Monday, December 20

The Legend of Abraham

Ini cerita lama.

Petang itu, golongan bangsawan tanah gersang itu masing-masing berarak ke rumah berhala. Memang selalunya demikian. Mereka akan pergi ke sana untuk meminta ampun, berdoa dan sebagainya.

Suasana agak sunyi, ritualnya memang demikian.


Sesampainya di rumah berhala, masing-masing terlopong. Ada yang jatuh pengsan. Ada juga yang berbuih mulut.

"Celaka!!!", jerit salah seorang lelaki daripada mereka. Tampak lebih berkuasa berbanding yang lain. Dengan berbaju tenunan sutera mahal serta lilitan bulu rakun pada lehernya, memang nyata beliau orang yang lebih kaya dari bangsawan lain.


Kembali kepada jeritan tadi. "Siapa yang lakukan semua ini?!!!!", lelaki tadi kemudiannya menjerit lagi. Mungkin untuk tarik perhatian ramai. Atau nak menunjuk dia sangat bergaya di hadapan awek-awek. Celaka apa.

Namun soalannya tidak terjawab. "Siapa yang lakukan semua ini?!!!!", lagi sekali lelaki tadi menjerit. Soalan yang sama, harkat yang sama.

"Tuanku Nimrod, patik dapat rasakan ini perbuatan Abraham", kata seorang lagi daripada mereka. Gayanya persis seorang penasihat raja. Dan dapat diketahui nama lelaki yang menjerit tadi adalah Nimrod.

"Abraham mana?!!", tengking Nimrod. Nimrod ni memang agak ganas. Setakat singa tu macam lipas je dia buat. Apatah lagi si penasihat. Kelihatan seluarnya sudah basah.

"Abraham anak Pak Terah", jawab penasihat itu ringkas.

"Panggil dia ke sini!!!", tengking Nimrod lagi. Terkencing lagi sekali penasihatnya itu.

Gambar cilok dari Google. 
Jangan klik gambar, nescaya anda nak muntah


Basah seluar Sang Penasihat. Sambil berlari keluar dari rumah berhala itu.

Suasana hening. Kelihatan semua golongan bangsawan bergelimpangan sambil berbuih mulut. Tinggal Nimrod seorang sahaja masih tegap berdiri memerhati berhala terakhir itu.


*      *      *

"Ada apahal Tuanku panggil saya?", sungguh bergaya Abraham menyapa Nimrod.

Terpinga-pinga Nimrod. Sedang asyik dia memerhati berhala terakhir itu tiba-tiba disapa oleh seseorang.

Nimrod tenung dalam-dalam wajah Abraham. "Gua dapat tahu lu ada buat hal dengan rumah berhala ini!!", jerit Nimrod. Asyik nak menjerit. Datang bulan agaknya. Awek-awek tak minat lelaki samseng la Nimrod.

"Ntah", ringkas jawapan Abraham sambil disusuli ketawa kecil.

"Oi celaka!! Kalau lu tak buat apa-apa masakan patung-patung ini boleh hancur?!!!", Nimrod mula naik angin terhadap Abraham. Dia rasa dipermain-main oleh Abraham.

"Ntah la tuanku", masih ringkas walaupun tambah beberapa perkataan jawapan Abraham.

"Bukan gua tak tahu, lu mana pernah nak sembahyang di rumah berhala ini, semua orang negeri ini pergi sembahyang. Jadi gua syak lu memang ada konspirasi menjatuhkan kegemilangan rumah berhala ini!!!!", panjang juga ucapan Nimrod kali ini, masih dalam nada menengking.

"Ntah la tuanku, cuba tuan tanya berhala terakhir itu, saya nampak macam ada kapak tergantung di lehernya", jawap Abraham. Penuh sinis. Buku bertemu ruas. (apsal peribahasa kuar lak ni)

"Oi! ko ingat dia boleh cakap ke? Bukan main ko layar buruk!!!!",


*      *      *

Gua tak perlu tulis penutup dia. Lu orang tahu apa yang dah jadi.

Cuma nak ingatkan Berhala = Idol.

Pernah terfikir kegunaan rancangan televisyen American Idol, Malaysian Idol, ke hape-hape rancangan macam tu?


Kadang kala nampak pemikiran gua sempit dalam pemaknaan Idol tu.. Tapi ada logiknya.


p/s: gua juga ada berhala gua. (gua juga ada idol gua)..... lagi satu gua saja guna nama panggilan dalan bible. Gua tak rasa melanggar hukum. Tapi kalau gua salah sila beritahu.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Pert Doherty juga penulis untuk blog Otak dan Jantung. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label PERT DOHERTY. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Belajar untuk lulus atau untuk masa depan?.

2 comments:

KeCiK said...

Pertamaxxx !!!

Cun la Pert. Epik gila. Dah terang lagi bersuluh. Dah bersuluh dipasangnya pulak spot-light.

Cis, gua ingat tadi entry pasal Sammael Abraham.

:)

humbleyat said...

oh..ingatkan kisah zaman rom td...