Monday, December 6

Mari tahu: Peristiwa-peristiwa penting.

Salam. (:


Kenapa Azza post hari Isnin? Hari ini Azza gantikan slot untuk Q. Esok Awal Muharam, kan? Macam-macam info kita boleh google untuk mengetahui sejarah tahun hijrah. Kali ini Azza nak kongsi secara ringkas maklumat rujukan tentang peristiwa penting yang perlu kita tahu, atau mungkin kita belum tahu, yang berlaku dalam bulan ini amnya, khususnya pada 10 Muharram atau hari Assyurraa'.

Antaranya peristiwa tersebut, 
  • Akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
  • Diciptakan Nabi Adam dan Hawa pada 10 Muharram.
  • Dijadikan syurga serta memasukkan Adam ke syurga pada 10 Muharram.
  • Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram.
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram. 
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram.
  • Allah memberi taubat kepada Adam.
Sumber

Maklumat tambahan: 
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihhkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam, langit, bintang lautan dan sebagainya.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Hari Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Hari Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Hari Allah menjadikan alam.
  19. Hari Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Hari Nabi Isa diangkat ke langit.     
Sumber

Tingkatkan amal ibadah. Salam Maal Hijrah.


Sumber:
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html  
http://www.scribd.com/doc/1359152/FADHILAT-BULAN-MUHARRAM
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrah

No comments: