Tuesday, December 7

Makan dengan tangan kanan atau kiri?



Makan dengan tangan kanan atau kiri? Entry ini sekadar peringatan untuk semua dan diri i sendiri. Bagi yang bukan muslim, baca sebagai info je la ye. Tak berniat nak sentuh sensitiviti agama. ^_^

Meh baca lebih lanjut..







Hari tu i pergi kursus protokol.  Macam-macam yang diajar sebab banyak benda dalam hidup ni lagi-lagi melibatkan tugas yang melibatkan protokol sebenarnya. Macam bosan tapi menarik. Dari benda sekecil-kecilnya macam makan dan susunan gambar pada premis sampai la ke ucapan dan susunan kerusi bagi majlis rasmi. Kalau i cerita panjang, dan kena jadi entry protokol plakkan. Terlalu banyak sampai i pening kepala la. Heheheh. Tapi kalau ada peluang pergi kursus ni, pergi la ye.

Pastu masa kursus tu, ada opismate i tanya i, kalau protokol masa makan, bila makan makanan western, tangan kanan pegang pisau, tangan kiri pegang garpu. So kita akan makan tangan kiri. Tapi nak ke i makan tangan kiri. I tercengang tengok dia sebab jarang orang nak tanya macam tu. Dia kata walaupun protokol, dia tetap takkan makan tangan kiri.

Cuba baca sabda di bawah :

Daripada Ibn Umar bahawasanya Nabi saw bersabda :
"Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

(Dianggap sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, dan hadith ini dikeluarkan juga oleh Muslim)

Makan tangan kiri tu dah sama macam syaitan makan. I pun tak guna tangan kira bila makan western. I selalu akan potong daging tu kecil-kecil. Letak pisau then makan tangan kanan. Rasa tak biasa plak makan tangan kiri. Tapi macamana plak dengan orang kidal?

I search kat internet, memang kena makan tangan kanan juga walaupun kita kidal. Adik i yang kidal tu pun i paksa juga supaya makan tangan kanan. Biar lambat sekali pun dia makan sebab tak biasa, tapi i tak kisah pun nak tunggu dia siap makan. Janji guna tangan kanan.

"Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu, sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu."

Isu ni memang nampak mudah dan simple, tapi bila mudah dan simple la, orang anggap remeh temeh. Hari tu i pergi makan dengan kawan kat kedai western. Then kawan i makan tangan kiri sebab makan chicken chop. I nak tegur, tapi ramai lagi kawan-kawan i time tu. Jadi macam serba salah. So i sekadar berkata dalam hati. Sebab tu juga la wujudkan entry ni di blog i dan di sini. I sekadar memberikan peringatan. Untuk diri i sendiri juga ^_^

Mengenai Penulis Entri Ini :
chenta juga penulis untuk blog Suka Hati Sya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label chenta. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Hidup ini KARMA!.

19 comments:

biskut said...

kita nih terikut-ikut sangat cara barat..sampai soal makanan pon barat nak selit sekali pengaruh dwank.sampaikan kita nak makan pon rasa kekok.baguslha ada entry nih ditulih dan aku percaya ada owank kita(melayu)di luar sana akan cakap..
"ah,lantak aku lha nak makan camner..takkan nak bikin malu kat majlis..kolot tul lha.."
Tima kasi atas info nih..sekurang2nya ada teguran walaupun sekecil dan seremeh mana pon.

geekz36 said...

info yg berguna, ingatkan x kisah mkn tgn mana pun.

syaftome said...

i am currently working with protocol unit...
mostly with VIPs...
memang leceh...
kalau salah nama sekalipun...
siaplah...konpem kena marah teruk2...

chenta said...

@biskut

i tak ksh pun kalau ada org nak perlekehkan entry i ni sebab ini sekadar peringatan dan nasihat. nak ikut ke tak, terpulang la. tapi hadis yg i dapat kat internet tu, kebanyakkan keluar apabila nabi muhammad s.a.w menegur orang lain. walaupun org tu degil, lama2 org tu terima juga dan makan dengan tangan kanan.

so terpulang pada setiap individu ^_^

chenta said...

@geekz36

sekadar berkongsi ^_^

chenta said...

@syaftome

wah..keje bahagian protokol.best tu!
salah nama boleh tahan lagi, tp kalau salah pangkat, lebih gempakkan??

mcm2 pengalaman yg penceramah tu share dgn i sbb dia antara yg menguruskan protokol dgn VVIP ni.

tp dia ckp pasal mkn tu, mmg guna tgn kanan.papepun agama yg plng pnting ^_^

syaftome said...

hahaha...salah pangkat...
bleh jd isu besar tue...
kalau salah tpt duduk n meja skalipun...
konpem kena leter depan org ramai...haha...

keja dlm protokol nie leceh...
tp best...
bleh jln2...pg ke tpt event n function tue...hehe...

Fina Sophie said...

erk. i makan both hands ikut mood. haha. bleh pulak. T_T saya kidal. tp if makan guna tgn, surely mkn guna tgn kanan la. dah bljr since sklh rndah lagi guna both hands. but if guna sudu n garfu, sy guna dua2. oh pelahap XD skrg dah tau da. kiri mmg btul2 takleh ek? yg tu ke sbb sy punya perangai kdg2 mcm !@#$%^ sket? kehkehkeh ops.

yg penting skrg, dah tahu. :)

r.k said...

selagi boleh makan dengan tangan , nikmatinya lah . kalau dah makan guna straw karang , haruuuuuu !

eh , nice info btw , i mean the hadith part . cheers love .

chenta said...

@syaftome

hahah..cerita pasal tmpt duduk. penceramah i pernah susun utk agong dan pm. dia susun dah betul dah, tp disalahkan..kesian dia..tp mmg betul dah protokolnya..

u degree in science computer rite?tp keje dgn protocol..menarik tu ^_^

chenta said...

@fina sophie

ye..tak boleh tgn kiri. mcm dlm hadis tu. ramai kidal yg tak biasa, tp kalau kita practise, make perfect kan? ^_^

chenta said...

@r.k

ye.selagi kita masih cukup anggota badan, masih sihat, masih boleh makan sendiri, bersyukur la ^_^

KeCiK said...

Lefthanded. Tulis. Lukis. Tenis. Badminton. Makan pakai sudu.

Righthanded. Salam. Makan pakai tangan. Serve/spike volleyball. Bowling. Karom. Main bola/takraw prefer kaki kanan.

Years practice try makan pakai sudu guna tangan kanan, failed.

How sinful I am? Ya Allah.

:(

syaftome said...

biasalah tue...
kalau handle majlis raja-raja...
lglah payah...
kena buat susunan utk semua raja2, sultan2 n tyt2...
kalu dorang dh duduk...
jgn harap nak suruh dorang bngn balik...

itu ape yg slh sorang officer kitorang cakaplah...
sy xde lg time tue tahun lepas...

computer engineering sbnrnya...
tp keje ngan protocol...
mmg best...
dpt jln2 sluruh swk...hehe...

chenta said...

@kecik

erm...tape la kecik..just cuba je mkn guna tgn kanan even guna sudu ye...slow or tumpah pun takpe.atleast kita cuba..

chenta said...

@syaftome

owh..kje kat swk la ni...best tu dpt jln2..tp kje tu mmg terpesong habis la dari belajar.kan? ^_^

syaftome said...

memang jauh sangat menyimpang...
but as long as i love it...i'll do it...

btw...r u working in a protocol department or something...

chenta said...

no la...i'm IT officer ^_^

syaftome said...

oic...noted... :)