Thursday, December 2

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Sempena kedatangan tahun baru Hijrah, dan tahun baru Masihi, dan juga sambutan Hari Aku Menjadi Semakin Tua (Ulang tahun Kelahiran) pada Januari 19, (jangan lupa sediakan kek keju yang BESAU punya...dengan hadiah yang BESAU gilerrr jugak...lilin aku bawa sendiri hu hu hu) maka dengan ini aku dengan bangganya membuat pemasyuran bahawa aku akan adakan Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.

Ini dia banner yang tak lawak langsung;)




Syarat-syaratnya;
  1. Tulis satu cerita lawak yang benar-benar lawak; boleh buatkan aku ketawa sampai jatuh kerusi, di entri masing-masing. (Peringatan: LAWAK ya...bukan LUCAH!)
  2. Lekatkan logo Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia di annieyss@blogspot di si debar blog anda dan linkkan ke entri ini. Logo ini perlu dilekatkan sehingga keputusan pemenang diumumkan.
  3. Tinggalkan komen penyertaan anda di bahagian komen blog saya (entri tentang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia) dengan menyertakan link entri cerita lawak bagi kontes ini di blog anda.
  4. Sertakan juga link blog yang menyarankan anda ikuti kontes ini (jika ada). Jika link blog anda didapati mendapat bilangan terbanyak, anda layak mendapat hadiah misteri. Hanya satu hadiah misteri sahaja akan terpilih. Sekiranya anda tidak menyertai kontest ini, tetapi blog anda tersenarai sebagai penyumbang link terbanyak, anda tidak layak untuk mendapat hadiah misteri tersebut. Hadiah akan diberikan kepada blog yang mendapat bilangan link kedua terbanyak.

Hadiah:
Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan cerita paling lawak mengikut pertimbangan para hakim.
Satu Hadiah Misteri untuk penyumbang link paling banyak (berdasarkan berapa banyak link diberikan peserta lain yang mengetahui kontes ini dari blog anda).
Semua hadiah (termasuk hadiah misteri) adalah berbentuk kerongsang mutiara (aku beli di Sabah) seperti contoh di bawah;




Setiap satunya berharga antara RM45-RM60 (harga orang Semenanjung yang beli, bah! Bukan orang Sabah ya...Orang Sabah beli akan dapat lebih murah berganda dari itu...)

Keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Kontes ini bermula 1hb Disember 2010 hingga 31hb Januari 2011.

Selamat berusaha. Mana tahu ini kontes aku yang pertama dan terakhir ;)




Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga .

13 comments:

Azza Zahra. said...

Januari 19 lambat lagik,
Nk wish skg boleh?? Hee
Tunggular. Wahh contest!
Dah lama tak join contest (:

afifaa. said...

wohhoo. tak pandai nak berlawak ni. heehee. tapi nak keronsang tu boleh? :P

KeCiK said...

Aiseyman and woman, hadiah kerongsang plak...macam mana nak pakai.

eiffel said...

kte nk join bole?muahahhaaa

Fina Sophie said...

saya ada entri kot yang bleh dipertandingkan (ewah hahaha) tp tp tp sy sndiri dr sabah.. n tak minat keringsang sgt :P

anyss said...

Azza Zahra: Jom join kontes hu hu hu ...wish dengan kek skali la ;)

anyss said...

afifaa: Hu hu hu boleh...kena jadi adik ipaQ dulu la

----> suka2 meriahkan dunia blogging je kontes2 ni ;)

anyss said...

KeCik: untuk kekasih hati, kanda hu hu hu

anyss said...

eiffel: Join! jangan tak join! ajak kawan2 dan sedara mara reramai... ;)

anyss said...

Fina: Apa salahnya join...kalau Fina yang menang, saya cari hadiah lainlah nampak gayanya tapi tak pastilah pula harganya sama macam tu ke idaknyeeee ;)

humbleyat said...

alamak..bab2 nak wat anyss jatuh kerusi..susah tu hehe..

tp kerongsang mutiara tu menrik!;)
entri terkini:Nostalgia Kelahiran

anyss said...

Humbleyat: jangan potong kaki kerusi dah lah ye ;)

alaaaa ada masa cerita tu tak lawak bagi kita tapi lawak bagi orang lain...

Mak Su said...

wah! minat jugak ni.... :)