Wednesday, December 29

Lima kebaikan beli barangan terpakai


Sekarang ni dah banyak orang buat jualan barangan terpakai secara eksklusif. Kalau dulu kita cuma boleh dapatkan barang-barang second hand from bundle sahaja tapi sekarang online fashionistas such as Jezmine Blossom and Shea Rasol pun jual barang-barang second hand diorang. Siapa-siapa yang rajin online shopping mesti perasan yang makin lama makan banyak blogshops yang dibuat khas untuk jual barangan terpakai.

In my opinion, kemunculan blog-blog macam tu is a good thing sebab ada beberapa kebaikan membeli barang thrift/vintage/pre-loved/second hand. Ada banyak artikel pasal kelebihan membeli barangan terpakai contohnya dekat sini *click* dan sini *click*.

Sebenarnya ada banyak kebaikan beli barangan terpakai, contohnya:

1. Environment friendly. Kita recycle, reuse and reduce maka secara tak langsung, alam sekitar terpelihara.

2. Jimat duit. kebiasaannya barangan second hand ni murah compared to new stuff, melainkan kalau barangan terpakai tu limited edition. Kalau pandai cari, boleh jumpa baju bundle yang masih cantik dan elok untuk dipakai dengan harga semurah RM10 untuk 3 helai. ada juga tempat yang jual RM1 sehelai.





3. Kurang risiko untuk pakai barang sama dengan orang lain. Mostly, barang-barang terpakai ni, especially vintage stuff, adalah sangat unik and in good quality. Yelah, kalau kualiti tak bagus takkan boleh tahan sampai berpuluh-puluh tahun. Bagi siapa-siapa yang tak suka pakai barang sama dengan orang lain, like me; boleh lah try pergi vintage stuff hunting. If you're living in Johor especially Johor Bahru, Bazar JB/Pasar Karat is a good place to find vintage handbags and shoes :)

4. Ada peluang memiliki barang branded dengan harga yang sangat murah. Contohnya jeans brand Citizens of Humanity, GAP, Levi’s yang dijual dengan harga RM5-RM50 padahal harga sebenar boleh menjangkau RM300. Kiranya, dapatlah juga merasa pakai barang branded :)

5. Menyumbang kepada kebajikan. Ada kedai tertentu, for example Bless Shop (located at Semua House and Midvalley Megamall - Kuala Lumpur) yang jual baju memang for charity. Pernah juga terjumpa one shop dekat Danga City Mall, Johor Bahru yang buat business for charity purposes. Kalau shopping kat situ, secara tak langsung kita dapat buat kebajikan. Tak adalah rasa bersalah sangat shopping :P


I buy used stuff all the time. Most of the clothes in my closet are second hand/thrift/pre-loved. Selain murah, suka beli barang-barang terpakai sebab ada memori kat baju/seluar/skirt/kasut/beg tu. Ada sejarah yang buat benda-benda tu menarik.

How about you? Do you buy pre-loved stuff or... are you against it?




pssst... tips beli pakaian terpakai dekat sini *click*


Mengenai Penulis Entri Ini :
nn juga pemilik blog nn meows!, nn spends! dan nn sells!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nn. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 1995/2010: fikir masak-masak.

25 comments:

therosputih said...

tak kisah barang tu terpakai atau masih baru, asalkan berkenan, beli aje...hehehe...nice tips...

r.k said...

barangan terpakai FTW . tapi kalau betul-betul dah aim for goods ghua akan cari barang baru .. alah , setahun sekali beli barang baru apa salahnya , ye tak ? hehe

nn said...

@therosputih


haha betul-betul! :)

nn said...

@r.k


certain things memang lagi best beli baru pun. haha. tulah. kengkadang beli gak benda baru cam basic t-shirts. kalau cam jeans, bag lagi suka beli yang second hand :)

Liz said...

ah ah ada bagus jugak sebab murah hihihi...

izfanora said...

hurm..

tak pernah masuk kedai jual brgn terpakai sbb terpengaruh dgn kata2 mak.

"Nanti kalau pakai baju tue, kena kurap atau panau sebab orang yang dulu guna tue penah kena. Sebab tue dia jual."

Cuak lah bila mak cakap camtue. Huhu..

nn said...

@liz

time tengah sengkek memang best pergi situ. RM10 boleh dapat 3 helai. wah best gilaa! :D

nn said...

@izfanora



most parents memang tak suka kot anak2 beli baju bundle. my parents pun cam tak galakkan. tapi masa diorang muda2 selalu ja diorang beli barang from junksale/carboot sale. haha

tapi apa-apa pun, dengar cakap mak :)

ztie said...

pernah jumpa baju untuk kanak2 rm1 satu. borong 100 semua untuk 10 orang anak2 buah. hehehehe... alhamdulillah baju memang masih bagus. tak rugi langsung membeli :D

Clarky Afif said...

aku suka juga beli brg terpakai, selain murah, dapat juga memelihara alam sekitar.

"a man's trash is another man's treasure" orang kampung aku kata. hihi!

shandye. said...

as much as i love 2nd-hand stuff... susah gle nk cari jeans yg padan.

*groans*

syaftome said...

kalau aku...
aku xde masalah dgn barang bundle nie...
lgpun aku jarang beli pakaian...
pakai yg lama lg jimat...x gitu...haha...

nn said...

@ztie

ok borong 100 extreme gila woh! haih. paling banyak pun pernah borong 9 baju RM30. haha

nn said...

@clarky afif


betul betul betul! hehe

nn said...

@syai


setuju! kengkadang jealous dengan orang lain yang senang jee nak cari jeans. aku selalu ingat aku size 28 padahal sebenarnya size 25 so aku stress sebab most bundles aku pergi banyak jeans size 28 jahh. dabel stended.

nn said...

@syaftome

gituulah ye nampaknya. bundle pun murah. beli baju pun jarang. jimat sangat lah tu ye.

siapa setuju angkat tangan macam saya ;)

humbleyat said...

bundle?..lama sgt tak shopping ni...
jrg membeli sebab takde saiz, so byk buat pakaian sendiri aje..T.T
the best solution...:-)

nn said...

bestnya reti buat baju sendiri!! teringin nak buat cam maxi skirts and dressess kan cam senang kan? tapi tak reti :/

Fina Sophie said...

mana2 pun tak kisah. jnji bersih n lawa n berkenan d hati ;)

anyss said...

Salam,
Ada juga beli tapi rendam 2-3 hari, cuci bersih2...pas tu melaram sakan hu huhu

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

nn said...

@fina sophie

betul betul betul! :)

nn said...

@anyss


haha. kengkadang takut gak nak rendam lama-lama. ada certain baju tak tau pun warna luntur. tau-tau je air dah warna biru. sadis..

CPU LAMA said...

membeli cpu lama dan rosak dengan harga yg menarik...

Bella said...

salam, saya merupakan salah seorang pelajar PraUniversiti.. tujuan sy adlh untuk meminta keizinan dri pihak tuan utk benarkan saya menjadikan bl0g nie sbagai bhn rujukan untuk meny0k0ng dapatan kajian dlm kertas projek sy... jika tidak keberatan, izinkan saya utk menjadikan blog tuan sbgai bhn rujukan saya.. harap tuan sudi utk memberi sy kesempatan ni..terima kasih

Cinonetts said...

i luv bundle and sy jual bundle kanak2.:)

lps beli tu cuci la bersih2..
Insya allah x de pape lah.
baju baru pn klu x cuci bersih x selesa jugakan.
cantik pun cantik dan yg penting rare.... hihi..