Thursday, December 16

Kisah Hantu Lagenda Warisan Berzaman


Dulu, masa sekolah menengah, duduk hostel. Faham2 la kalau dah hostel tu, mesti macam2 ceita seram ada. Paling best, cerita seram macam2 versi. Ada yang ditambah dengan gula supaya cerita lebih manis, tak kurang juga tambah dengan garam, supaya cerita lebih seram!

Biasanya, kalau bab tahyul mahyul ni, confirm2 la orang Melayu. So, hantu pun sahih la hantu Melayu. So, kat sini, saya nak share beberapa kisah hantu yang saya kutip sepanjang 5 tahun saya duduk di sekolah yang sama. 

1. Hantu clown dan kasut

 

Sebelum tidur, kitorang kena susun kasut, kalau tak susun, nanti ada la yang tolong susun. Hah! Kan bagus kalau ada insan yang rajin yang tolong susun? Ini insan bukan sebarang insan. Insan ni, insan special, tak boleh nampak guna mata kasar. Style dia kacau macam ni~........ 

Dalam area 2 ke 3 pagi, mesti semua orang tidur nyenyak kan. Tapi, malam tu, pasti ada yang tak boleh tidur. Dalam dia usaha nak tidur tu, tiba2... dengar bunyi kasut kat luar. Drap.. drap.. (bunyi tapak kasut la). Lepas tu, dengar bunyi orang susun kasut kat rak. Masa tu, confirm la tarik selimut sampai ke kepala sampai takde udara yang berhak masuk.

Tiba2... dengar bunyi orang mengira.."Katil 1 dah tidur... katil 2 dah tidur... katil 3 dah tidur.. katil 4... ha!! pura2 tidur ek?!!"

Hahaha! Bila kira2 balik, hah kau! Memang sahih katil budak tak boleh lelap tu katil nombor 4! Dalam takut2 tu, dia pun buka selimut dia sikit2, tengok2 kat sebelah dia, ada sorang badut betul2 mengadap dia sambil tersengih dengan gigi taring and mata merah macam nak makan dia!

Apa jadi pada budak tu? Wallahualam~ Pengajarannya: Jangan lupa susun kasut, cepat2 tidur supaya boleh elak fenomena tak boleh tidur malam, kalau rasa something, teruskan berselubung, jangan gatai nak buka2 konon hero nak pergi terjah! 

2. Hantu Pocong ikut Solat

Masa kat sekolah dulu, memang wajib solat kat surau. Say no to sodorm (solat dalam dorm). Tapi, biasalah spesies degil keras kepala batu bata tu, konon nak pergi prep malam awal, sebab ada tuisyen. Padahal nak bergayut kat Public Phone dengan pakwe.

So, sebab tak nak berebut2 dengan junior yang confirm nangis2 call mak, dia pun amek la inisiatif sodorm, tapi bukan dorm sendiri, tapi dorm sebelah. Kalau solat dalam dorm sendiri, comfirm nama naik kat PERSADA, habis la markah dimerit. So, better solat kat dorm sebelah, sebab dorm sebelah tu bilik sakit, so memang kosong la.

Dalam dia solat tu, tiba2 dia perasan ada 1 benda putih kat sebelah dia. Tapi dia buat bodoh je. Dalam rakaat pertama tu, benda tu ikut je apa dia buat. Masuk rakaat kedua, benda tu guling2 depan dia. Tapi dia buat dek je. Hebat semangat minah ni. Masuk rakaat ketiga, benda tu main cak cak plak dengan dia. Tapi dia teruskan solat.

Masuk je rakat keempat, tahiyat akhir tu, benda tu duduk depan dia tak gerak2 da. Bila dia bagi salam, pelan2 benda tu senyum dengan dia dan budak tu terus pengsan, esoknya baru jumpa.

Hehe~ pengajarannya, bukankah solat jemaah lebih elok berbending solat sorang2? 

3. Hantu Jepun berkawad tanpa kepala

Tahun tu nak exam besar, so kena stay up pun secara besar2 la. Satu malam tu, dia nak pergi toilet. Masa tu, macam biasa macam cerita2 lain, mesti dia sorang2 yang stay up. Nak sedapkan cerita, kedudukan dorm yang dia lepak tu berdepan padang sekolah.

On da way nak pergi toilet, tiba2 dengar bunyi bising2, dan bila dia berpaling ke padang, dia terlopong sambil mata terbuntang! Mak aih! Tentera2 Jepun berkawad tapi takde kepala! Tiba2, tentera Jepun tu berhenti kawad, dan tiba2 juga tentera2 Jepun tu acukan senapang kat budak tu!

Saya rasa budak tu pengsan. Pengajaran: Lain kali spare senapang, kalau diorang tembak, tembak diorang balik, mesti diorang lari.

4. Flash back

Ini bukan flash back yang macam dalam filem2 tu, tambah2 lagi filem 2 Alam yang dikatakan hampir beribu raban ada flash back tu. No! No! Say no to 2 Alam! Dr Rozmey telah mengecewakan saya.

Flash back yang ini versi lain. Awal2 kami dah diberi warning, kalau riadah petang2 tu, agak2 la nak bising, jangan terlalu lagha, nanti ada yang 'kena' malam tu. Kalau nak cakap pasal flash back ni, dah terlalu ramai yang kena. Malam2 tu, tengah2 study, tiba2 dengar bising2 kat luar. Bila intai tingkap, takde apa2 pun.

Lepas tu dengar lagi bising2, tiba2 macam terdengar suara sendiri tengah jerit2 kat member. Persis kejadian siang tadi. Hah! Sah la tu korang ter'kena' flash back. Oleh itu, cara terbaik, tutup lampu, tidur!

Pengajarannya: Jangan buat bising, nanti bukan warden je marah, hantu pun marah!

5. Kisah Budak Alim

Tak tau nak letak tajuk apa. Ceritanya begini, tersebutlah alkisah di mana zaman 80an dulu, ada seorang budak alim yang sangat rajin ke surau pada waktu malam untuk bersolat tahajud. Adapaun begitu, dia ke sana hanya seorang diri saja, tanpa ditemani sesiapa.

1 malam yang hening, dia rasa tak sedap hati. Tapi dia endahkan bisikan Syaitonirrajim tu. Macam biasa, dia ke surau. Masa on da way, tak habis2 angin asyik tampar2 muka dia je. Sejuknya sampai ke tulang belikat!

Sampai je di surau, dia pun amek la wuduk. Buka je paip 1st, keluar air warna merah. MasyaAllah! Darah! Buka paip ke-2 pun sama, sampai la paip ke-7, barulah jumpa air jernih. Selesai berwuduk, dia pun masuk la ke surau. Lampu dibuka dan..

MasyaAllah! Banyaknya mayat bergelimpangan! Satu surau penuh dengan mayat je! Disebabkan dia ni budak alim berjiwa kental, dia pun tarik la satu2 mayat tu ke tepi, paling tak pun, kasi ruang untuk dia bersolat. Dah habis solat, dia tengok mayat2 tu dah hilang. Dan dia pun senyum. Yes! Akhirnya syaitan telah kalah!

Pengajaran: Cekalkan iman anda, dengan iman saja kita mampu melawan makhluk laknat tu.

Cukup kot. Tak termampu nak menaip dah. Tapi perasan tak, semua cerita2 hantu kat atas ni, kau tanya la mana2 asrama, confirm semua cakap pernah dengar! Maknanya, nampak sangat kita ditipu secara bulat2 bukan bujur dan petak2 mahupun segi 3! Cerita2 ni bukan berasal dari 1 tempat je, mana2 pun ada.

Kesimpulannya, 5 tahun saya di asrama, 5 tahun saya kena kencing dengan cerita2 ni! Ceh! Sangat tak kreatif, mencedok idea orang lain untuk takut2 kan junior. Jadi, adik2 yang bakal ke asrama tu, usah kau terpedaya dengan tipu helah senior kau! Tapi kalau terkena batang hidung sendiri tu, jangan salahkan akak ya dik hehe~


Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kerabu Epal Hijau by Chef Dya Adriza.

10 comments:

r.k said...

tapi buat adik-adik yang nak ke asrama , better sediakan senapang spare . tembak balik hantu jepun .

ghua hantu yang lain ghua boleh kawtim , buat-buat kental . tapi hantu dok lepak kat tangga memang ghua givap . ghua sanggup turun naik tangga lelap mata . XD

nn said...

tak pernah nampak hantu and tak ingin nak tengok. tapi pernah ada kat tempat kejadian. seram duuu -_-


Latest entry: 1007/2010.

dya adriza said...

r.k:

haha! saya suka pesanan itu!

uiks.. hantu apakah yg anda maksudkan??

dya adriza said...

nn:

wah! macam menarik. biasanya kalau ada kat tempat kejadian, kena la lalui sama, amek pengalaman hehe~

afifaa. said...

hahhaa. macam klaka je baca,
tapi takut sebenarnya dengan benda ni.

mintak jauh. amiinn.

dya adriza said...

afifaa:

hehe.. kelakar ek. yup..tu la, iman kena kuat klu jumpa bnda2 ni, klu x, kita yg teruk kena dgn benda2 tu huhu..

KeCiK said...

Cis, gua terbaca entri ni pukul 2 pagi.

Teringat clown tu teringat cerita IT. Cerita hantu sarkis yang makan budak.

:)

humbleyat said...

haha..semalam nak baca entri ni..terbantut sebab dah tengah malam...

P/s:baru2 ni nampak sesuatu yg ganjil di lebuhraya karak..weeee

zahidah dihaz said...

perkara biasakan kalau duduk asrama ataupun mana-mana sekolah, mesti ada cerita macam tu...

New entry: A Love To Kill

shandye. said...

masa skolah kat penang free dulu selalu gak dengar senior2 cter hantu mcm ni.

huhu...

thankfully so far tak penah terkena la...

mintak2 dijauhkan...