Thursday, December 30

Kenapa hero mesti dengan heroin?

Powered by BannerFans.com

Assalamualaikum.
Sepanjang cuti ni saya menghabiskan masa dengan menonton drama-drama korea. Agak banyaklah jugak drama yang sudah saya tonton. Antaranya IRIS, You're Beautiful, My Girlfriend is Gumiho, Playful Kiss, We Got Married (Reality Show) - Sweet Potato, Hero, A Love To Kill dan sekarang ni saya tengah menonton Shining Inherited, Secret Garden (OneTV) dan Mary Stayed Out All Night (KBS).


Saya memang hantu cerita korea. Dulu saya minat tengok drama Jepun. Tapi sejak selepas menonton drama My Girl, Princess Hour, Prince Hour, Boy Before Flower dan banyak lagi, saya terus berminat dengan drama korea. Kalau dulu saya minat nak belajar bahasa jepun, sekarang ni saya tambah minat nak belajar bahasa korea.

Saya yakin ramai yang akan sukakan hero dalam cerita tersebut. Tapi saya selalunya akan minat dengan second hero. Bukan heronya. Pelik? Aneh? Itulah yang selalu kawan-kawan kata dekat saya. Untuk cerita You're Beautiful dan Playful Kiss saya minat hero dia. Mary Stayed Out All Night, saya tak tahu lagi siapa hero dia. Tapi saya harap agar Jang Geun Suk hero untuk cerita ni. Ending nanti mesti Mary akan berkahwin dengan Kang Moo Kyul.

Saya sudah jatuh cinta sama Jang Geun Suk sejak menonton You're Beautiful. Walaupun sebelum ni saya pernah menonton filem lakonan beliau iaitu Baby And Me, tapi saya jatuh hati selepas menonton You're Beautiful. Suara dia sedap kalau menyanyi. Dalam cerita Mary Stayed Out All Night pun dia menyanyi jugak. Tapi dalam cerita Beethoven Virus dia main trumpet. Bestnya.

Melalut pasal Jang Geun Suk pulak. Sambung balik topik kita pasal hero dan heroin. Saya masih tak puas hati sebab semua cerita pastinya heroin akan dengan hero. Boleh tak kalau buat cerita heroin dengan second hero? Macam sekarang saya tengah menonton Shining Inherited. Rasanya dah boleh agak endingnya nanti mesti Eun Sang dengan Woo Hwan.

Soalan untuk kawan-kawan semua, pernah tak korang menonton drama atau filem yang endingnya heroin dengan second hero? Kalau ada tolong bagitau saya. Saya nak menonton cerita itu. Tujuan post entry ini adalah sebagai tanda protes sebab saya selalu minat second hero ^_^

Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pencarian visitor ke 3906.

11 comments:

TiMmiE said...

same la. kte pun most of the time nak second hero ngn heroin. baru la ad twist sket cite tu..kte penah tgok cite sunshine ape tah yg song hye gyo belakon.hero die xtau nama. finally die pilih 2nd hero yg xensem.hehe..i like~

p/s: mn u dpt cite2 tu sume? download sniri ke? huu..jeles. :P

.b.e.d.d.y. said...

setuju dgn awak! lagi-lagi kalau tengok mary stayed out all night tu, kalau saya jadi mary, saya pilih jung-in. dia bukan ada buat apa-apa benda jahat pun. hensem pun hensem. kaya pun kaya. bijak pun bijak. tak gitu? haha

http://beddythebest.blogspot.com/

chenta said...

macam cite meteor garden tu...i nak heroin dgn second hero..sebab second hero lebih caring!

tapi tak pun..biasa la hero dengan heroin :(

syaftome said...

rasanye xpernah orang buat citer camtue...
mcm pelik jer...
kalau second hero dapat heroin...
apa gunenye ada hero...

kan pelik tue...haha...

ps: drama jepun lg best...
lg bnyk variasi...hehehe...

therosputih said...

byk nya tgk cerita...kagum2...hero mestilah ngan heroin, ater...simpulan bahasa...dan dan je...

tak jumpa lg lah cite heroin ngan second hero...

zahidah dihaz said...

@timmie: tu la pasal...tengah nak cari cerita yang ada heroin dengan second hero ni...
p/s: adik i yang downloadkan cerita tu semua....

@beddy: kalau mary stayed out all night saya nak mary dengan moo kyul sebab saya minat jang geun suk...heehhehe

@chenta: setuju....

@syaftome: tu la pasal...kenapa tak de orang buat eh?

@therosputih: bosan masa cuti tak de buat apa2...lagipun banyak giler cerita yang ada...hehehe....

humbleyat said...

zaman student dulu layan juga korea/japan ni...

sekrg ni tak sempat dah hu2...

Fina Sophie said...

dont really watch korean, but, to be general, kita lebih byk yg suka watak second hero sbb second hero biasanya lbh baik dr hero sbnr kehkehkehhhh

zahidah dihaz said...

@humbleyat: tu la pasal, masa cuti semester dipenuhi dengan menonton drama korea/japan je..

@fina sophie: ye ke? tapi dalam member kitaorang saya sorang je yang selalu minat second hero, kawan-kawan lain minat hero...

anyss said...

Salam,
Oooohhhhh! entri tak puas hati rupanya...ingatkan promosi filem korea hu hu hu hu


Selamat tahun baru

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

ennamaiya said...

tgk la memories in bali..tp tgk cite tu cm xpsti lk mne hero mne 2nd hero..haha