Monday, December 20

Lawak: Kerana Pisau Lipat

Salam...

Selamat pagi pengunjung-pengunjung 100penulis...
Semoga anda semua ceria hari ini k...
Kepada yg sedang berduka, bacalah entri ini agar hilang sedikit hiba...
Hehe...

Lawak: Pisau Lipat

Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam hutan akan dihukum.


Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.

"Ayuh cepat! Mengaku aje la, lagi pun sebenarnya saya susah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi, saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Senyap! Masih tiada jawapan daripada para pelajar lain.

"Kerana tidak ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya!" kata senior itu dengan nada yang tegas.

Pelajar-pelajar yang lain semuanya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.

Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL!!! Cepat keluar!!!"

Sumber: Mastika/ April 2010

Moral daripada cerita ini: "Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris"

5 comments:

Fynn said...

HAHAHAHHA...bongek punya XD
pisau lipat mat salleh tu~

Aida Ismail said...
This comment has been removed by the author.
KeCiK said...

Kahkahkah! My tummy exploded due to excessive laughing.

Ok la tu, mana la tau senior tu buat kering buat lawak tengah hutan.

Stainless Steel !!!

Cis, gua masih terkekeh-kekeh sambil menitis air mata. You made my day mate. Virtual high five dari gua.

:)

humbleyat said...

lor..LOL..sape yerk stainless steel tu..ha2
klu ada jugak yang mengaku stainless steel tu mmg tabik spring :-)

shandye. said...

musti ada budak2 yg guna nama blog dia stainless steel tu...

tanak ngaku lak.

ahaks...