Friday, December 24

Kudaku Di Luar


Bak kata pepatah, cegah sebelum parah. Jadi, sebagai langkah pencegahan, aku nak meminta maaf, susun sepuluh jari terlebih dahulu sebelum mata dan telinga pembaca 100Penulis diserang oleh unsur-unsur 18SX dalam visual dan lirik video dibawah ini. Kepada pembaca yang tak suka atau sensitif dengan video dan lawak sebegini, tolong hiraukan entri kali ini.





Untuk pengetahuan pembaca sekalian, video Horse Outside oleh kumpulan hip-hop/lawak bodoh, RubberBandits ini merupakan sebuah video yang mencapai tahap viral di YouTube baru-baru ini. Dalam masa seminggu saja, video ini telah mencapai lebih 2 juta jumlah hit dan pada ketika ini dah mula mencecah angka 4 juta. Bukan takat itu sahaja. Lagu Horse Outside juga telah mencapai takuk pertama dalam carta muzik iTunes di Ireland. Satu pencapaian yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

Tapi, kenapa video ini popular sangat? Nak kata lagu diorang sedap, taklah sedap mana. Nak kata video diorang best pun, banyak lagi yang best. Nak kata ahli-ahli kumpulan ini hensem atau comel pun, tak boleh nak kata pasal identiti mereka disembunyikan dibawah plastik beg supermarket-supermarket terkemuka. Jadi, apa sebab dia?

Pada aku, video ini popular sangat kerana mesej yang disampaikan oleh lagu ini. Walaupun penyampaiannya boleh dikaegorikan sebagai kasar, agak nyata yang kumpulan ini menolak gaya hidup masakini yang terlampau materialistik dan pada masa yang sama, mempersendakan golongan yang mengamalkan gaya hidup sebegini.

.
Jadi, walaupun video ini menggunakan sebuah perkahwinan di kawasan kampung di Ireland, temanya tetap sama dimana-mana pelusuk dunia sekali pun...
..and f@#k your Mitsubishi, I've a horse outside!

Apa pandangan anda pula...?

Mengenai Penulis Entri Ini :
Chip juga penulis untuk blog Hikayat Skuter Hijau.... Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Chip. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Vespa PX: In 16 Colours.

15 comments:

therosputih said...

haha...aku ingatkan apa lah yang kuda di luar td tuh...

ztie said...

tak dpt tengokla.. :( ada link lain tak?

r.k said...

segala benda dah nak kena bayar , air yang datang dari langit tu pun makin lama makin mahal mate .

KeCiK said...

Dude, I just love classic hiphop. Dah macam Hollywood Undead lah pakai-pakai topeng ni.

Yeah, being materialistic is annoying to me. Ok la diorang ada kuda kat luar, gua apa ada?

:)

Chip said...

A'ah kuda. Dekat Ireland nie memang banyak kuda. Tengah-tengah bandar pun ada lagi orang naik kuda.

Chip said...

@ztie: Alamak...tak keluar eh video dia? Cuba try click dekat link dekat nama RubberBandits tu. Dekat website diorang komfem ada video nie. Tak pun...masuk YouTube dan search "Horse Outside". Komfem #1 kat situ punya.

Chip said...

@r.k: Air ye? Dan lu punya point dalam konteks video nie ialah...?

Chip said...

@Kecik: Hollywood Undead eh? Aku teringat Slipknot tapi, minat aku lebih ke arah tu...

Kuda dekat Ireland nie bukan tunggangan orang kaya-raya je. Ramai orang kampung dan petani/peladang naik kuda je hari-hari jadi, kira cool lah kot sebagai perumpaan untuk kenderaan pilihan golongan marhaen. Kalau kau datang Ireland, jom kita naik kuda...ahaks!

KeCiK said...

@Chip

Since Rubberbandits pon hiphop jugak, so gua terus ingat Hollywood Undead, same genre. Diorang pon vulgar jugak.

Slipknot those days bloody-extreme. Gaduh atas stage, for real. Bakar member sendiri, stage dive from high places etc. Sekarang siap ada stunt team sekali. Haha. Ok la tu, finally they stopped on harming each other.

Kuda the regular transportation? For real? Pewitttt !!! Best woi !!!

shandye. said...

menaiki kuda boleh menjimatkan penggunaan petrol.

oh, silalah bawa beg plastik sendiri ketika membeli belah. boleh resaikel.

ok ok... komen sedikit off-topik, tapi tk mengapa kan?

r.k said...

chip : the point is , semua pentingkan kewangan , keduniaan even benda yang free dari tuhan pun harga MAKIN naik . materialistic sucks .

money is not THAT important . sepatutnya .. XD

puteri_kebayan said...

hihihii...ingatkan entry ni bercerita ttg kuda...
bajet tarian kuda kepang ke..

Chip said...

Pada semua...mintak maaf pasal lambat reply. Sibuk pulak dia-tiga menjak nie.

@shandye: Takpe off-topic sikit aje. Lagipun dekat Malaysia tu gejala beg plastik dah terlampau terok sangat. Eloklah kerajaan bawak masuk caj untuk pakai beg plastik. Kalau nak galakkan rakyat, sampai bila pun orang takkan nak mula recycle tapi bila dah kene hentam poket, cepat aje orang sedar.

Chip said...

@r.k.: Penggunaan duit dengan materialisme dua benda yang berbeza. Aku tak kisah kalau duit nak digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asasi dan 2-3 barang mewah untuk syok sendiri. Walaupun air turun free dari langit, segala paip, saluran dan empangan nak kene bayar.

Tapi bila kebendaan (materialisme) diutamakan (orang berlagak dengan harta dan kepunyaan duniawi diorang), itu yang bahaya tu. Itulah mesej video nie walaupun tak semanis mana penyampaiannya.

humbleyat said...

tak snagka plastik boleh jadi topeng?T.T kreatif la..