Tuesday, December 21

Kawan kita, kawan partner kita. Kawan partner kita, kawan kita...so...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu lepas chenta tak mengeluarkan entry sebab terlalu sibuk sehingga termissed masa post. Nasib baik minggu ni tiada masa post. So sempat la nak buat entry malam-malam ni. Ini pun takde la ada masa sangat. Jadinya, entry ini adalah copy paste dari blog saya juga.

So topik chenta hari ni ialah mengenai kawan kita, jadi kawan kepada partner kita. Kawan partner kita, jadi kawan kita...

Sambung lagi....



Bila kita sudah berpacaran, eh!Guna ayat berpacaran tu..phewwittt!Hahaha. Ok..ok.. Bila kita sudah berpacaran, jangan tunggu lama-lama kita mesti akan kenal kawan-kawan partner kita. Tak kira la girlfie or boyfie. Kita memang automatik kenal sebab bila kita jauh dari partner kita, kita jarang dating, so dia plak jenis huha..huha, selalu lepak dengan kawan-kawan dia. Bila dia keluar, mesti kita jadi polis pencen kan? Tanya nak pergi mana, dengan siapa, buat apa, berapa lama. Bla bla bla bla! So bila partner kita sebut nama kawan yang dia keluar sama, mesti kita nak tahu sedikit latar belakang kawan dia tu. Keje apa, rumah kat mana, dah kawin ke belum and bla bla bla. Banyak betul la yang kita nak tahu. Jangan kata uols tak buat plak ye! Dan jangan kata perempuan je yang akan soal macam tu sebab lelaki juga akan soal benda yang sama juga pada girlfie dia!Betul ooookkkkkk!Lama-lama bila dia asyik keluar dengan orang yang sama, kita pun dah jadi kenal kawan partner kita tu...

Ok, bagi yang hubungan jarak dekat ni plak. Berdating tu wajib la kan. Tapiii kalau asyik dating berdua je, bosan juga kan? So kadang-kadang ajak la kawan-kawan sekali. Ada tempat-tempat tu, pergi ramai-ramai baru best macam pergi picnic ke, pergi genting ke. Mana-mana jela yang seronok bila ramai-ramai. Nak gelak-gelak pun baru best bila ramai.Hehehehhe

Bila dah kenal-kenal, maybe akan jadi kawan juga kan? So kawan dia , kawan kita juga dan kawan kita, kawan dia juga. Kan??Setuju tak ni? Tak setuju pun setuju la ye. Hahahha.

Puas dah intro, meh kita pergi isi pentingnya...

Bila partner kita boleh terima kawan kita dengan baik. Means dia boleh masuk geng la dengan kawan kita ni. Takde la istilah tak kawan, tak suka, or sebagainya. Hubungan jadi senang la kan. Nak lepak selalu, banyak kali pun tadahal la!

 Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...............

Yang menjadi masalah ialah bila partner kita tak suka partner kawan kita. Paham? Paham tak? Tak paham, i bagi contoh ye. Contoh je tau! Takde kene mengena dengan sesiapa pun. Muktamad!

Ok..

Farhan kawan dengan Razif. Tak tahu la kawan rapat or kawan biasa. Then Farhan couple dengan Nita. Razif couple dengan Maria. So bila Farhan keluar dengan Razif, masing-masing bawa girlfie sekali la. Tapi malangnya Nita tak suka sangat dengan Maria. Begitu juga dengan Maria yang tak sukakan Nita. Mungkin sebab Maria gedik or Nita yang gedik. Farhan and Razif tahu masalah girlfie masing-masing. Jadi diorang dah jadi serba salah kat situ. Kalau diorang lepak sesama, girlfie masing-masing confirm-confirm nak ikut. Tapi bila ikut kang, masing-masing macam cacing kepanasan. Tak senang duduk. Senyum pun nak tak nak je.

Susah plakkan macam ni? Erm..kesian juga kat Farhan and Razif. Jadi serba salah plak. Kalau uols, ape uols buat? I cuma nak tanya je. Tak mustahil benda ni berlaku kan??




Mengenai Penulis Entri Ini :
chenta juga penulis untuk blog Suka Hati Sya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label chenta. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Oreo Cheese Cake yang i buat!Muaaahaaa!.

21 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

tak penah lagi jumpa kes mcm ni
tapi kite percaya ia wujud!

emm.. boyfie si nita n maria perlu mainkan peranan di situ.. tanye apa yg tak kena mungkin.. nasihat skit..

tp sah..sblm nasihat gaduh tong tang tong tang sblm cari jalan penyelesaian..

Anisa Hang Tuah said...

erk.susah mcm tu

kawan2 je dah la
biase2
hhehe

kusut said...

heh kalau aku, kalau buat wife (tapi korang yg blom kawin, bf/gf lah ye) tak selesa tapi diorang tu member2 aku.. then takyah bawak wife. and lepak dgn member time wife tak kebosanan.

contohnye jgn la pegi lepak time weekend and spend seharian dgn member2. kesian la wife bosan sorang2. weekend pulak tu.

kene pandai2 la kot. terlebih karang orang kata mengongkong/terkongkong pulak

chenta said...

@Nur Si Cikgu Ribena :

kalau lelaki nak handle girlfienya, mungkin senang..tp cuba kalau boyfie yang tak suka kawan kita..so macamana la perempuan nak handle boyfie dia ni?huhuhu

chenta said...

@anisa hang tuah :

memang kawan biasa-biasa je..tak lebih tak kurang..tp bila jumpa, masam muka..rasa macam tak best juga kan?

chenta said...

@kusut :

tapi kan lelaki yang suka tgk bola sampai lewat malam. isteri tak nak ikut sebab tak suka kawan2 suami dia..bila nak halang, suami plak naik angin...ada kan berlaku??

nn said...

if dia tak boleh terima kawan i, bye bye lah kat dia.

and i tak kesah dia kawan dengan siapa, tapi kalau dia kawan dengan orang yang pijak kepala dia/cakap belakang/curi duit dia, memang takkan lah i suka kat kawan dia. no way. kalau kawan dia takde hal dengan i, i ok je :)


Latest entry: muzik latar: don't let me get me - PINK

kusut said...

@chenta
hehe.. aku rase out of 100 kawan, mesti ada yg rotten punya. and pada aku la.. pasangan kalau tak mahu terima kenyataan tu (ade kawan2 yg 'jahat') and anggap bf/gf tu layak berkawan dgn org yg mulia sahaja, tu kene face reality cepat2 lah.

selalu aku dengar couple clash sebab member2 tak approve. aku rase lucu lah. siapa punye relationship sebenarnye ni?

chenta said...

@nn :

kawan tu mmg la nn..tp ni pasal partner kawan..

ni i cite sebenar ye..

kawan i bawa partner dia pergi lepak dgn kwn2 dia.. partner dia ni ok la dgn kwn2 tu..tp partner slh sorg kwn ni, agak sombong dan suka pandang rendah kat org..jadinya partner kwn i ni tak suka la nak melepak sekali dgn partner kawan tu..bila lepak sekali, ada la yang tak bertegur dan masam muka..kawan i ni jadi serba salah la..nk ckp dgn kwn dia, rasa tak senang..yelah..mesti org marah kalau kawan dia ckp psl partner dia kan?

ish..paham tak agak2 i cite ni?

chenta said...

@kusut

itula..ada yang putus kerana kawan...tp ramai je org kata, kawan lebih penting dari gf/bf..

sebabnya bila putus dgn gf/bf, kwn la tmpt meluahkan..

ish..entahla..

humbleyat said...

takpernah lg dgr mcm ni, tp mustahil boleh jadi..hu2..

yealh..mmg tak best klu gfie2 masing2 negatif..mcm nmpk pentingkan diri sendiri je la plak huhu

Aida Ismail said...

it's easy. be matured. don't act like kids. hehe =)

kusut said...

@cikda
well said.
be matured tu yg sebenarnye

chenta said...

@humbleyat :

mustahil??ada la berlaku sis ^_^

chenta said...

@aida ismail & @kusut :

yes!kalau la semua orang boleh be matured...

ztie said...

memang ada.. Mgkn mcm cacing kepanasan tu sebab masing2 tak bercakap and dah judge sesama sendiri sebelom berkenalan. Try suruh bercakap2 dan berkenalan dulu. Put aside the ego and make friends for the boyfie sakes.takkan tak dpt kan? Tak pun, ajak kawan2 lain pulak..kumpul ramai2.. Mst at least diorang akan bercakap and who knows, terserlah kebaikan masing2 :)

shandye. said...

lepak dgn org lain.
selesai masalah.
hahaha...

ntahlah. belom encounter masalah ala2 dilema budak2 gossip girl ni lagi. ngee....

Fina Sophie said...

so if nak lepak tak pyhla bw gf msing2. daaaaang??

chenta said...

@ztie

manusia..susah nak difahamikan?ego tu mmg faktor utama gak!

chenta said...

@shandye

i dah penah terjebak masalah ni..tp bukan i yg jeles or tak suke..tp partner i..i buat bdo je..then dh kurg lepak dgn kwn i..kesian plak kwn i..tp nk bt mcmane kan..takpela..kisah lama..ehhehe

chenta said...

@fina sophie

yess..!pastu bf2 bising2 sebab lepak tak bawa dia..hehehe