Monday, December 27

Kita Bercakap Tapi Tidak Pernah Mendengar


Semua orang petah bercakap, sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan orang lain, tanpa ambil peduli hati dan perasaan orang lain. Tapi tahukah anda, tahukah kita, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik, yang memahami kehendak dan keperluan orang lain. Tanya diri anda, "Adakah aku seorang pendengar yang baik?" Fikir dahulu sebelum menjurus kepada sebarang jawapan. Renung kembali kepada segala tingkah laku anda sebelum ini. Adakah pernah kita melakukan perkara yang sepatutnya ketika berkomunikasi? Kerna pasti, komunikasi mempunyai dua saluran. Satu saluran untuk bercakap dan satu lagi adalah untuk mendengar. Ada tikanya kedua-dua saluran ini tidak digunapakai dengan efektif, sudah pasti komunikasi itu tidak akan berkesan.

Tuhan jadikan kita dengan satu mulut, vokal suara dengan dua telinga, saluran terima semestinya dengan pelbagai makna. Dalam hal ini, pasti ramai yang sudah berjaya mentafsir ciptaan yang sangat berguna ini. Dalam kehidupan manusia. Apa-apapun ia membawa erti bahawa kita perlu banyakkan mendengar daripada bercakap. Tapi konsep mendengar di sini bukan hanya dengan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ianya lebih ke arah memahami erti dan mesej yang hendak disampaikan. Termasuklah raut wajah dan body language yang membawa seribu makna.



Jadi, bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang berkesan;
1. Kita mendengar dengan telinga.
Sudah semestinya, kita mendengar dengan telinga. Tapi, bukan hanya dengan mendengar begitu sahaja. Untuk menjadikan ia berkesan, kita semestinya mendengar dengan teliti dan faham isi kandungan yang hendak disampaikan. Untuk itu, ketika berlakunya komunikasi, elakkan gangguan daripada semua faktor. Termasuk panggilan masuk dan mesej yang baru sampai di telefon. Minit mesyuarat yang sudah lama tertunggak. Dan juga apabila terdapatnya pertemuan perniagaan dengan orang yang sangat penting. Tinggalkan semua itu untuk seketika dan tumpukan perhatian kepada orang yang sedang bercakap.

2. Kita mendengar dengan mulut.
Apa dia? Mendengar dengan mulut? Bagaimana pulak nie? Mudah. Kita mendengar dengan memberi pendapat dan kritikan membina kepada yang bercakap. Bila mereka membuat pembentangan, berikan komen. Tanya soalan. Ini menunjukkan bahawa kita fokus, memberi perhatian apabila mereka bercakap. Dan secara tidak langsung, ini meningkatkan moral mereka dan mereka akan rasa dihargai.

3. Kita mendengar dengan mata.
Menurut kajian, lebih kurang 75% mesej yang disampaikan ketika kita bercakap adalah melalui body language, termasuk gerak geri tangan dan raut wajah. Jadi, adalah penting untuk kita memerhati mesej yang tersirat ini. Kerna ada kalanya, mereka menyatakan mereka gembira tetapi raut wajah menunjukkan sebaliknya. Dan ada ketikanya, intonasi juga memainkan peranan dalam mesej yang disampaikan. Dengan intonasi sahaja, kita akan tahu mood seseorang itu. Mata juga penting dalam komunikasi kerana eye contact yang berkesan menunjukkan kita mengambil berat. Dan melalui hubungan unik ini juga, kita akan dapat tahu sama ada mereka berbohong atau tidak. 

4. Kita mendengar dengan hati.
Hati juga penting dalam komunikasi. Tanpa hati yang ikhlas untuk mendengar, mesej yang disampaikan tidak mungkin akan dapat diterima. Untuk itu, adalah penting  untuk kita memahami perasaan orang yang sedang bercakap. Mudah. Berikan tepukan gemuruh setelah mereka memberi ucapan. Dan kalau mereka berasa sedih, rasai kesedihan mereka. Be in their shoes. Kerna pasti suatu hari nanti, jika perkara yang sama berlaku kepada anda, anda tahu ada seseorang yang akan mendengar cerita anda.

Secara kesimpulan, kemahiran mendengar sangat penting dalam apa jua bentuk komunikasi, baik dalam kehidupan berkeluarga ataupun bagi mereka yang sedang hangat dilamun cinta. Dan kita berkomunikasi sepanjang masa, oleh itu adalah penting untuk mendengar. Maka, gunakan ia dengan cermat dan berkesan.

syaftome
"Adakah aku seorang pendengar yang baik?"


Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Three Stages of Learning.

8 comments:

therosputih said...

kita mendengar bukan sekadar melalui telinga tetapi lebih dari tu...susah nak jadi pendengar yang baik...

giveaway domain by khaizarien.com

r.k said...

sometimes , when we know we are not a good listener , better warn 'em first . " I'm not a good listener "

ni post ghua yang berkaitan dengan 'nasihat' dan mungkin berkaitan dengan entri ini - link

Fyzal said...

bila kita byk mendengar, baru kita byk ilmu, bila byk ilmu baru kita bercakap.

sama seperti menulis. sebelum boleh menulis dengan baik, mesti byk membaca terlebih dahulu :)

syaftome said...

therosputih: memang susah nak jd pendengar yang baik...tp kalau dengan latihan dan usaha...pasti akan dpt menguasainya...

r.k: bleh warn tue bro...tp jgn jdkan itu sbg alasan...berusaha bersungguh2 utk mendengar...dan paham...

fyzal: memang betol sgt lah tue...membaca amat penting utk menulis dan juga utk mendengar...

KeCiK said...

"Untuk itu, adalah penting untuk kita memahami perasaan orang yang sedang bercakap. Mudah. Berikan tepukan gemuruh setelah mereka memberi ucapan..."

Nicely written brader. Gua hadiahkan tepukan gemuruh untuk entri ni. So-called-virtual-punya-standing-ovation.

Listen with wisdom. Nice!

syaftome said...

thank you...haha...

"grin with a big smile..."

Fina Sophie said...

ehemm. sorry ye betulkan. kita bercakap tp bukan tak pernah mendengar, tapi maybe kadang-kadang terlupa untuk mendengar. it depends. okey? :)

no hasty conclusion. sbb bkn smua orang adalah gud listener, dan juga kena ingat, bukan smua orang a bad listener :)

i like your points.

humbleyat said...

sometimes we need one way communication and some other times two way communication..:-)

yg penting setia mendengar walaupun kita tak faham..(tp of course kita nak org fhm kan?) hehe