
Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya.
OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak,
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi,
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.
Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,
13 comments:
thanks.. Nice post..:)
Yup, kadang2 memang kita rasa diri kita kurang bernilai,hanye orang yg menyayangi kita yang akan bersama2 ketika susah dan senang.
semua ni terpulang dekat diri sendiri juga nak hargai diri kita kan? kalau kita tak hargai diri kita, orang lain takkan respect kita...
Latest entry: 2007/2010.
ayat last tu.. 'Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,
hanya iman dan takwa yang membezakan kita.'
pada padangan-Nya sama. jadik jgn pulak kita duk bandingkan iman kita dgn orang lain. manusia ni pelik2. kadang2 orang rase dia lagi beriman dr orang lain
kalau dah terkoyak lebih sangat, kena bawak ke bank negara untuk tukarkan dengan yang sama nilai. hehe..
sama juga dengan kita, kalau sudah berbuat sesuatu dosa, bertaubatlah.. nilai tak berubah..
nice sharing!
As'salam...
semuanya terpulang pada diri sendiri...
perumpamaan yang baik :D
last-last , sapa yang dapat 100 tu ?
kalau tiada nilai kita hidup , apa guna kita ada di muka bumi ? sedangkan tumbuh-tumbuhan punmemberi manfaat secara langsung mahupun tidak langsung . :)
serius sweet sangat entry ni.. betul2 ada makna yang mendalam..
psst.. Tragedi Pintu Bilik 1*1
lol r.k. mata duitan ni
tapi betul gak. sape2 dapat duit tu tak? ke sekadar gimik dan janji palsu sorang speaker? hehe
err, sy lah yg dpt duit 100 tuuu,
hahahaa :PP
wah..beznya..thanks for sharing...
nice sharing...
New entry: A Love To Kill
love yourself first before starting to love others.
itu motto hidup aku.
Post a Comment