anak bongsu Zakaria tertarik dengan kata-kata bapaknya . " Bapak nak kemana esok , Aid nak ikut " . Zakaria hanya tersenyum mendengar luahan minat anak bongsunya itu , " Boleh , tapi Aid kena siapkan baju untuk esok , bapak taknak lambat . Pergi siap sekarang , lepas tu tidur nanti lambat pula bangun " . Kali ini panjang arahan Zakaria .


Zahid bangun ke bilik untuk menyiapkan bajunya untuk esok hari sambil mengerling ke arah mamanya untuk melihat jenis baju yang perlu dipakai . " Oh , baju formal " , bisik Zahid sendiri . 

" Awalnya awak suruh Aid tidur , baru pukul 9.30 . " Tanya isterinya , Ismahani kepada Zakaria . 

"Awak tak suka ke ? " persoalan itu dibalas kembali oleh Zakaria dengan soalan , sambil melirik senyuman .

----------

" Kita nak kemana ni bapak ? " Soal Zahid yang duduk dikerusi hadapan sebelah pemandu . " Kita nak pergi perhimpunan , nak cari penyelesaian masalah pemandu-pemandu bas yang bawak laju . " Cukup padat isi yang disampaikan oleh Zakaria , beliau tahu , walaupun Zahid hanya baru berusia 7 tahun bulan lepas , tetapi Zahid adalah seorang anak yang pintar .

" Oh , pasal eksiden yang ramai maut tu eh , bapak ? " Tanya Zahid inginkan kepastian . Bapaknya hanya tersenyum mengiyakan .

-----------

Kita patut hadkan bas hanya 60 km per jam . Satu bas kena ada 3 orang pemandu . Setiap bas kena pasang GPS . Setiap bas kena pasang had limit laju . Bas hanya dipandu disiang hari . Setiap pemandu bas tidak dibenarkan makan nasi lemak ketika bertugas . dan macam-macam lagi kenyataan dan cadangan yang dikeluarkan oleh ahli persatuan Taman Kencana .

Mereka akan berkerjasama dengan Adun Kawasan N.51 untuk mengemukakan penyelesaian masalah kecelakaan bas yang semakin hari semakin menjadi . Mcam perniagan Multi Level .

Zahid hanya memerhatikan dari jauh , beliau tahu pengalaman sebegini tidak diajar di sekolah . Kelihatan bapaknya berkobar-kobar dalam membeincangkan isu ini , Zahid turut berbangga dalam senyap .

----------

" Bapak , bapak baring je ya . Doktor suruh bapak rehat banyak " , Zahid menyuruh bapaknya untuk tidak banyak bergerak dan berehat . Zakaria melihat sekeliling , Anak sulungnya sedang tidur di sofa , anak perempuannya pula sedang tidur disebelah isterinya . Hanya Zahid yang masih belum melelepkan matanya .

" Kenapa Aid tak tidur , lewat dah ni " gesa Zakaria .

" Bapak tidur dulu , baru Aid tidur " balas Zahid sambil tersenyum . 

" Bapak , agak-agak ada tak orang persatuan taman nak buat perjumpaan macam haritu ? Marah pemandu bas , cari penyelesaian ? " 

" Kenapa Zahid tanya macam tu ? " Soal Zakaria kerana seingat beliau , beliau tidak bertembung eksiden dengan mana-mana bas .

" Sebab bapak bawak kereta sama macam pemandu bas bawak bas , laju ! " Bisik Zahid sambil meletak kepalanya dibahu Zakaria dan melelapkan matanya .



Mengenai Penulis Entri Ini :
r.k juga penulis untuk blog Separuh Hayat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label r.k. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Merdeka !.

7 comments:

nn said...

sentap (!!) kalau jadi 'bapak'

Latest entry: Tagged by Dbout

afifaa. said...

heh, ayat last sekali tu berbisa :)

KeCiK said...

Semoga saudara Zakaria tidak meng-karate tengkuk anaknya yg sedang nyenyak tidur di bahunya.

Well done sonny.

:)

humbleyat said...

mesej yang direct dan telus..jadi teladan untuk anak2 dulu biar pada tempatnya...

latest entri:
Nostalgia Kelahiran

r.k said...

nn : kalau bapak tu represent 'kita' macamana ? tak sentap ?

afifaa. : it takes everything to make people realize but they still blinded .

KeCiK : Aid kan anak yang pintar . XD
cheers old son .

Humbleyat : they say , elder are the biggest influence for kiddo .

chenta said...

memang berbisa..tp bagus!

r.k said...

chenta : jangan bawak kereta laju-laju ha .. :)