Monday, December 27

Malaysia Terkam Indonesia Di Bukit Jalil


Salam...

TAHNIAH!!!

Kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah memenangi perlawanan akhir pertama menentang Indonesia dengan jaringan...

3-0

Bekalan yang agak selesa untuk dibawa ke Indonesia 29 Disember ini...
Semoga kejuaraan untuk edisi kali ini akan menjadi milik negara kita...


Piala yg semakin pasti menjadi milik kita...

Kesebelasan utama pasukan negara kita yg diketuai oleh Syafiq bermain dengan cemerlang...

Safee Saili menjaringkan 2 gol dan menjadikan dia sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini...

Shahrol yg baru melangsungkan perkahwinannya bermain dengan cemerlang & menghasilkan gerakan cantik untuk memberi umpanan kepada Safee & Ashari untuk menjaringkan gol...

Kuna juga beraksi cemerlang dengan permainan yg cantik & bijak membuat gerakan menyerang dari arah kanan padang...

Amirul Hadi kurang menyengat dengan gerakannya yg sering kehilangan bola & digantikan dengan Ashari yg telah menghasilkan 1 gol buat Malaysia...

Benteng terakhir Malaysia... Khairul Fahmi juga sentiasa konsisten & cemerlang...

Apa-apa pun masih ada lagi 90 minit yg terpaksa dilalui oleh pasukan negara kita...
Bekalan 3 gol ke Indonesia diharapkan akan menaikkan semangat juang pasukan negara...
Semoga kemenangan akan menjadi milik kita...
Sama-sama kita berdoa & menyokong pasukan negara kita...

Sekian...

~~~...Kalau penyokong Malaysia pancar laser kat pemain Indon, nanti penyokong Indon buat apa pulak ye kat pemain Malaysia...? Kesal dengan sikap segelintir penyokong Malaysia sehingga menyebabkan perlawanan diberhentikan dan Sultan Pahang turun ke balapan...~~~

4 comments:

chenta said...

ada baca blog pasal penjaga gol malaysia pun kena laser tu??so siapa sebenarnye yg pancarkan laseR??

Azwandy Bin Muhamad said...

rasanya org yg pancarkan laser tu...haha....

r.k said...

semenjak ghua turun setadium tengok Malaysia main , malam tadi adalah yang terbaik . They play using their mind not their head .

Good Job .

Laser ? masa kita kecundang 1-5 di indonesia itu hari pun sharbenee kene laser jugak apa , tak de pun ajak keluar padang . keh keh keh

humbleyat said...

memang terbaik dlm sejarah dr dramanya hehe:-P