Assalamualaikum

Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi satu lagi topik bersama sahabat semua. Seperti yang diketahui ramai, kita rakyat Malaysia sangat sinonim dengan gula. Kehidupan seharian kita berkisarkan tentang gula. Dari teh tarik hingga ke gulai kuih-muih. Macam-macam air berkabonat menjadi pilihan, Coca-cola, pepsi dan sebagainya. Kesannya, ramai yang menghidap kencing manis (diebetes melitus type 2) dan ada juga yang hilang nikmat kaki kerananya...semoga dijauhkan. Untuk menjauhinya, kita masih berat untuk melupakan gula maka kita bertukar kepada artificial sweetener atau gula tiruan.
Gula tiruan merupakan bahan yang memberikan rasa manis pada deria rasa kita tetapi tidak mengandungi karbohidrat (glukosa, sukrosa dan sebagainya). Rasa manis yang berkali ganda daripada gula biasa dan kos penghasilan yang murah menjadikan gula tiruan semakin terkenal dan digunakan dalam industri pemakanan. Contoh-contoh lain gula tiruan sucralose, saccharine, cyclamate dan acesulfame-k. Antara gula tiruan yang terkenal dan penuh kontroversi ialah aspartame Walau bagaimanapun, gula tiruan aspartame ini adalah hasil gabungan 50% phenylalanine (amino acid), 40% aspartic acid (an amino acid) dan 10% methanol (alkhohol @ bahan nyah cat). Terdapat juga kajian yang cuba membuktikan kesan pengambilan gula tiruan dengan munculnya sel-sel kanser. Adakah ia juga menyebabkan kanser? Berikut adalah sedikit penerangan tentang bahaya ketiga-tiga bahan tadi:
Phenylalanine
- Pengambilan berlebihan menyebabkan paras serotonin berkurang dan seterusnya menyebabkan kemurungan, keresahan, insomnia, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
- Paras serotonin rendah juga menganggu kawalan pemakanan harian dan menyebabkan sugar/carbohydrate craving dan seterusnya kegemukan.
- Menyebabkan kecacatan mental kepada pesakit phenylketonuria
- Bagi ibu mengandung, menganggu pertumbuhan otak bayi
- Pesakit diabetes tidak sepatutnya mengambil aspartame menggantikan gula
Aspartic acid
- Dalam badan, aspartic acid akan bertukar kepada aspartate yang penting dalam fungsi saraf dan otak. Kelebihan aspartate akan menyebabkan penjanaan radikal bebas yang tinggi dan seterusnya menyebabkan sel otak mati.
- Simptom kerosakan otak antaranya ialah Kerosakan sel-sel otak , Multiple sclerosis , Masalah memori, Masalah-masalah hormon, Masalah pendengaran, Sawan, Penyakit Alzheimer, Penyakit Parkinson , Nyanyuk , Gangguan komunikasi antara sistem saraf dan endokrin, hilang keseimbangan badan dan rabun yang kritikal
Methanol
- Aspartame terurai kepada methanol apabila bertindak balas dengan enzim dalam usus. Methanol lebih beracun dari ethanol ini kemudian diserap ke dalam aliran darah pada kuantiti yang tinggi tetapi dinyahkan dari tubuh pada kadar yang rendah.
- Masalah keracunan methanol yang utama ialah penglihatan kabur, pengecutan dimensi penglihatan, kerosakan retina dan buta.
- Masalah-masalah lain ialah sakit kepala, telinga berdengung, pitam, loya, gangguan sistem penghadaman, lesu, seram sejuk, gangguan memori, kebas pada jari-jari tangan dan kaki, gangguan perangai, sel-sel saraf membengkak dan fungsinya terganggu.
Daripada perkongsian ini, Si Tukang Tulis berpendapat bahawa:-
- Gula tiruan tidak baik untuk kesihatan.
- Gula tiruan menjadi pilihan industri makanan dan minuman
- Gula yang digunakan dalam minuman berkarbonat adalah gula tiruan
- Memastikan kandungan jenis gula dalam produk yang dibeli seperti kandungan aspartame, sacharin, sucralose, Acesulfame potassium (Ace-K), Neotame dan Rebaudioside (Reb A atau rebiana)
- Mengurangkan atau menghentikan minuman berkarbonat (air tin, air botol...kepci, McD...Huhuhu...)
- Menggantikan gula dengan madu :)
Sekian sahaja dari Si Tukang Tulis. Jom kongsikan dengan rakan lain :)
Rujukan :
Mengenai Penulis Entri Ini :

Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
12 comments:
kurangkan gula dalam makanan,
tambahkan manis dalm senyuman.. =)
biar berpada, sihat sentiasa..
wow,gula boleh jadi penyebab depression?
susah ni...hahha
one of my cousin diabetic. detect masa dia form 3 kot. sedih gila masa tu... :/ now every month check up and every day inject insulin. takut tengok...
manis.. adakala membuat kita derita
mungkin..
kene take things in moderation. takde gula pun tak bagus jugak.
hmmm...tu la, den pun risau ni sbb obes :s
yg gula tiruan ni memang ada masalah. org yg jumpa pun kebetulan lepas ujikaji makmal, dai terjilat.
tapi banyak yang sembunyikan fakta sebenar...
wow..sukanya part topik kesihatan ni:-)
mmg beracun yerk...takut pulak nak makan benda2 manis lepas n..hu3
"Phenylalanine"
"Deibetes Melitus"
"Aspartame"
Macam best je bila sebut laju-laju.
Seyesly, tak tau pulak ada gula tiruan.
p/s: Kenapa harga gula tak dibundarkan jadi RM2 instead of RM2.10?
:)
mari bertukar ke madu sedikit demi sedikit. sdap gek, tapi...kalo air kopi camne eh?
teh tarik kurang manis satu!! hehehe
thank for sharing the info...
New entry: Hero
mnum air masak ja...xmnis...xda pnykit kcing mnis...hehehe
daily intake of instant nescafe bahaya sebenarnya.
like seriously.
tp hakikatnya i cant go through my day without having a mug of warm nescafe rich.
lol.
Post a Comment