Thursday, December 23

"Kerana senyum itu kan sedekah"


“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Dulu selalu sangat dengar, kata Ma "kita jangan kedekut dengan orang, sebab nanti Allah bagi lebih lagi untuk kita". Kecik kecik dulu selalu sangat tengok orang datang ketuk pintu rumah, dengan bawa surat apa entah minta derma, katanya untuk derma buat Masjid baru. Ma hulurkan duit, walau tak banyak yang penting ikhlas, niatkan kerana Allah. Mana la kita tahu kan derma dan sedekah itu apa ketika masih hingusan. Dapat gula-gula pun sayang nak kongsi walaupun dengan adik sendiri. Gila kedekut. Bukan kedekut cuma sayang, tak mahu habis, katanya mahu simpan. 

1. Di dalam surah Al-Baqarah, banyak Allah terangkan perihal mengenai derma. Di mana telah Allah tekankan bahawa, sedekah atau derma yang kita niatkan kepada jalanNya dijanjikan pahala berlipat kali ganda. InshaAllah.


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

2. Janganlah sekiranya kita menolak derma yang datang dengan cara kasar. Allah mengingatkan hambaNya  supaya menolak perminta-peminta sedekah dengan perkataan yang baik disertakan dengan doa moga diampunkan dosa mereka. Pernah suatu ketika, terpandang dimana seorang pak cik menolak permintaan seorang kanak-kanak yang datang untuk meminta derma dengan perkataan kasar, malah ditunjukkan pula dengan riak muka yang tidak selesa dengan kehadiran kanak-kanak tersebut. Apa agaknya perasaan kita sekiranya kanak-kanak tersebut adalah kita? 

Walau apa pun, kita berhak untuk lebih berhati-hati ditambah pula dengan sindiket meminta derma dan sedekah yang kini makin berleluasa. Pengalaman peribadi berlaku berberapa tahun yang lepas, yang mana sekumpulan kanak-kanak berkeliaran di sebuah bandar, dan mereka berpecah untuk meminta duit dengan menjual keratan surah ayat kursi. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki lalu meminta agar dibeli keratan tersebut. Ditolak dengan cara yang baik, tapi dibalas dengan perbuatan yang amat menakutkan. Mahunya kanak-kanak tersebut mengangkat tangan dan membaling selipar nya. Nasib masa tu bersama dengan aunty. *tarik nafas sekajap*


Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah 2:263) 


3. Dan eloklah sekiranya, derma yang kita berikan tidak pula kita bangkitkan. Mungkin banyak contoh yang kita boleh ambil dari situasi bangkit-membangkit. Contohnya dengan perkataan "Tahun lepas kan aku dah bagi seringgit". Malah kalau kita selalu perhatikan, seringkali kita melihat perbuatan menderma menimbulkan perasaan riak kepada mereka yang tidak dapat mengikhlaskan diri kerana Allah. Perasaan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang ramai walaupun ianya hanya terdetik di dalam hati "tengok ni, aku tengah menderma", atau mungkin juga "kau derma berapa tadi? aku derma RM50". Jauhilah perasaan membangkit dan riak kerana mereka yang berperasaan demikian maka berkuranglah pahala amal mereka. Seperti diterangkan di dalam ayat di bawah:


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:264)

4.  Jika dilihat dan difahami di dalam ayat 271, surah Al-Baqarah, sebenarnya tidak ada salahnya sekiranya derma dan sedekah yang kita lakukan dibuat secara terangan-terangan tetapi hanyalah untuk tujuan menjadi contoh seterusnya mengajak mereka yang lain untuk beramal bersama (bukan atas niat menunjuk-nunjuk). Sekiranya disembunyikan sedekah yang diberi, maka itu sebenarnya adalah lebih baik sesungguhnya ia dapat mengelakkan rasa riak di dalam diri seterusnya menghapuskan diri dari sebahagian kesalahan yang pernah dilakukan. InshaAllah.


Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:271

p/s : kalau tak mampu nak bagi banyak, sedikit pun cukup. kalau sedikit pun tidak mampu, maka berikanlah senyuman yang termanis pernah anda ada. Kerana senyum itu kan sedekah =) selamat beramal!


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog Antara Mimpi & Realiti. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah DOA AISHA.

7 comments:

afifaa. said...

senyum itu sedekah :)

ztie said...

aiseh.. Main baling selipar.. Dah baling ke belom? Nasib takde ape...

KeCiK said...

Agak-agak masa dalam masjid time tabung masjid tengah passing-passing tu boleh sedekah senyuman tak? Bila sampai je depan kita, kita senyum.

Better give than nothing. Apa la sangat duit tu. For now, financially kita mungkin lagi ok dari orang lain. So beringat lah.

Super-detail lah ini entry.

:)

shandye. said...

kalau tak mampu, buat cara tak mampu. tak gitu?

apa2pun yg penting hati maw ikhlas.

i do admit aku jarang gle bg sedekah kalau didatangi org masa tgh makan atau lepak kat kedai makan. bukan apa... tak selesa la. tgh2 syok bukak cter itu ini dgn kawan2, tetibe ada org potong stim..

but nonetheless... aku seluk gak poket n bg singgit ke ape ke. ape la sangat kan??

Fina Sophie said...

renung2kan ;)

humbleyat said...

tak rugi bersedekah kan...
and senyum itu juga terbaik jika disertai sedekah wang..:-)
nampaklah keikhlasannya..

Wo3l4n_moon said...

sedekah itu ada manfaatnya amin ^_*